Ahad, 9 Julai 2023

NILAI RINGGIT. MAKIN MURAH



Dolar mengukuh, rakyat Singapura banjiri Johor

KEJATUHAN nilai ringgit menyebabkan perniagaan di Johor melonjak apabila rakyat Singapura membanjiri negeri itu pada hampir setiap hujung minggu dan cuti sekolah untuk membeli-belah, menyebabkan Johor hampir pulih daripada ekonomi pasca Covid-19, lebih cepat daripada dijangka.

Walaupun perniagaan agak lembab pada hari biasa, perniagaan hotel di pusat bandar Johor menjadi bermaya pada hujung minggu dengan kadar tetamu dilaporkan setinggi 80%, dan malah 100% ketika cuti panjang hujung minggu dan cuti sekolah di Singapura.

Antara yang gembira dengan perkembangan itu ialah Timbalan Presiden Persatuan Perniagaan Hotel Malaysia (MyBHA) yang juga Pengerusi MyBHA Johor Jarod Chia.

Beliau berkata sekurang-kurangnya 30% rakyat Singapura yang menyeberangi Tambak Johor untuk membeli-belah dan makan di Johor, dilaporkan menginap di hotel ketika cuti hujung minggu.

Chia memberitahu The Malaysian Insight semua hotel di pusat bandar Johor menerima tempahan penuh ketika cuti sekolah Singapura pada Mei.

Bagaimanapun, lonjakan terbaru itu membawa masalah baharu dan menyebabkan rakyat Singapura yang tidak suka tersekat dengan kesesakan lalu lintas berjam-jam lamanya, mengubah rancangan hujung minggu mereka.

“Kesesakan lalu lintas melampau menyebabkan ramai rakyat Singapura tidak mahu ke Johor,” kata Chia.

Sebaliknya, mereka memilih ke Thailand, Vietnam dan negara berjiran yang lain di mana mereka masih menerima nilai baik daripada dolar mereka yang tinggi, kata Chia.

“Terbang masuk, terbang keluar, tiada kesesakan lalu lintas. Malam, mereka sebenarnya tidak semestinya perlu ke Malaysia untuk cuti hujung minggu.

“Thailand, Vietnam dan negara Asia Tenggara lain dekat saja.”

Chia berkata walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Tambak Johor, termasuk campur tangan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, ia akan mengambil sedikit masa.

“Kesesakan lalu lintas itu bukan boleh diselesaikan oleh Johor sendiri,” katanya merujuk kepada Jabatan Kastam dan Imigresen yang terletak di bawah bidang kuasa persekutuan.

“Kesesakan lalu lintas ini berlaku sejak sekian lama dan saya tidak fikir ia boleh diselesaikan serta-merta.”

Onn sebelum ini mencadangkan lima penyelesaian jangka pendek untuk mengurangkan kesesakan, terutama ketika waktu puncak.

Antaranya ialah beliau mencadangkan semua kaunter dibuka ketika waktu puncak dan imigresen perlu menyelesaikan isu kekurangan kakitangan dan masalah bayaran lebih masa.

Onn juga menyentuh berkenaan penyelenggaraan kemudahan awam, seperti tandas, dengan memberikan lesen kepada kontraktor di Tambak Johor dan Linkedua, mengarahkan jabatan imigresen dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura memantau kebersihan kemudahan berkenaan. – 9 Julai, 2023.

WOIT

BILA DUIT 

MURAH RAKYAT

SINGAPURA

ENJOI DE  MENJOI

KAH KAH KAH

APAKAH INI

IKUT KATA RAFIZI

ATAU IKUT KATA

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ngapa tt x cerita era 70-80an cam na org malaysia bebelanja kat singapura atau nak sorok kenyataan haprak

Tanpa Nama berkata...

Tt buta sejarah