Rabu, 22 November 2017

RATU GUCCI DAN RATU BIRKIN

 




RATU GUCCI DAN RATU BIRKIN 
Kalau kita telah sampai bagaimana kita nak beri tahu  kepada orang lain yang kita telah sampai. Sampai yang telah sampai tapi tidak diketahui berkemungkinan menjadi  satu pekara yang merumitkan. 

Kalau kita makan sameja bersama tamu apabila kita telah kenyang maka kita berhenti makan. Jika dipelawa untuk ditambah kita berterima kaseh tapi akan menolak. Tanda ini  cukup jelas. Tapi  kalau kita  dah sampai? Siapa akan tahu kita dah sampai?
Sampai ini apa maknanya? Apa yang sampai? Sampai dari mana ke mana?

Sebelum saya menjawab pertanyaan  ini benarkan saya bertanya. Pernah atau tidak  para pembaca melihat gambar  kumpulan penyanyi Kulit Hitam - Nigger With Attitude. Atau melihat gambar  Mat Rap atau Mat Reggae   yang memakai rantai leher sebesar tali sauh kapal? Atau memakai cincin dijari  sebesar nyiru? 

Badan Mat Rap ini disalut dengan baju merah bergemelapan lagi berkelip-kelip.  Dengan tali pinggang Gucci mengikat seluar yang sengaja dilondehkan. Kemudian mereka menayangkan rantai dan cincin  sambil bergambar depan kereta yang panjangnya menjalar saperti lori.

Jika pembaca pernah terlihat gambar atau pernah menonton klip YouTube saperti yang saya kesahkan maknanya  para pembaca tahu apa itu SAMPAI. Kerana  semua ini adalah tanda-tanda sampai. Penyanyi  Negro itu telah sampai.  Tetapi si Negro ini sampai dari mana ke mana?

Sebelum saya menjawab - benarkan saya bertanya lagi.

Pernah atau tidak para pembaca melihat gambar Rosmah Mansor bertanduk dengan rantai dan anting-anting berselirat dileher dan didada?  Pernah atau tidak pembaca  melihat gambar Rosmah Mansor  dengan  cincin permata sebesar telor ayam terselit dijari? Atau gelang intan berlian dilengan? Atau  terlihat gambar Rosmah menyandang beg Birkin sebesar  guni beras?

Pernah atau tidak para pembaca melihat gambar pemimpin Parti Islam Pas berdiri bangga disebelah kereta Audi dan Vellfire? 

Apa sebenarnya semua ini? Apa maknanya dibelakang imej-imej  yang saya tulis ini?

Untuk pencerahan sekali lagi saya bawa pembaca mengulang ingat  dan mengulang pakai teori semiotik dan  teori psikoanalisis. Dua dua teori ini akan dapat memberi pencerahan tentang apa yang ingin saya kesahnya disini.

Awal wahid  mari kita pergi jauh ke Afrika. Lebih tepat lagi ke Zimbabwe. Negara ini sedang dalam krisis. Tapi bukan politik Zimbabwe  atau persolaan 37 tahun kepimpinan Prersiden Mugabe yang ingin saya lakar. Apa yang saya ingin ceritakan ialah tentang kesah Mak Janda yang telah sampai.

Mak Janda mana pula  yang telah sampai?

Mak Janda yang  telah sampai   bernama  Grace Ntombizodwa Marufu. Para feminis jangan silap faham kalau saya menulis ‘MAK JANDA’. ini bukan berniat menghina Mak Janda. 

Dalam teori psikoanalisis  janda , dara teruna atau duda ini amat penting. Kerana ini berkait rapat dengan keberahian  jentina - keinginan seksual -  saperti yang telah ditulis oleh Maha Guru Psikoanalis Tuan Sigmund Freud.

Mak Janda Grace ini asalnya hanya seorang jurutaip yang berkerja di pejabat kerajaan. Tapi pada satu ketika Mak Janda  ini telah dilihat oleh Presiden Mugabe. Awalnya Mak Janda menjadi gundek kemudian sesudah isteri resmi Mugabe meninggal dunia Mak Janda  dan Mugabe berkahwin. 

Ini adalah kenduri kahwin teragong, terbesar dan teranggun  di Afrika. Macam apa yang warga  Malaysia pernah terbaca dan terdengar tentang kenduri kahwin anak seorang Mak Janda   di KLCC pada tahun 2015 dahulu. 

Kesah Mak Janda berkahwin dan kemudian mengkahwinkan anak ini selalu berulang-ulang. Setiap kali kita baca  kita akan diberitahu bahawa Mak Janda ini hanya bermodalkan sakeping  Apam Masam. Hebat memang hebat.

Apa hubungan Peyanyi Rap, Kereta Audi, Rantai Emas, Cincin Berlian dan baju merah bergemelapan dan Apam Masam?

Dari segi segi semiotik dan psikoanalis semua ini hubung berhubung. Semua ini kait berkait. Imej-imej ini adalah manifestasi dari  BUDAYA SAMPAI.

Ada dia Budaya Sampai?

Budaya Sampai atau  ARRIVISTE CULTURE - ini adalah  istilah asal dalam bahasa Peranchis. Budaya Sampai membawa makna bahawa mereka telah sampai. Telah sampai dimanifestasikan dengan kaya raya. Dalam Budaya Sampai kaya raya ini datang dengan sakelip mata. 

Kekayan Budaya Sampai  bukan kerana usaha atau kerja. Bukan datang dari kekayaan turun temurun. Bukan harta  pesaka tinggalan datuk nenek moyang. Bukan duit lama tapi dedak baru.

Bayangkan - tetiba CD  Nigger With Attiutude meledak naik ke carta pertama disemua station radio di Amerika. Jualan CD melintasi satu juta keping. Duit masuk mencurah-curah. Hakikatnya Sang Nigger ini telah sampai. Tapi bagaimana nak beritahu dunia bahawa Sang Nigger ini telah sampai?

Maka jalan paling senang ialah membeli rantai emas sebesar  dawai sauh kapal. Membeli cincin sebesar payung untuk dipakai. Ini semua bertujuan untuk menyatakn kepada dunia bhawa - kami telah sampai.

Sampai dari mana ke mana?

Satu ketika dahulu kami adalah anak cucu  cicit hamba abdi. Kami merempat di Harlem New York.  Kini kami telah sampai ke Los Angles. Kami berupaya membeli rumah tepi laut di Malibu. Kami ada  jet pribadi. Kalau tidak percaya lihat sahaja rantai, gelang dan cincin dibadan kami. Ini emas tempawan yang benar lagi tulin.  Ini bukan dari kedai emas Ting Long Seng Chow Kit Road. Ini kami tempat dari Jacob & Co New York.

Bila dan bagaimana pula dengan Mak Janda Grace? Sudahkah Mak janda ini sampai?

Kini Mak Janda Grace dikenali di Zimbabwe sebagai Grace Gucci. Ini tidak ada bezanya dari Mak Janda Rosmah yang amat amat dikenali di Malaysia sebagai Rosmah Birkin a.k.a Badak Birkin. 

Grace Mugabe akan memesan apa sahaja produk Gucci untuk memberi tahu dunia bahawa dirinya telah sampai. Kini Grace  bukan lagi juru taip. Grace telah sampai.

Bagitu juga dengan Rosmah Mansor. Rosmah  akan memesan  koleksi terbaru beg kulit Birkin. Rosmah akan memesan cincin intan dari Jacob & Co.  Ini bertujuan untuk memberitahu dunia bahawa - Aku Rosmah Mansor walau pun pendek dan gemok tapi aku  sudah sampai. Aku bukan lagi menumpang  dirumah jiran ketika aku nak berkahwin.  Aku telah memiliki mahligai dengan 44 buah bilik.

Dari segi sejarah - Grace hanyalah seorang juru taip. Rosmah pula hanyalah seorang pegawai syarikat perumahan.  Dari segi psikoanalisi dua-dua Mak Janda ini berjaya sampai hanya dengan menggunakan modal Apam Masam. 

Kini Grace menjadi First Lady of Zimbabwe. Kini Rosmah  menjadi First Lady of Malaysia. Dua-dua Mak Janda telah sampai hanya dengan bermodalkan Apam Masam.

Bagaimana pula dengan kereta Audi? Kereta Audi tak ada Apam Masam?

Kesah Audi lebih menarik. Malah pada hemat saya kesah isteri kedua menerima hadiah Kereta Audi ini sama gempak dengan berita   rantai Belian Merah Jambu hadiah dari China Tembam bernama Jho Low.

Walau pun Si Ustaz ini  bukan  Mak Janda bermodalkan Apam. Kesahnya menjadi menarik kerana Si Ustaz ini telah  berjaya menghadiahkan sebuah Audi untuk mendapatkan Apam. Bukan menghadiahkan Apam Masam untuk mendapatkan Audi.

Si Ustaz ini  pada awalnya adalah berlagak warak lagi zuhud. Tetiba dedak terlambak dihadapan  mata. Maka bagaimana agaknya hendak diberitahu kepada semua nelayan di Seberang Takir  bahawa - Aku Telah Sampai. 

Dulu Si Utaz ini berjalan kaki berdakwah dari masjid ke masjid  mencari makan. Isteri dirumah buat Nasi Kerabu untuk jual di Pasar Payang. Kini Si Ustaz  bukan lagi jalan kaki malah memiliki kereta Vellfire yang mahal. Yang pada satu ketika dahulu tidak pernah dimimpikan sahingga dedak datang terlambak.

Kalau Grace dan Rosmah bermodalkan Apam Masam. Si Ustad ini telah berjaya menggunkan Audi untuk mendapat dua tiga keping Apam Masam.  Dalam Budaya Ustaz-Ustaz memiliki  lebih dari sakeping Apam Masam adalah tanda  sang Ustaz telah sampai.
Kelakuan dan perangai Mak Janda, Sang Nigger atau Si Ustaz - adalah menifestasi Budaya Sampai.  Kereta, rantai, cincin berlian, rumah tersergam, bini bertambah - dalam  bahasa semiotik membawa makna Si Pemilik telah sampai. Semua ini adalah manifestasi amalan Budaya Sampai.

Objek-objek dan harta benda ini dari pandangan semiotik memiliki nahu  untuk bersuara. Kereta  Audi atau Vellfire itu sedang bercakap kepada orang ramai. Doa Aku telah dimakbul. Kerana aku zuhud maka Allah telah memberi aku dedak dan bekeping-keping Apam Masam.

Menayangkan Beg Gucci, menayangkan Beg  Birkin atau memandu Vellfire dari segi psikoanalis adalah tanda pemisah.  Rantai di leher Mat Nigger adalah garis pemisah zaman miskin   ke zaman lumayan. 

Grace di Harare sedang menjerit. Rosmah di Kuala Lumpur juga sedang menjerit. Utaz di Seberang Takir  sedang melaung. Mat Rap di Harlem juga  sedang melaung. Kenapa mereka menjerit dan melauang?

Mereka menjerit dan melaung agar mereka diterima. Kekayan yang mereka tonjolkan itu mereka harapkan akan menjadi tiket untuk mereka diterima dan dihormati.

Diterima dan dihormati oleh siapa?

Diterima dan dihormati ini adalah kunci dalam Budaya Sampai. Semua harta kekayan yang ditanyangkan semuanya dengan niat agar di terima.  Bukan sahaja diumumkan telah sampai. Telah sampai juga diumumkan dengan harapan untuk diterima.

Mat Nigger berharap mereka diterima setaraf dengan maysrakat Berkulit Puteh. Mereka mahu diterima masuk dalam ‘ kelab elit Puteh’.  Mereka telah menayangkan garis pemisah yang mereka tidak lagi duduk dirumah setingghan di Harlem.

Grace dalam jiwanya dia  sedar  bahawa dirinya bukan elit. Jauh sekali dari masyarakat Berkulit Puteh kumpulan elit Zimbabwe. Rosmah tahu dirinya bukan dari gulungan elit ekonomi. Rosmah hanya seorang Mak Janda. Rosmah sedar dirinya bukan dari keluarga bangsawan.  

Justeru untuk  diterima dan dihormati para pendatang baru ini akan berIntan dan berBerlian. Mereka akan berGucci dan berBirkin. Mereka berAudi dan berVellfire dengan niat untuk diterima.

Dan sila lihat - sila baca - berita terakhir dari Budaya Sampai. Si Grace Gucci  masih berjuang untuk diterima kini berniat untuk  menjadi Presiden untuk menggantikan Mugabe. Manakala Rosmah Mansor untuk melaungkan kepada 30 juta wraga Malaysia bahawa Rosmah telah sampai - Si Rosmah telah mula bersuara memberi tanda bila PRU14 di Malaysia. (TT)


 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45




--------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tt jugak tak sampai sampai,sekeping apam masam pun tak de.

Tanpa Nama berkata...

Sedap sangatkah apam masam Badak Birkin tu? Kalau dijual kat Chow Kit, boleh laku ke? Kalau bagi kat aku, jangankan FREE, bayar aku dengan duit pun tak aku hingin!!! Baik pakai tangan je.
Kah kah kah kah kah