Khamis, 10 Jun 2021

APA ANWAR CADANG PADA AGONG ?

 

 MADEY CADANG

BUAT MAGERAN

ATAU SEMACAM

AMIN

ANWAR TAKDA

APA IDEA 

AMIN

MELAINKAN BUKA

PARLIMEN

KAH KAH KAH


Ya, Anwar Ibrahim ada telefon saya, kata Dr Mahathir


DR Mahathir Mohamad mengesahkan beliau dan Anwar Ibrahim ada berbual melalui telefon minggu lalu, berbincang mengenai masalah negara pada masa ini di tengah penularan Covid-19.

Katanya, beliau mencadangkan kepada Anwar Ibrahim supaya mereka menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengadu hal, selepas merasakan ketua pembangkang itu tiada cadangan tentang cara penyelesaiannya.

Dr Mahathir sebelum ini mengesahkan beliau menulis surat kepad Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 31 Mei lalu, memohon baginda campur tangan membantu menyelesaikan masalah rakyat di tengah penularan pandemik Covid-19. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/319468

“Beliau (Anwar) tidak dapat menyarankan sesuatu yang dapat kita lakukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang.

“Jadi saya cadangkan mungkin kita harus menulis surat kepada Agong,” katanya dalam satu sidang media secara maya di Putrajaya.

Dr Mahathir juga berkata beliau tidak tahu apakah Anwar juga menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sidang media itu diadakan selepas Dr Mahathir selaku pengerusi penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Kuala Lumpur, petang tadi.

Pada majlis mengadap itu, Dr Mahathir antara lain mencadangkan kepada Seri Paduka untuk membentuk sebuah pentadbiran seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang menangani rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Laporan Sin Chew Daily minggu lalu menyebut Anwar menelefon Dr Mahathir pada 28 Mei, namun tidak diketahui butir perbualan mereka.

Dr Mahathir dan Anwar sekali lagi berselisih faham dalam politik selepas pentadbiran Pakatan Harapan dijatuhkan melalui percaturan politik yang dikenali sebagai episod Langkah Sheraton pada Februari 2020.

Mereka sebelum itu bertelagah sejak September 1998, selepas Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Mereka kemudian berdamai menjelang pilihan raya umum 2018 dan Dr Mahathir mengetuai PH untuk menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional.

Menurut Dr Mahathir, perbualan telefon itu berlaku selepas Anwar berlaku menghubungi anaknya Mukhriz memaklumkan hasrat untuk bercakap dengannya.

Dalam sidang media pada 3 Jun lalu, Dr Mahathir menjelaskan kenapa beliau menulis surat kepada Al-Sultan Abdullah.

“Kita percaya bahawa raja menjadi pelindung, payung kepada rakyat. Jadi apabila rakyat kecewa, tak ada sesiapa yang boleh mereka dapat layanan termasuk daripada kerajaan, kita pandang kepada raja untuk menyelesaikan masalah kita.

“Kalau tidak raja dan tidak kerajaan, siapa?” katanya.

Dr Mahathir berkata Yang di-Pertuan Agong kemudian membalas suratnya memaklumkan perkenan baginda untuk menerima bekas perdana dan ketua-ketua parti politik yang lain untuk mengadap.

Semalam dan hari ini, Al-Sultan Abdullah sudah menerima mengadap semua pemimpin komponen PH, PAS, MCA dan Parti Warisan Sabah (Warisan). Esok baginda dijangka menerima mengadap wakil Umno dan minggu depan ketua parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ditanya sekiranya ada sebarang perbincangan dengan Anwar mengenai kerjasama Pejuang dengan PH, Dr Mahathir berkata beliau tidak ingat ada apa-apa yang penting mengenai perkara itu.

Pejuang setakat ini masih menunggu kelulusan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan perkara itu sudah dibawa untuk pengadilan mahkamah

Dr Mahathir sebelum ini berkata Pejuang sedia untuk bekerjasama dengan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Warisan untuk pilihan raya umum akan datang.

Kenyataannya minggu lalu adalah perkembangan baharu selepas sebelum ini menegaskan Pejuang tidak memihak kepada mana-mana gabungan BN atau PH. – 10 Jun, 2021.

 TUKAR TIUB

CADANGAN

DIRIKAN

KERAJAAN

PERPADUAN 

AMIN

SATU AJENDA 

LAWAN KOBID 

KHALAS 

DULUKAN RAKYAT

 BUKAN PARTI

AMIN



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah! Kah! Kah! Teringat zaman sekolah dulu.... Time periksa, budak mengong kenyit mata kat budak pandai dengan harapan boleh menipu dan meniru jawapan. Tapi dah nama pun budak pandai kan? Dia cuma kata "Ko jawap la sendiri".

Sebijik macam ini cerita Mat Suntut Buntut ni.... Dah nak masuk peperiksaan, baru terhegeh-hegeh cari orang pandai nak tiru jawapan, walaupun orang tu merupakan orang yang paling dia benci.

Cuma beza dengan zaman sekolah dulu, kalau orang tu dah bodo, takde siapa nak ikut dia. Dalam kes Mat Suntut Buntut ni lain pulak. Walau bodoh tahap siamang gagap masih ada yang lebih bodoh sanggup jadi pengikut.

panglimo potaseh berkata...

Kutti Kerala cadang adakan Mageran ..Abam pulak cadang Sudara Anwar Ibraheem jadi PM ..

ami sakai berkata...

aku nak isham belasah lagi china merah yg punyai pengaruh kuat dikalangan pemimpin dap dan mca...mentang2 isham dulu kawan baik dap,jgn dibela anak china merah

Tanpa Nama berkata...

TT jangan fitnah Abam. Dia bijak tak nak bagi tau rancangan dia kepada Atok, nanti Atok salin. Kau tunggu masa Abam jadi perdana menteri, dia akan bentang rancangan selamat negara. Abam stratijist yang amat cerdik. Ingat tak masa PRU2013 Abam gegar Barisan Nasional. Dia bijak susunatur rancangan Pakatan Rakyat menang kerusi disemenanjung .... tapi dia lupa Sarawak dan Sabah.