INI SARANAN
AMAT TEPAT
AMIN
SEMUA AGAMA
MENGAJUKAN
PENGANUT
UNTUK
BERBUAT BAIK
BUAT KEBAJIKAN
KHALAS
Uggah gesa semua pihak bertenang
TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah Embas meminta semua pihak bertenang berkenaan kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen PAS Nik Muhammad Zawawi mengenai ajaran Kristian dan hukum minum arak.
Menurutnya negara ada undang-undang untuk menangani kenyataan yang dibuat oleh ahli Parlimen Pasir Puteh mengenai kitab Injil di Parlimen minggu lalu.
Buat masa ini dia meminta semua orang untuk berhenti terlibat dalam perdebatan yang lebih mendalam di media sosial dan cetak.
“Setiap agama suci bagi penganutnya dan tidak ada yang harus mempermainkan Tuhan serta menilai kesahihan atau kebenaran kepercayaan atau agama lain kerana ini boleh mendatangkan konflik agama dan kekacauan.
“Kita mempunyai undang-undang seperti Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan untuk mencegah konflik agama antara kepercayaan dan agama yang berbeza. Pihak berkuasa mesti bertindak untuk menegakkan undang-undang dengan tegas untuk memastikan penghormatan berterusan terhadap undang-undang dan sistem kehakiman,” katanya.
Sarawak merupakan negeri yang mempunyai komuniti Kristian terbesar di negara ini.
Zawawi telah mendatangkan kemarahan orang Kristian dengan mengatakan kitab Injil telah “diputarbelitkan” minggu lalu di Parlimen.
Sejak itu wakil paderi dan ahli politik menuntut agar dia meminta maaf atas kenyataan yang dibuat.
Zawawi bagaimanapun enggan meminta maaf.
“Saya tidak akan minta maaf… Minta maaf, apa saya (kata) tak salah. Saya bercakap atas dasar ilmu yang (saya) belajar, fakta saya terima.
“Dan dalam al-Quran pun ada sebut, dan takkan Al-Quran tak betul. Sebab itu saya yakin,” katanya yang merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS.
Majlis Gereja Sarawak juga meminta ahli Parlimen itu menarik semula kenyataannya dan meminta maaf dengan mengatakan Zawawi telah melanggar Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kebebasan beragama.
Ketua Biskop Simon Poh berkata ucapan Zawawi itu melampau dan tidak menghormati orang Kristian.
Zawawi membuat kenyataan itu ketika membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi meningkatkan hukuman denda memandu semasa mabuk.
Beliau berkata tiada agama yang membenarkan penganutnya minum alkohol.
Oleh itu, keputusan kerajaan mengetatkan undang-undang bagi menangani isu pemandu mabuk tidak sepatutnya menjadi isu sensitif bagi agama lain, katanya.
“Islam halang penganut agama Islam sahaja (lain) dibenarkan. Tapi saya belajar dalam perbandingan agama, saya kira tidak ada agama sebenarnya membenarkan penganutnya minum arak.
“Tidak ada agama, Buddha, Hindu agama lain tak benarkan, isu ini tidak jadi satu sensitif bagi agama lain,” kata Zawawi.
Beliau dicelah Ahli Parlimen Beruas Ngeh Khoo Ham yang berkata kenyataan itu tidak tepat kerana ada agama bukan Islam benarkan minum alkohol asalkan tidak memabukkan.
Ahli Parlimen DAP memberi contoh penggunaan wine dalam upacara “Lord Supper” bagi agama Kristian. – 30 Ogos, 2020.
TAK PERLU
GADUH GADUH
AGAMA INI
KEPERCAYAAN
AMIN
ADA PELBAGAI
RUPA MACAM
AMIN
BUKA SATU
TERBARAI
YANG LAIN
AMIN
2 ulasan:
TT org takde agama.. pagan... macam zaman jahiliyah... kah kah kah!
agama hanya agenda,
rasuah ada halal ada haram,
judi ada haram ada halal,
kalau kena tangkap salah,
kalau lepas tak salah,
ini lah adab dunia,
siapa masuk berita salah,
siapa tangkap salah,
yang belum tangkap tidak salah,
manusia ada alasan,
semua ada nas alasan pandai,
tegak benang pun ada nas,
kah kah kah,
karut marut yang jahat perompak jadi bossku, yang baik hina terus kena tindas kah kah kah,
pun masih sokong, itu lah ajaib dunia,
kah kah kah,
Catat Ulasan