Khamis, 10 Jun 2021

MAGERAN DALAM AGENDA

 



INI PANDANGAN

SU SULIT PM

AMIN

MAKNANYA RESMI

MAKNANYA TAK

MELANGGAR 

PANDANGAN PM

AMIN

APA MAKNANYA?

AMIN 



Mageran tidak sesuai tangani darurat Covid-19

SAYA ingin berkongsi sedikit pandangan mengenai beberapa isu berhubung pengurusan darurat di negara ini. Sejak mutakhir ini ada beberapa pihak yang mengemukakan pelbagai pandangan tentang bagaimana negara kita patut diurus dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Ada yang mencadangkan supaya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menubuhkan Majlis Gerakan Negara atau Mageran yang mempunyai kuasa penuh untuk mentadbir negara sepertimana yang dilaksanakan semasa proklamasi darurat tahun 1969 dahulu.  

Saudara-saudari, apakah yang dimaksudkan dengan Mageran?

Sepertimana yang kita tahu, selepas Pilihan Raya Umum 1969, tercetus rusuhan kaum di negara kita yang mengorbankan nyawa. Pada ketika itu, Kabinet baharu masih belum dibentuk dan kerajaan yang ada adalah sebuah kerajaan sementara atau caretaker government.

Sehubungan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu telah mengisytiharkan darurat pada 15 Mei 1969. Semasa Perisytiharan Darurat tersebut, Yang di-Pertuan Agong telah memasyhurkan Ordinan No. 2 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 yang berkuat kuasa pada 16 Mei 1969.

Ordinan No. 2 tersebut memperuntukkan bahawa kuasa pemerintahan bagi Malaysia di bawah Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan dan segala kuasa yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong diwakilkan kepada Pengarah Gerakan yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri atau Kabinet adalah tidak terpakai kepadanya.

Dalam menjalankan tugasnya di bawah Ordinan No. 2, Pengarah Gerakan dibantu oleh Majlis Gerakan Negara yang anggotanya dilantik oleh Pengarah Gerakan menurut budi bicaranya yang mutlak.

Pengarah Gerakan juga mempunyai kuasa mutlak untuk melantik ahli Jawatankuasa Gerakan Negeri di setiap Negeri dan Jawatankuasa Gerakan Daerah dalam setiap kawasan atau daerah pentadbiran setiap Negeri, manakala Jawatankuasa-Jawatankuasa tersebut hendaklah menjalankan tugas yang diarahkan dan melaksanakan dasar yang dibuat oleh Pengarah Gerakan.

Berdasarkan seksyen 2 Ordinan No. 2 tersebut, Yang di-Pertuan Agong pada 17 Mei 1969 telah melantik Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, YAB Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein sebagai Pengarah Gerakan. Kuasa pemerintahan dan eksekutif mutlak telah diberikan kepada Pengarah Gerakan dan Mageran.

Tiada jauh beza

Keadaan yang kita hadapi pada masa ini amat jauh berbeza dengan situasi pada tahun 1969.

Pertamanya, kita tidak berhadapan dengan darurat keselamatan, tetapi darurat kesihatan.

Keduanya, kita telah ada kabinet yang sedang berfungsi. We have a working and functioning cabinet. Kabinet bersidang pada setiap hari Rabu dan banyak keputusan dibuat bukan sahaja mengenai pandemik Covid-19, tetapi juga mengenai pentadbiran negara, pengurusan ekonomi, kebajikan rakyat, kewangan, keselamatan, pertahanan, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran negara secara keseluruhannya.

Ketiga, kerajaan juga telah ada beberapa mekanisme khusus untuk menangani pandemik Covid-19.

Pertamanya ialah Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang bersidang sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sidang ini dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dihadiri oleh Menteri-Menteri yang berkaitan, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri yang mewakili kerajaan-kerajaan negeri, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan dan Ketua-Ketua Agensi Kerajaan yang berkaitan.

Antara agenda tetap sidang ini ialah pembentangan mengenai situasi terkini pandemik Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan keputusan-keputusan penting dibuat berdasarkan data dan fakta yang dibentangkan. Ini termasuklah keputusan-keputusan untuk melaksanakan PKP serta sekatan-sekatan ke atas sektor ekonomi dan sosial demi mengawal penularan Covid-19. 

Selain itu, YB Menteri Kanan Pertahanan mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Sidang Khas MKN yang memperincikan tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil oleh kementerian dan jabatan yang berkaitan dalam mengurus pandemik Covid-19.

Keduanya ialah Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Darurat yang bersidang sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sidang ini yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri membincangkan ordinan-ordinan darurat yang perlu dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi membantu kerajaan menangani pandemik Covid-19 dengan lebih berkesan.

Ketiganya ialah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang dipengerusikan secara bersama oleh YB Menteri Kesihatan dan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Alhamdulillah, setakat ini jumlah harian dos vaksin yang disuntik telah melebihi 100 ribu dos sehari dengan jumlah tertinggi setakat ini sebanyak 151 ribu dos. 

InsyaAllah, dengan bekalan vaksin yang lebih banyak diterima oleh negara kita, jumlah vaksinasi harian akan meningkat kepada lebih 200 ribu dos sehari dalam masa terdekat dan kita akan berjaya mencapai imuniti kelompok atau herd immunity sebelum akhir tahun ini. 

Mencapai herd immunity melalui vaksinasi adalah jalan keluar kita daripada pandemik Covid-19.

Langkah ke belakang

Kerajaan pada hari ini telah pun mempunyai mekanisme yang bersesuaian untuk mengurus darurat, iaitu satu bentuk darurat kesihatan, bukan darurat keselamatan. Gesaan kepada KDYMM Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan sebuah badan yang berkuasa mutlak seperti Mageran bukanlah satu langkah yang sesuai. 

Ia adalah satu langkah ke belakang yang akan merencatkan perancangan kerajaan dan segala usaha penjawat awam, para frontliners, pihak industri dan rakyat seluruhnya untuk memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang kita hadapi pada masa ini.

YAB Perdana Menteri ketika membuat pengumuman mengenai pelaksanaan darurat 2021 juga menegaskan bahawa perisytiharan darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bukan bermakna negara kita berada di bawah pentadbiran yang berkuasa mutlak seperti pemerintahan ala tentera. 

Kerajaan sivil atau a civilian government masih berfungsi. Ciri civilian government ini mesti dipertahankan sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa.

Perlu juga diingat, kerajaan bukan sahaja sedang mengurus pandemik, tetapi mengurus kebajikan dan kehidupan rakyat. Pelbagai kementerian dan jabatan sedang berfungsi untuk menyampaikan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat. Ini termasuk pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan yang telah diumumkan oleh kerajaan. 

Yang terbaharu ialah Pemerkasa Plus yang bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal berjumlah RM5 bilion. Penyampaian bantuan-bantuan ini mesti diteruskan oleh kementerian dan agensi berkaitan yang berfungsi di bawah pentadbiran sivil tanpa gangguan oleh mana-mana pihak yang berkuasa mutlak.

Kita memang berharap agar keadaan akan kembali pulih seperti sediakala. Apabila hampir kesemua penduduk negara kita telah menerima vaksin dan kita telah mencapai herd immunity yang dijangka sebelum akhir tahun ini, insyaAllah sektor-sektor ekonomi dan sosial akan dibuka semula. Kita akan lebih selamat daripada dijangkiti Covid-19.

Pada ketika itu, saya percaya aktiviti politik dan proses demokrasi juga boleh berlangsung dengan lebih rancak. We will be seeing a more vibrant political and democratic process. Bukan sahaja nak adakan sidang Parlimen, nak adakan pilihan raya pun boleh.

Jadi, buat masa ini kita tumpukan dahulu usaha kita untuk mengatasi masalah Covid-19. Dengan proses vaksinasi yang sedang giat berjalan dan PKP yang sedang berkuatkuasa, saya percaya kita memerlukan sedikit masa saja lagi untuk keluar daripada krisis yang sedang membelenggu kita pada masa ini.  

Sabar, stay at home, insyaAllah kita akan menang. – 9 Jun, 2021.

* Dr. Marzuki Mohamad, 
Ketua Setiausaha Sulit 
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

MAKNANYA

AJENDA MAGERAN

TELAH DAN SEDANG

DIBINCANG

AMIN

KALAU TIDAK 

MUSTAHIL

SU SULIT PM

MENULIS SURAT

AMIN

APA DIA MAGERAN? 

AMIN

APAKAH MAGERAN

BOLEH 

LAWAN KOBID?

AMIN



 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku percaya sistem raja perlembagaan kita dan konsep PRU memilih pemimpin negara. Tapi kegagalan politikus yang menerajui kerajaan dan yang mengawasi kerajaan amat mengecewakan rakyat jelata. Kini keadaan negara dan rakyat amat teruk, dah nak jadi 'failed state'. Baik Agong terus ambil-alih pemerintahan dan pentadbiran negara. Aku rasa ramai yang jauh lebih yakin terhadap Agong berbanding politikus.

Tanpa Nama berkata...

Kita boleh terima penjelasan dari Setiausaha So-Late PM ni. Tapi yang membingungkan rakyat semesta alam ialah kenapa PM, yakni tuan yang ampunya badan sendiri tak cakap apa-apa tentang sesi ramas mesra beliau dengan agong?

Rakyat nak tau jugak bijik butir apa yang dibincangkan dan apa yang telah dipersetujui?