Ahad, 3 Julai 2022

LARI MASUK PKR

Tunggu masa ahli Parlimen Saratok keluar Bersatu, kata penganalisis

AHLI Parlimen Saratok Ali Biju kini menghitung hari bersama Bersatu kerana beliau dijangka mengikut jejak Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin yang keluar daripada parti diterajui bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin itu, kata penganalisis.

Mongin, wakil rakyat penggal pertama menang kerusi Saratok pada Pilihan Raya Umum 2018 menggunakan tiket PKR, baru-baru ini mengumumkan yang beliau sudah memohon menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti peneraju kerjasama politik di negeri itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ali juga menang di kerusi majoriti Iban menggunakan tiket PKR tetapi beliau dan Mongin dipecat PKR kerana peranan mereka dalam Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Kedua-dua mereka juga kini adalah timbalan menteri dalam kerajaan semasa Barisan Nasional. Ali adalah timbalan menteri tenaga dan sumber asli, manakala Mongin adalah timbalan menteri dua perusahaan perladangan dan komoditi.

“Kelangsungan politik? Sudah tentu,” kata James Chin dari Universiti Tasmania dan Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya kepada The Malaysian Insight.

“Semua orang tahu untuk Willie (Mongin) atau Ali mempertahankan kerusi, mereka perlu lompat (parti). Dalam kes Willie, dia tahu yang sukar untuknya mengekalkan kerusi jika dia mempertahankannya atas tiket parti bukan GPS,” kata Awang Azman.

Menurut Chin pula, meninggalkan Bersatu adalah tindakan kelangsungan politik Ali dan Mongin.

“Ini adalah kelangsungan politik. Hanya tiket GPS mampu memberi kemenangan.

“Mereka tidak ada pilihan lain,” kata Chin.

Tambah Chin, Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor sudah membuktikan yang Bersatu adalah parti yang lemah, pandangan yang turut dipersetujui Awang Azman.

Muhyiddin yang meletak jawatan hanya 17 bulan selepas dilantik sebagai perdana menteri juga tidak lagi berpengaruh untuk memberi tekanan kepada Premier Sarawak Abang Johari Openg bagi menyokong Ali dan Mongin atas tiket Bersatu, kata Awang Azman dan Chin lagi.

“Selepas dia disingkirkan sebagai perdana menteri, Muhyiddin hilang kuasa untuk membuat rundingan politik. Dia tidak boleh merayu bagi pihak mereka (Ali dan Mongin),” tambah penganalisis itu.

“GPS sudah berkias beritahu Muhyiddin yang dia tidak boleh buat apa-apa lagi sebab Bersatu kalah teruk di Melaka dan Johor,” tambah Chin.

“Jadi tidak ada sebab untuk percaya yang jika mereka datang ke Sarawak mereka boleh buat sesuatu (bawa perubahan). Rakyat sudah tidak yakin dengan Bersatu.

“Maka sudah tiba masanya untuk Ali dan (Willie) Mongin betulkan kedudukan mereka.”

Mengulas permohonan Mongin pula, Chin berkata berdasarkan jangkaan yang dia tidak mampu mempertahankan kerusi Parlimennya sebagai calon Bersatu atau Bebas, “satu-satunya pilihan untuk dia adalah merayu kepada GPS untuk membenarkannya bertanding di situ”.

Puncak Borneo adalah kerusi majoriti Bidayuh di pinggir bandar Kuching.

“Pada masa sekarang GPS pegang semua peluang,” kata Chin.

Tambahnya lagi, PBB juga sudah mempunyai calon lain untuk merampas kembali kerusi itu.

Mengenai Ali pula, Chin berkata mahu atau tidak Ali akan terpaksa memohon masuk salah satu parti komponen GPS.

Selain PBB, tiga lagi parti dalam GPS adalah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

“GPS sangat kuat sekarang sampaikan mereka boleh kata ‘tidak’ tanpa kesan buruk dalam pilihan raya. Mereka (Ali dan Mongin) boleh bertanding sebagai Bebas tetapi mereka tiada peluang untuk ancam GPS,” kata Chin lagi.

Awang Azman pula memberi amaran yang mungkin wujud bantahan daripada ahli GPS lain jika gabungan itu menerima Ali dan Mongin.

Katanya, GPS terutamanya PBB perlu mempertimbangkan risiko yang menerima Ali dan Mongin boleh mencetuskan bantahan dalaman yang boleh menjejaskan imejnya sebagai model perpaduan politik. – 3 Julai, 2022.

MASUK PPB

ATAU MASUK

PKR ???

KAH KAH KAH

WOIT

BUKAN PKR LAMA

TAPI PKR BARU

KAH KAH KAH

PARTI KUASA

RAKYAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: