Serik ditikam, Dr Mahathir tak akan sokong Muhyiddin jadi PM
PEJUANG tidak akan menyokong Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri sekali lagi, kata Dr Mahathir Mohamad yang serik selepas dikhianati presiden Bersatu itu.
Prestasi buruk Muhyiddin semasa menjadi perdana menteri kelapan juga membuatkan beliau tidak layak dilantik semula ke jawatan itu, katanya.
Beliau malah melihat pencapaian Muhyiddin sama buruk dengan perdana menteri keenam Najib Razak yang menurutnya banyak kegagalan.
“Semasa dia jadi perdana menteri, ramai orang tak puas hati dengan kepemimpinannya. Dia bukan perdana menteri yang baik.
“Jika dia lakukan perkara yang bagus untuk negara, saya percaya saya tak sokong pun dia boleh menang.
“Kami tidak akan menyokong perdana menteri yang ada banyak kegagalan sama seperti Najib,” katanya lagi dalam sidang media di Kuala Lumpur.
Dr Mahathir berkata Muhyiddin tampil bertemunya, yang menurut beliau bertujuan meraih sokongan supaya ahli Parlimen Pagoh itu kembali menjadi perdana menteri.
“Dia nak saya sokong dia dalam usaha untuk jadi perdana menteri sekali lagi… Saya tak tahu tapi dia minta saya (sokong).
“Kami (Pejuang) tak kuat, kami tiada wang, tapi dia minta kami sokongnya,” katanya lagi
Bagaimanapun beliau tidak akan menyokong Muhyiddin lagi selepas dikhianati melalui Langkah Sheraton yang menyebabkan pentadbiran Pakatan Harapan tumbang pada 2020.
Dr Mahathir menganggap pengkhianatan tersebut seperti menikam beliau dari belakang.
“Saya tak tahu nak kata apa (kepada Muhyiddin). Saya tak jadi perdana menteri sebab Muhyiddin. Dia tikam belakang saya. Sekarang orang yang dia tikam belakang itu tak mati lagi,” katanya.
Dalam rentetan peristiwa Februrari 2020 itu, Muhyiddin menarik sokongan 10 ahli Parlimen PKR dan membawa Bersatu keluar dari gabungan PH menyebabkan kerajaan tumbang.
Muhyiddin kemudian memecat Dr Mahathir dan empat lagi ahli Parlimen Bersatu kerana enggan menyokong beliau sebagai perdana menteri.
Presiden Bersatu kemudian menggabungkan kerajaan Perikatan Nasional bersama parti Islam PAS, Gabungan Parti Sarawak dan Barisan Nasional.
Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 16 Ogos tahun lepas selepas 15 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka daripadanya.
Sepanjang 17 bulan memegang jawatan Muhyiddin menguatkuasakan kawalan pergerakan paling lama bagi membendung pandemik Covid-19.
Beliau juga menguatkuasa perintah darurat yang dikritik hebat kerana menghalang Parlimen bersidang. – 1 April, 2022
2 ulasan:
Yg penting jgn percaya lah cakap Madey Kutty yg dah campur nyanyok.Asik2 cakap nak jadi PM lg walaupun dah nak mati.Mahyuddin jumpa mkin nak bincang kerjasama je utk PRU15 dan tak mkin sebut nak
sokongan jadi PM.Tp biasa lah Madey Kutty terus kelentong..Dia ingat pejuang tu hebat.Sama dgn anak dia Mukriz tu hampeeh..
Masalah nye dlm Malaya sekarang ni yang punye khemah semua nye punya "panjang tangan" ..
Catat Ulasan