567 Pati ditahan dalam serbuan apartmen di Bangsar
KUALA LUMPUR – Pelbagai caria dilakukan warga asing yang menghuni Apartmen Abdullah Hukum di Bangsar, di sini, bagi menglak ditangkap pihak berkuasa dalam serbuan yang dilakukan awal pagi tadi.
Antaranya mereka berpura-pura tidak mendengar ketukan pintu dengan alasan tertidur akibat kepenatan selain menutup lampu bagi mengelak kediaman yang didiami diperiksa anggota Jabatan Imigresen Malaysia.
Berikutan itu, penguatkuasa JIM terpaksa memotong mangga pintu jeriji besi rumah.
Ketika pintu rumah dibuka ada antara watga asing yang menyorok di ruang sempit di kediaman masing-masing bagi mengealk dicekup.
Syamsul Badrin memeriksa dokumen salah seorang warga asing yang ditahan dalam operasi JIM di Apartmen Abdullah Hukum di Bangsar awal pagi tadi.
Malah ada yang nekad terjun dari tingkat dua namun sempat diberkas pegawai Imigresen dengan kerjasama penduduk setempat dalam operasi yang bermula jam 1 pagi tadi.
Wartawan yang mengikut operasi tersebut mendapati rata-rata mereka yang ditahan tidak memiliki dokumen lengkap.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, dalam operasi yang 85 pegawai dan anggota itu memeriksa 125 buah kediaman di bangunan 14 tingkat selepas menjalankan risikan selama seminggu tentang gerak geri warga asing.
Syamsul Badrin memeriksa dokumen salah seorang warga asing yang ditahan dalam operasi JIM di Apartmen Abdullah Hukum di Bangsar awal pagi tadi
“Seramai 1,000 orang telah diperiksa, dan daripada jumlah itu seramai 567 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia satu tahun empat bulan hingga 54 tahun termasuk 38 wanita berjaya ditahan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 72 warga Indonesia, 252 warga Bangladesh, 163 warga Nepal, 75 warga Myanmar, empat warga Filipina dan seorang warga India,” katanya pada sidang media, hari ini.
Syamsul Badrin menambah, pihaknya percaya kediaman terbabit disewa oleh pendatang asing tanpa izin (Pati) dengan bayaran sewa bulanan lebih RM1,000 dan setiap kediaman menempatkan lebih lapan penghuni.
“Kebanyakan warga asing ini dipercayai bekerja di kawasan sekitar sini.
“Pada masa sama JIM sedang menyiasat untuk mengesan pemilik rumah yang menyewa kediaman mereka kepada Pati bagi tindakan lanjut,” ujarnya.
Syamsul Badrin berkata, kesemua warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan di bawa Akta Imigresen 1959/63. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan