Jumaat, 15 Disember 2023

SEKALI LAGI PROJEK VAKSIN



Arahan pelaksanaan dos penggalak ketiga akan dikeluarkan tidak lama lagi, kata menteri

ARAHAN baharu untuk pelaksanaan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 mungkin akan dikeluarkan tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata suntikan dos penggalak ini bagi mereka yang terdedah kepada komplikasi daripada virus itu.

Dzulkefly berkata pada masa ini kadar pengambilan untuk dos penggalak vaksin Covid-19 kedua berada pada 54% manakala kadar untuk dos penggalak ketiga adalah agak rendah.

“Mungkin sedikit masa lagi kementerian mungkin mengeluarkan beberapa arahan pelaksanaan dos penggalak terutama bagi mereka dalam kumpulan yang terdedah,” katanya kepada media hari ini selepas perhimpunan bulanan kementerian itu.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata 12,757 kes Covid-19 dilaporkan antara 3 dan 9 Disember (ME49) berbanding 6,796 kes minggu sebelumnya.

Beliau berkata walaupun jumlah kes meningkat hampir dua kali ganda keadaan masih terkawal dan tidak membebankan kemudahan kesihatan.

Radzi menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan diri yang optimum, memakai topeng pelitup muka jika bergejala dan mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19.

Beliau berkata kebanyakan kes tempatan menunjukkan simptom ringan dan tidak memerlukan rawatan hospital.

“Kadar kemasukan Covid-19 (termasuk kes yang disyaki) ke kemudahan penjagaan kesihatan untuk penggunaan katil tidak kritikal dan katil unit rawatan rapi masing-masing meningkat kepada 1.4% dalam ME49.

“Kadar pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan juga meningkat kepada 0.5% dan kadar kematian keseluruhan dari 25 Januari hingga 9 Disember adalah 0.72%,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Radzi berkata kes Covid-19 meningkat di seluruh dunia, bertepatan dengan trend akhir tahun yang dilihat di negara lain.

Beliau berkata dalam ME49, 26 kes baharu varian Omicron dilaporkan terdiri daripada 21 kes varian membimbangkan dan lima kes varian menarik.

“Setakat ini tiada varian baharu dikesan di Malaysia. Varian yang masih beredar di Malaysia ialah subvarian Omicron XBB.1.16, XBB.1.5 dan EG.5.

“Walaupun ini terkenal dengan kebolehjangkitan yang tinggi, ia tidak menyebabkan jangkitan yang teruk,” katanya. – 14 Disember, 2023.




WOIT

SEKALI LAGI

PROJEK VAKSIN

KAH KAH KAH

SAMPAI SEKARANG

KITA TAK

 DIBERI TAHU

SEBOTOL VAKSIN

BERAPA HARGA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: