Selasa, 29 Mac 2022

TIDAK BERSATU BERMAKNA BEBAL POLITIK

 



Sistem kerajaan beraja, jika rakyat sudah bosan dengan kerenah “bebal politik”


MALAYSIA mampu beralih kepada sistem pemerintahan beraja mutlak sekiranya rakyat sudah bosan dengan kerenah parti-parti politik yang hanya mahu berebut kuasa untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekarang pun oleh kerana kebuntuan mencari jalan keluar kepada kemelut politik, raja-raja sudah dirujuk untuk mendapatkan nasihat.

Rakyat merujuk kepada Raja-raja Melayu dan cuba menjadikan sistem itu sebagai pilihan atau penyelesaian terakhir mereka.
 
Jangkaan kepada kemungkinan kepada peralihan kuasa politik ini dirumuskan dalam program bual bicara Politikopi bertajuk “Sheraton 3.0″ disiarkan secara langsung menerusi Facebook oleh Dialektika TV malam tadi.

Program sejam yang dikemudikan oleh Liyana Marzuki menjemput dua penganalisis politik, Hishamuddin Rais dan Datuk Zaini Hassan.

“Monarki mutlak mengambil alih pemerintahan Malaysia, apa salahnya dengan solusi ini? Tadbir urus negara juga boleh diserahkan kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan,” kata Zaini yang juga Penasihat Editorial bebasnews.my.

“Kita tengok di Brunei, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi, aman damai negara mereka apabila raja-raja yang memerintah.

“Inilah solusi kepada pergolakan politik setelah rakyat sudah bosan dengan kerenah politik yang tiada kesudahan, Malaysia kembali diperintah raja mutlak,” cadangan Zaini.

Pendapat itu turut disokong oleh Hishamuddin “ya itu satu pendekatan baharu yang boleh diterima kerana kebebalan-kebebalan politikus ini menyebabkan raja-raja kita menjadi kuat.”

Katanya, rakyat sudah bosan dengan bebal politikus-politikus yang gagal mencari jalan keluar kepada kekalutan mereka sendiri.

“Rakyat sudah menyampah dan mendapati parti-parti dan para pemimpinnya tidak lagi boleh memikirkan kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara mengatasi agenda politik masing-masing.”

“Mereka sepatutnya jangan berkelahi sesama mereka dan membentuk satu pakatan yang kuat bagi menjatuhkan musuh,” kata Hishamuddin

Kata beliau lagi, parti-parti pembangkang harus kembali kepada asas berpolitik iaitu mengurangkan musuh dan membanyakkan kawan dengan memasang matlamat utama, “menghalang pencuri kembali berkuasa”.

“Sekarang politik kita sudah masuk Babak Tiga iaitu tangkap Najib dan Rosmah serta masukkan mereka dalam penjara. Babak Satu ialah pembongkaran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang memenangkan Pakatan dan Babak Dua, mengheret mereka yang berkenaan ke mahkamah.

“Tidak perlu fikirkan isu lain seperti kenaikan harga minyak, rakyat susah hendak terimanya. Pembangkang kena menggemblengkan tenaga semula atau dalam satu perserikatan baharu dengan satu agenda tadi. Ini telah terbukti dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor lalu, kerana pembangkang tidak bersatu dan kontotnya pemikiran mereka atau ‘bebal politik’,” kata Hishamuddin.
 
Melihat ke hadapan Zaini menambah, istilah pembangkang mungkin sudah tidak wujud lagi apabila DAP pun boleh bergabung dengan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan baharu yang memerintah negara sebagai sebahagian strategi politiknya.

“Saya melihatnya daripada pemilihan DAP baru-baru ini yang memilih Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung baharunya. Mungkin dialah figura baharu DAP yang lebih bersifat sederhana dan perkembangan ini membawa perubahan yang menarik dalam suasana politik kita.

“Kita juga mahu melihat perubahan tampuk kepimpinan dalam PKR dan Rafizi Ramli harus melawan jawatan Presiden dan bukan timbalan dalam pemilihan akan datang. Jika ini berlaku maka ia memberi peluang yang lebih terbuka kepada pemilih dalam PRU akan datang,” kata Zaini.

Hishamuddin walau bagaimanapun menganggap DAP perlu ‘mencuci bajunya’ yang telah dicemari dengan sikap cauvinisnya terhadap orang-orang Melayu sebelum boleh bekerjasama dengan BN dan UMNO untuk memerintah Malaysia.

Mengenai kemungkinan Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia boleh menerajui semula negara, kata Zaini, “saya melihat  Muhyiddin Yassin sebagai faktor yang lemah untuk membentuk semula gagasan yang baharu. Beliau telah pun gagal apabila meletak jawatan Perdana Menteri.

“Gagasan PN ini juga bukan satu faktor penentu kejayaan dalam pilihan raya akan datang. Bersatu sepatutnya dimansuhkan dan kembali kepada arus perdana UMNO.

POLITIKUS

JIKA TERUS BEBAL

MAKA RAKYAT

AKAN KETEPIKAAN

MEREKA

AMIN

INI HUKUM ALAM

YANG BODOH

DUDUK TEPI

YANG BIJAK

AMBIL ALIH

AMIN

JIKA MASIH 

ADA POLITKIUS

TAK  SEDAR 

PERLUNYA SATU

BARISAN BERSATU

BARU 

MAKA SAH

ITU POLITIKUS BEBAL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: