LU ADO NUMBO
KO TAK DO NUMBO
KAH KAH KAH
JANGAN PLUTO
KAH KAH KAH
Anwar enggan bocor senarai ahli Parlimen kepada polis
ANWAR Ibrahim keluar dari Bukit Aman petang ini dan berkata beliau enggan membocorkan nama ahli Parlimen yang menyokongnya semasa disoal siasat kerana ia tidak melibatkan pihak polis atau menteri dalam negeri.
Presiden PKR dan pemimpin pembangkang itu memberitahu wartawan, terdapat enam laporan dibuat terhadapnya selepas beliau mengumumkan mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan berikutnya.
“Terdapat enam kes terhadap saya dan saya sudah memberitahu penyiasat yang saya menyerahkan surat daripada pemimpin parti (kepada Yang di-Pertuan Agong).
“Saya memberitahu mereka ini adalah hal saya dan tidak melibatkan polis atau menteri dalam negeri.
“Mengapa fokus kepada 121 nama? Ini disampaikan oleh setiap pemimpin parti dan saya tidak berada di sini untuk bekerjasama dengan tuan mereka untuk memberikan nama tersebut.
“Ini antara saya dengan Yang di-Pertuan Agong,” kata Anwar selepas menghabiskan dua jam bercakap dengan polis persekutuan petang ini. – 16 Oktober, 2020.
1 ulasan:
Pathological liar dan narsistic adalah tanda jelas ciri gila. Ini bukan macam gila bahasa atau gila kau berani doh. Tapi gila dari segi klinikal. Bahsa hospital panggil gila psikosis.
Catat Ulasan