Khamis, 1 Oktober 2020

MADEY BUAT SILAP BESAR



MADEY SILAP BESAR

BUKAN NAJIB  SALAH

KAH KAH KAH

YANG BUAT 

HURU HARA ROSMAH

KAH KAH KAH

NAJIB PEMIMPIN ISLAM

WARAK SUCI SYUMUL

AMIN


Tiada maaf bagi Najib, 

kata Dr Mahathir

NAJIB Razak tidak dapat dimaafkan kerana tindak-tanduknya membuatkan Umno dibenci sehingga parti itu musnah, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, tindakan itu malah lebih buruk daripada perdana menteri keenam Abdullah Badawi yang meletak jawatan pada 2009 dan membolehkan Najib mengambil alih jawatan.

“Saya tidak boleh maaf orang yang musnahkan parti saya. Itu yang dia buat. Dia buat betul-betul sampai orang benci kepada Umno,” katanya dalam satu wawancara dengan portal Malaysia Gazette.

Katanya, Abdullah sebelum itu mengambil alih jawatan daripadanya selepas meraih undi lebih banyak dalam pemilihan parti.

Kemudiannya, Abdullah yang popular dengan gelaran Pak Lah meletak jawatan kerana prestasi buruk dalam mengetuai pentadbiran negara – tetapi Najib lebih buruk, katanya.

“Pak Lah menang lebih daripada saya, tetapi sekarang ini orang tolak Pak Lah, orang tolak najib.

“Prestasi Najib lebih buruk dari Pak Lah. Orang yang musnahkan Umno saya tak boleh maaf,” kata Dr Mahathir, yang kini berusia 95 tahun.

Kenyataan terbaru Dr Mahathir mengenai pendiriannya ke atas Najib itu timbul ketika timbul desas-desus bahawa Umno tidak lagi akan menyokong kerajaan Muhyiddin.

Ia dikaitkan dengan tekanan dari Umno ke atas presidennya Ahmad Zahid Hamidi supaya parti itu tidak lagi tunduk kepada Bersatu.

Muhyiddin merupakan antara pemimpin yang dipecat daripada parti sewaktu Najib menjadi perdana menteri dan presiden Umno kerana mempersoalkan kes penyelewengan dalam 1MDB.

Najib merupakan antara pemimpin utama Umno yang diheret ke mahkamah bagi kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan 1MBD, selepas kalah pilihan raya 2018.

Beberapa lagi pemimpin utama Umno termasuk Ahmad Zahid yang menjadi menteri dalam Kabinet Najib juga kini masih berdepan pelbagai tuduhan penyelewengan di mahkamah.

Kes penyelewengan berkenaan menjadi agenda utama Dr Mahathir dalam usaha menggulingkan penggantinya Najib dalam kempen pilihan raya umum itu.

Ia membolehkan parti pimpinan Dr Mahathir, Bersatu yang bergabung bersama PKR, DAP dan Amanah menang besar dalam pilihan raya tersebut dan berjaya mengambil alih kerajaan.

Gabungan Pakatan Harapan itu bagaimanapun hilang kawalan ke atas Putrajaya pada Februari lalu selepas Bersatu keluar daripada gabungan itu bersama sebilangan ahli Parlimen PKR.

Bersatu dengan presidennya Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kini memimpin kerajaan baharu dengan kerjasama longgar bersama PAS, Umno serta komponen BN dan GPS. – 1 Oktober, 2020.


NAJIB MANGSA

KENA TIPU

AMIN

ROSMAH TIPU

JOLO TIPU

AMIN

SEKARANG NAJIB

ADA BINI BARU

NAMPAK

CAHAYA ISLAM

BERSINAR KERAS

KELUAR DARI

DALAM SELUAR

KAH KAH KAH



2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kata Madey Kutti ..El-Tiduri salah banyak, Bossku salah besar, Malikul salah GODANG ..

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya artikel...