Rabu, 22 November 2017

BERITA SEDIH LAGI PILU







BERITA SEDIH

BERITA PILU

DISIAT HATI

DISIAT KALBU


Ketua pembangkang DUN Kelantan menangis dihalau dewan

KETUA Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan Norzula Mat Diah teresak-esak menitiskan air mata selepas dihalang oleh speaker DUN Kelantan untuk membahaskan Bajet Kelantan 2018 dan kemudian diarahkan keluar dari dewan.

Norzula, Adun Paloh dari Umno, sebelum itu meminta kebenaran daripada speaker Abdullah Yakob untuk membahaskan bajet namun tidak dibenarkan kerana ia telah dibahaskan oleh 10 wakil rakyat semalam.

"Saya tak akan duduk," tegas Norzula, biarpun diberi amaran terakhir dua kali oleh speaker.

Abdullah kemudian mengarahkan bentara dewan untuk menjalankan tugas mengiringi Adun Paloh itu keluar dari dewan.

"Sila keluar yang berhormat," balas speaker.

Sebelum keluar dewan, Norzula sempat meluahkan perasaannya.

"Kita terakhir dah ni, tuan speaker... saya ada rakyat, saya ada masalah (nak disuarakan).

"Saya menghormati speaker yang menguasai dewan. Kalau itu tugas speaker beri arahan kepada saya, Tuhan akan balas…"

"Sila keluar, ahli Yang Berhormat," jawab speaker.

"... Tuhan akan balas kerana tidak beri peluang kepada ahli dewan untuk berucap di dewan ini," tambahnya sambil tersedu.

Sambil menangis teresak-esak, beliau kemudiannya akur dan keluar daripada dewan kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Di lobi, Norzula disertai empat Adun Barisan Nasional lain yang turut keluar memberi solidariti kepada ketua mereka.

Adun Dabong Ramzi Abd Rahman bercakap kepada media meluahkan kekecewaan hal yang dianggap pertama kali berlaku di negara ini. 

"Saya rasa tidak adil sangat-sangatlah masa masih banyak, (patut) beri peluang dia (sebagai) ketua pembangkang (bercakap). Saya rasa tak berlaku lagi di mana-mana tempat ketua pembangkang tidak dibenarkan berucap," kata beliau disebelah Norzula yang masih lagi teresak-esak.

"Baru dua orang berkecek (berdebat) hari ni," luah Norzula di hadapan media sambil ditenangkan Adun Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail, Ab Aziz Yusoff (Galas) dan Zulkifle Ali (Selising).

"Saya dukacita dengan perbuatan Datuk Speaker yang sepatutnya memberi peluang kepada saya untuk gulung perbahasan dan juga memberitahu perkara bersangkutan untuk kepentingan rakyat, tetapi mereka menolak," kata beliau sambil mengesat air matanya.

Sementara itu Adun Paloh dari Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa turut mempertikaikan keputusan Speaker tidak membenarkan Norzula berucap.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan berkata tindakan itu keterlaluan dan mempersoalkan mengapa DUN Kelantan begitu teruja untuk menamatkan sidang.

"Ketua Pembangkang dihalau keluar Dewan kerana minta untuk berbahas - satu yang keterlaluan.

"Setiap kali bersidang, DUN Kelantan terkejar-kejar untuk bersurai. Apa yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terburu-buru tak menentu?

"DUN Pahang yang dikuasai Umno boleh bersidang sampai 7 hari untuk Sidang Belanjawan. Mengapa Kelantan mesti hanya dua hari? Dari tiga hari, petangnya tidak ada sidang, masa sebenar bersidang kurang dari tiga hari," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. – 22 November, 2017.


PELIK TAPI BENAR

GAPO TAK LEH

ROYAK? 

BUKENKO NI

DEWAN  RAKYAT

UNTK ROYAK

MASALAH RAKYAT

KATO ISLE 

NATANG BEWOK

NATANG BEROOOK




---------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Speaker parti lahanat berserban dengan anjing-anjingnya suka mempercepatkan tamat sidang, sebabnya ada antara mereka yang dah tak sabar- sabar nak pergi siam cari pantat dan sebahagiannya lagi nak ligan drama tv yang entah tak tahu bila nak habis! Yang menangis tu pula adalah dari parti celaka ... memang dah padan pun.