Jumaat, 16 Oktober 2020

MUHYIDDIN MAKIN TERDESAK - ADA JALAN KELUAR?

 


 PARLIMEN AKAN BERSIDANG UNDI 

TAK CAYA 

AKAN DIBUAT 

KAH KAH KAH

SAPA AKAN BERSAMA MUHYIDDIN

KAH KAH KAH

APA ADA 

JALAN KELUAR?

AMIN


Siapa sokong dan tak sokong Muhyiddin, dan kenapa


PENGERUSI Pakatan Harapan Anwar Ibrahim tidak mendedahkan siapa atau berapa sebenarnya sokongan yang beliau ada untuk jadi perdana menteri, tetapi mendakwa kerajaan Muhyiddin Yassin sudah jatuh.

Ketika spekulasi bercambah mengenai sokongan yang Anwar ada, Umno mahu meneliti semula sokongan kepada Muhyiddin dan mengenakan syarat baharu untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun PAS yang menjadi rakan Umno dalam Muafakat Nasional mahu semua parti yang membentuk kerajaan PN supaya mendukung Muhyiddin.

Begitu juga Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa yang juga menteri dalam kabinet Muhyiddin.


Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan Sabah yang selama ini jadi kuasa penentu kini hanya duduk memerhati dan menunggu di tepi.

Siapa antara parti-parti utama ini yang akan menyokong – atau tidak menyokong – kerajaan Muhyiddin, dan kenapa?

The Malaysian Insight meneliti alasan-alasan dan kemungkinan yang ada.

SOKONG

Bersatu

Muhyiddin dan parti pimpinannya menang besar selepas Langkah Sheraton pada hujung Februari lalu untuk menyingkirkan kerajaan Pakatan Harapan. 

Ia kini memegang jawatan politik utama, menguasai portfolio kewangan, ekonomi, pendidikan dan keselamatan – sesuatu yang tidak ia dapat sekiranya langkah politik itu tidak berlaku.

Sebarang perubahan dalam landskap politik akan mengetepikan muka baru seperti Rina Harun atau dua wakil rakyat bekas PKR yang menyertainya Edmund Santhara Kumar, Rina Harun dan Ali Biju.

Sukar untuk dibayangkan calon Bersatu boleh menang melawan Umno dan PAS di kerusi majoriti Melayu, atau mengatasi PKR dan DAP di kerusi campuran, dalam pilihan raya umum akan datang.

PAS

Sebelum langkah politik pada Februari, sumber kewangan PAS dijana daripada pembalakan di Kelantan dan menunggu royalti minyak dari Terengganu. Tetapi parti Islam itu ke Putrajaya kerana Muhyiddin memerlukan 18 kerusi yang ia ada di Dewan Rakyat untuk mencukupkan majoriti 113 yang beliau ada untuk jadi perdana menteri.

Walaupun pemimpin parti itu juga mendapat habuan jawatan di agensi dan syarikat berkaitan kerajaan, malah satu kerusi lantikan di Dewan Undangan Negeri Sabah ketika ia tidak bertanding dalam pilihan raya negeri, kebanyakan menteri kabinet dari PAS diingati kerana hal-hal yang tidak sepatutnya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali paling terkenal kerana melanggar perintah kuarantin wajib selepas pulang dari Turki pada awal Julai. Beliau sehingga ini belum lagi didakwa di mahkamah biarpun lebih 100 hari selepas sepatutnya menjalani kuarantin wajib.

Semua ini adalah hadiah untuk PAS kerana menyokong Muhyiddin, sehingga mereka sedia meninggalkan Umno dan menyertai parti baharu Perikatan Nasional walaupun sudah menjalin kerjasama rasmi bersama Umno dalam Muafakat Nasional.

Menteri dan timbalan menteri Umno

Sebelum krisis politik sekarang, sudah ada cakap-cakap bahawa Umno terpecah antara mereka yang menyokong Muhyiddin kerana mendapat jawatan dan mereka yang merasakan Umno terlalu tunduk kepada Bersatu.

Ujiannya sekarang adalah apa yang akan mereka buat sekiranya Umno meneruskan hasrat untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin dan PN. Adakah mereka akan bersama Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi? Atau, adakah mereka akan jadi seperti Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya yang meninggalkan PKR dan mengejar jawatan?

TIDAK SOKONG

Umno

Sehingga Pilihan Raya Negeri Sabah hujung bulan lalu, Umno sedia menunggu sampai PRU15 untuk mendapatkan semula jawatan perdana menteri dan kembali menguasai kerajaan.

Tetapi selepas usaha Muhyiddin – melalui bekas ketua menteri Musa Aman yang cuba mendapatkan sokongan 32 Adun – untuk mengambil alih Sabah gagal kerana Dewan Undangan Negeri dibubar, Bersatu dilihat menunjukkan tamaknya.

Walaupun ia parti kecil dan tidak pernah bertanding di Sabah dalam Pilihan Raya Umum 2018, rundingan kerusi dalam pilihan raya negeri yang baru lalu menunjukkan bagaimana Umno menyerahkan kerusi terbaiknya kepada Bersatu. Dua parti itu juga bertelagah secara terbuka berhubung isu calon ketua menteri.

Pertembungan lebih dua penjuru yang “dirancang” telah melagakan Umno dengan calon bebas dan parti yang dikaitkan dengan PN, walaupun Muhyiddin menegaskan Umno dan BN serta Bersatu dan PN bersama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Penyudahnya, Umno hilang lapan kerusi lagi kepada PN, dan selebihnya, jawatan ketua menteri.

Untuk mengelak pisang berbuah dua kali di Semenanjung, Umno tiada pilihan selain melawan – sebelum terlambat.

Pakatan Harapan

Muhyiddin, bersama Dr Mahathir dan Bersatu, berjuang bersama parti Pakatan Harapan yang lain menentang Umno dan BN dalam PRU14.

PH tidak mungkin akan bersama Muhyiddin yang mengkhianati mereka dengan merencanakan makan malam di Hotel Sheraton pada hujung Februari, yang membawa kepada runtuhnya kerajaan yang berkuasa hanya 22 bulan sebelumnya.

Dr Mahathir dan Anwar

Dr Mahathir juga tidak akan menyokong Muhyiddin kerana pengkhianatan itu. Itulah yang beliau ulang berkali-kali sejak Februari.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu memecat Dr Mahathir, anaknya Mukhriz serta beberapa pemimpin lain dari parti yang mereka asaskan pada 2016.

Anwar pula tiada alasan untuk menyokong Muhyiddin, yang merampas peluangnya sebelum ini untuk jadi perdana menteri kelapan. – 16 Oktober, 2020.

PASTI ADA

AMIN

APA DIA?

DAH ADA  ATAS

MEJA MUHYIDDIN CADANGAN DARI DAP AMANAH WARISAN  PEJUANG DAN TIM ANTI ANWAR DALAM PKR 

AMIN

WUJUDKAN 

PERSERIKATAN BARU 

AMIN

KINI SEMUA 

TERPULANG PADA  MUHYIDIN 

SETAKAT INI

 MUHYIDDIN

TAK JAWAB 

KHALAS



3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Aku dah mula rasa semua Pemimpin Tua ..bukan pemimpin tapi dah macam CILAKA TUA yang sial ..hari2 nak rebut jawatan. Tak de jawatan tak boleh buat kerje ke. Sial betul ..kita rakyat hari2 kepanasan ..kovid, PKB, kamu tau tak ekonomi Melayu 2020 hanya 12% ..babi betul Cilaka2 Tua ni ..mampus lah cepat.

Tanpa Nama berkata...

Padan la muka abam. Kita duduk tanah melayu ni bukan ada nama.bukan isham,sani,rajan,andrew tapi hanya rakyat,pengundi,pembayar cukai serta pasaran. Cibai lantak korang nak bertokak. Kami nak balik,makan,mandi dan mengawan. Penat kerja tanggung sawit.tuihh.

Tanpa Nama berkata...

Panglimo dah tak buleh sabau...ade pape ker? hikhikhik