KENAPA
KERAJAAN
PAKATAN HARAPAN
RUNTUH
‘Keberahian’ terhadap jawatan PM jatuhkan kerajaan PH, kata Hishamuddin Rais
PETALING JAYA: Sejarah politik tanah air menyaksikan bagaimana sikap ghairah pemimpin terhadap kerusi perdana menteri (PM) meruntuhkan sebuah kerajaan demokratik.
Pemerhati politik Hishamuddin Rais berkata, segala impian, kepercayaan dan harapan untuk melaksanakan perubahan struktur pentadbiran runtuh berkecai selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari lalu.
Beliau yang juga aktivis sosial berkata, ahli sejarah 100 tahun akan datang akan melihat kembali detik-detik pada 2020 yang dijanjikan sebagai ‘Tahun Malaysia Boleh’ sebagai komedi seram lagi menyedihkan – genre yang hanya lahir di Malaysia.
“Melihat bagaimana kemenangan rakyat pada 9 Mei 2018 diragut oleh keberahian virus PM, maka kita wajib belajar daripada kesilapan.
“Kita jangan lagi senang diperangkap oleh ‘sosok berjubah dan berwirid’, sosok yang penuh retorik dengan ‘topeng agama’.
“(Ini) kerana keruntuhan kerajaan PH sedang dibayar harganya dengan begitu mahal sekali. Kitalah anak semua bangsa, semua agama yang membayar keruntuhan ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pertubuhan Daya Masyarakat (DAYA) di sini, hari ini.
Majlis itu dilancarkan oleh naib presiden PKR Tian Chua yang juga merupakan pengerusi DAYA.
Hishamuddin berkata, suasana politik pada hari ini amat berlainan dan semuanya telah berubah.
“Awal tahun lalu, kita semua yang berada dalam dewan ini majoritinya adalah penyokong kerajaan PH.
“Pada 9 Mei 2018, kita semua menyambut kemenangan PH. Seluruh alam mengalu-alukan kejayaan kita. Dunia memberi penghormatan. Tak sudah-sudah kita tersenyum.
“Kini semua telah berubah kerana awal tahun ini kita dinodai oleh 2 virus – virus corona dan virus PM.
“Virus corona menjerut warga dunia, manakala virus PM menjerut nyawa PH, sekali gus membawa kepada kekalutan dan kekusutan politik Malaysia,” katanya merujuk kepada wabak Covid-19 yang melanda dunia dan polemik dalaman PH berhubung penggiliran jawatan perdana menteri antara Dr Mahathir Mohamad dengan presiden PKR Anwar Ibrahim.
Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya Tian Chua berkata, sekarang adalah masa yang tepat untuk semua rakyat Malaysia menunjukkan komitmen secara ikhlas bagi membina semula harapan rakyat.
Katanya, ia bagi memastikan sumbangan dan pengorbanan beberapa dekad dahulu tidak disia-siakan begitu saja.
“DAYA akan menjadi platform untuk memberi peluang ekonomi kepada masyarakat supaya boleh berdikari sendiri.
“DAYA bertindak sebagai pergerakan sosial yang baru. Kita bukan nak angkat diri sendiri, tetapi mahu menyatukan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengembalikan kekuatan yang telah kita bina dulu,” katanya.
Tian Chua, yang aktif bersama PKR sejak 1999 dan dikenali dengan penglibatannya dalam reformasi adalah penyokong kuat presiden parti itu.
Bagaimanapun sejak beberapa tahun lepas beliau dilihat lebih berpihak kepada Mohamed Azmin Ali, yang keluar PKR pada Februari lepas.
Beliau kini merupakan ahli PPBM dan dilantik sebagai menteri kanan merangkap menteri perdagangan antarabangsa dan industri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Sejak kejatuhan kerajaan PH pada Februari, PKR mengambil tindakan disiplin terhadap ramai pemimpin dan anggota parti itu yang dikaitkan dengan Azmin.
TAK SABAR
GILA NAK JADI
PERDANA MENTERI
AKHIRNYA
HANCUR NEGARA
AMIN
1 ulasan:
Jawatan PM bukan ikut sistem faraid atau pwarisan.. tak bole claim guna cara apa pun bhw ini hak aku.. tiada plembagaan tertulis.. claim rasa lbh layak dr org lain.. masalah 'perasan tlebih', tk boleh ditegor, tak mkn nasihat, kuat sandiwara tok pekong ni bole jd isu masalahat sjagat.. musnah sebuah impian Malaysia.. PH tsungkur.. hati sayu..hiba tk tperi.. bng non bole blah laaaa..!!!
Catat Ulasan