Khamis, 1 Disember 2022

AMBIL ZAHID BAWA BALA BAWA BHAGIA


Pemerhati politik berbeza pendapat Zahid sebagai TPM

MELANTIK Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri (TPM) dilihat sebagai satu kesilapan atau mungkin juga langkah untuk stabilkan kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim, kata pemerhati politik.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, mereka berkata jika perdana menteri presiden Umno yang tercemar rasuah itu dilantik mungkin akan jejaskan imej reformasi yang cuba dibawa Anwar dalam pentadbirannya.

Namun ia juga boleh memberikan kestabilan kepada kerajaan perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mereka berkata, kerajaan Anwar bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat kenapa Ahmad Zahid menjadi pilihannya dalam Kabinet.

Semalam The Malaysian Insight melaporkan Anwar mungkin menamakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebagai salah seorang daripada dua TPM kerana pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mahu mengimbangi pentadbirannya dengan pembangkang Melayu yang kuat.

Ahmad Zahid dilihat sebagai calon pilihan yang kontroversi. Beliau menjadi sasaran musuh politik, pengundi dan juga ahli partinya dalam kempen PRU15 pada 19 November, malah Ahmad Zahid cuma menang tipis di kubunya sendiri dengan majoriti 348 undi.

Bagaimanapun, beliau berjaya menterbalikkan kegagalan Barisan Nasional (BN) yang cuma menang 30 kerusi Parlimen itu menjadi penentu strategik apabila menyokong PH.

Pada PRU15, PH menang 82 kerusi berbanding Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin yang memperoleh 73 kerusi.

Wakil dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) disebut-sebut sebagai satu lagi calon TPM selepas Anwar berkata beliau mahukan dua TPM, disebut sebagai langkah politik, bukannya berdasarkan peruntukan perlembagaan.

Ahmad Zahid masih berdepan 47 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram walaupun telah dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN) oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 September lepas.

Anwar berkata beliau akan mempertimbangkan semua pandangan untuk membentuk kabinetnya tetapi tidak menolak sesiapa pun.

Ahmad Zahid sebagai liabiliti

Hisomuddin Bakar dari Ilham Center dalam pada itu berkata Anwar perlu memilih orang lain sebagai timbalannya kerana ia akan memberi tanggapan salah kepada rakyat jika beliau masih teruskan dengan keputusannya itu.

“Kerajaan baharu mesti mendapat kepercayaan orang ramai. Rakyat akan mula mempersoalkan Anwar jika beliau menamakan Ahmad Zahid sebagai timbalannya,” katanya.

Hisomuddin berkata antara punca BN kalah teruk pada PRU15 adalah kerana imej Ahmad Zahid.

“Orang Melayu pilih PN sebab kes rasuah Ahmad Zahid dan kini jika Anwar melantiknya, Anwar juga akan menerima tindak balas dan kerajaannya perlu jelaskan atau beri justifikasi yang jelas mengapa Ahmad Zahid perlu jadi timbalannya,” tambahnya.

Katanya Zahid kini menjadi liabiliti.

“Dari perspektif Umno, ya, ia tentang survival parti, tetapi dari sudut pandangan umum, Ahmad Zahid adalah liabiliti.”

Dalam pada itu Presiden Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (YKKM) Halim Ishak menggesa Anwar supaya konsisten.

Tambahnya, Ahmad Zahid atau sesiapa sahaja yang mempunyai pertuduhan rasuah tidak patut menyertai Jemaah Menteri buat sementara waktu.

“Ini tentang integriti dan ini tidak boleh dipandang ringan. Anwar mesti cakap serupa bikin kerana integriti adalah intipati utama beliau dalam setiap ceramahnya. Menamakan seseorang yang ada kes mahkamah sebagai anggota kabinet bukanlah perkara yang patut beliau buat.

“Mereka yang ada kes mahkamah perlu keluar sementara daripada kabinet. Jika mereka ada, ini akan beri persepsi negatif terhadap kerajaan,” kata bekas komando polis itu.

Pemerhati politik Dr Oh Ei Sun pula berkata langkah melantik Ahmad Zahid mungkin perlu agar Anwar dapat mewujudkan kerajaan yang stabil.

Beliau berhujah tindakan itu mungkin salah dari segi moral, tetapi perlu untuk mengekang kerajaan yang didominasi PAS.

“Secara moral mungkin tidak bagus untuk lantik TPM dengan kes mahkamah, walaupun ada contoh di negara lain, seperti Benjamin Netanhayu di Israel.

“Tetapi dari segi politik ini adalah langkah yang berat tetapi perlu bagi Anwar, kerana BN pimpinan Ahmad Zahid lebih berkemungkinan akan terus menyokong Anwar, jika tidak BN mungkin berbaik dengan PN, sekali gus menimbulkan kerajaan yang didominasi PAS yang boleh menggoncang fabrik masyarakat berbilang budaya,” katanya.

Ahmad Zahid dan Anwar adalah sekutu dalam Umno. Ahmad Zahid pernah ditahan hampir dua bulan pada September 1998 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sehari selepas Anwar ditangkap atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat. – 1 Disember, 2022.

AMBIL ZAHID

BAWA BALA

AMIN

AMBIL ZAHID

BAWA BAHAGIA

AMIN

AMBIL ZAHID

KERAJAAN STABIL

AMIN

AMBIL ZAHID

KERAJAAN 

TAK STABIL

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Manusia ini macam macam lah, bila ada pangkat kuasa semua cium tangan, kaki pun sanggup cium untuk kebajikan sendiri, kah kah kah, mana satu pemimpin bersih suci murni? Ada berapa ekor ? Selagi tak pegang kuasa jangan cakap merapu lah, semua sama rumpun sama, sejarah sama, tak ubah tunggu nak lihat nanti, lidah kan tidak bertulang, nanti puak bangkang, puak setuju, begitu lah kaum kerabat, kalau untung diri semua halal, kalau untung lawan terus Haram, Pak Lebai pun begitu apa kan pula orang biasa biasa, kah kah kah apa pun patuhi arahan arahan atasan, tak payah sibuk sibuk belaka, kedai kopi penuh bukan bekerja tapi sembang politik sampai lupa waktu sembahyang kah kah buat kerja dulu amin

Tanpa Nama berkata...

Zahid lu punya kawan la bro TT....kah kah kah....

zaharuddin ahmad berkata...

Ambil DSZHamidi..bererti mencari bala...segala pujian baik dalam negeri mahupun dari luar negara..sudah tak ada makna...rakyat terasa malu kalau 'court cluster" masih diberi muka..banduan 12 tahun masih caturkan hala tuju .. keistimewaan tahanan banduan 12tahun masih tidak diendahkan...fahamilah.. kita undi kamu untuk perubahan ...kalau masih macam dulu.. baik kami/rakyat tidak payah mengundi..

zaharuddin ahmad berkata...

Ambil DSZHamidi..bererti mencari bala...segala pujian baik dalam negeri mahupun dari luar negara..sudah tak ada makna...rakyat terasa malu kalau 'court cluster" masih diberi muka..banduan 12 tahun masih caturkan hala tuju .. keistimewaan tahanan banduan 12tahun masih tidak diendahkan...fahamilah.. kita undi kamu untuk perubahan ...kalau masih macam dulu.. baik kami/rakyat tidak payah mengundi..