Sabtu, 11 Februari 2023

HUKUMAN BERAT SEBELAH


Hukum majikan yang upah Pati juga, kata duta besar Indonesia

MENGAPA hukuman hanya dikenakan ke atas pekerja asing tanpa izin (Pati) tetapi majikan yang mengupah mereka terlepas, soal Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

Mengulas serbuan ke atas sebuah penempatan haram warga asing di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini, beliau berkata Pati tidak akan datang ke negara ni jika tidak diambil bekerja oleh rakyat Malaysia sendiri.

“Memang ia melanggar undang-undang, tetapi mereka di sini kerana diupah oleh rakyat Malaysia,” katanya dipetik The Star.

“Pati tidak akan datang kalau tiada majikan yang upah. Kedua-duanya melanggar undang-undang, dan mesti dihukum dengan sewajarnya.

“Majikan yang bertanggungjawab mendapatkan permit untuk pekerja mereka. Tidak adil untuk hanya menyalahkan satu pihak. Perkara ini telah saya kemukakan kepada ketua hakim negara untuk dipertimbangkan,” tambahnya.

Seramai 67 orang Pati dari Indonesia ditahan dalam satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Nilai Spring yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan pada awal pagi Rabu minggu lepas.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 31 orang dewasa dan 36 kanak-kanak termasuk bayi berusia dua bulan.

Hermono mempersoalkan apakah tindakan pihak berkuasa ke atas majikan pekerja asing terbabit.

“Ada antara pekerja ini belum menerima gaji. Mengapa majikan mereka tidak disoal siasat? Mengapa tindakan hanya ke atas pekerja?” soal beliau.

Serbuan itu turut dikecam Komisi Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) Indonesia, berkata tindakan Jabatan Imigresen itu tidak mematuhi prinsip Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).

Jabatan Imigresen kemudian menjelaskan rakyat Indonesia yang ditahan dipercayai tidak berniat untuk pulang ke negara asal, sebaliknya ingin terus berada di negara ini walaupun tanpa dokumen sah.

Ketua pengarahnya, Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan  berkata ia berdasarkan pemeriksaan terhadap penempatan tersebut yang mendapati adalah sebuah perkampungan yang sudah lama wujud di dalam hutan serta berada di kawasan tidak rata dan berpaya. – 11 Februari 2023. 

INI SARANAN

YANG TEPAT

AMIN

KES INI SAMA

KES RASUAH

AMIN

KENAPA YG

TERIMA RASUAH 

 DI PENJARA

AMIN

KENAPA YG BERI

TAK DI PENJARA 

KHALAS 

DUA DUA WAJIB

 DI HUKUM

KHALAS

Tiada ulasan: