Siapa yang berhak dikebumi di Makam Pahlawan?
BERITA pemergian mantan Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Haniff Omar beberapa hari lalu telah mendapat simpati rakyat dan ramai orang khasnya warga polis yang ingin menziarah jenazah beliau.
Namun hasrat mulia ini tidak kesampaian kerana terdapat kekeliruan di mana jenazah akan disemadikan?
Pada peringkat permulaan dimaklumkan Allahyarham akan dikebumikan oleh keluarga di Bukit Kiara, tetapi kemudian dimaklumkan dibawa ke Masjid Negara untuk dikebumikan di Makam Pahlawan Negara tapi akhirnya di Bukit Kiara pula?
Anak lelaki arwah, Rahmat Omar Haniff dipetik dalam siaran langsung TV berkata pihak keluarga tiada masalah jika arwah mahu dikebumikan di perkarangan Masjid Negara iaitu di Makam Pahlawan.
Setiap negara mempunyai Makam Pahlawan bagi tujuan menghormati tokoh-tokoh yang besar jasa kepada negara. Sebagai contoh di Indonesia terletak di Kalibata dan Amerika di Arlington.
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra membina Masjid Negara pada 1965, Makam Pahlawan dibina di pinggiran masjid tersebut.
Hingga kini sudah 60 tahun makam tersebut wujud namun malangnya majoriti jenazah yang dimakamkan di situ adalah tokoh-tokoh politik Melayu hingga timbul persoalan siapakah yang layak diberi taraf Pahlawan Negara atau National Hero, adakah tokoh politik Melayu sahaja?
Sudah sampai masanya kerajaan melihat semula isu penting ini dan mengadakan satu Makam Pahlawan yang baru untuk Hero Pahlawan Malaysia yang datang dari berbagai bangsa dengan mengguna pakai satu sistem atau prosedur yang standard dan teratur dalam mengurus Makam Pahlawan.
Saya ingin mencadangkan kerajaan mengambil langkah-langkah yang komprehensif seperti berikut:
1) Satu Makam Pahlawan yang baru yang lebih luas wajar dibina yang terdapat makam berasingan untuk jenazah Islam dan bukan Islam.
Amat wajar juga negara memberi penghormatan kepada hero mendiang bukan Islam yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara.
2) Senarai Hero Negara wajar diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong dan bukan oleh Perdana Menteri.
Senarai siapa yang layak ini ditetapkan terlebih dahulu oleh satu Jawatankuasa yang ahli-ahlinya diluluskan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.
3) Nama mereka yang dikenalpasti dan diiktiraf oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Pahlawan Negara dan diberi kebenaran disemadi di Makam Pahlawan akan dimaklumkan kepada mereka terlebih dahulu, dan terserah kepada mereka mahu menerima atau tidak.
Almarhum Tunku Abdul Rahman menolak tawaran kerajaan utk dikebumi di Makam Pahlawan.
4) Tapak yang sesuai untuk dijadikan Makan Pahlawan ialah di kawasan sekitar Tugu Negara, satu tempat yang dikaitkan dengan hero-hero negara tanpa mengira agama.
5) Atau lebih sesuai, Makam Pahlawan hanya dikhususkan kepada hero-hero perajurit sahaja dan bukannya orang politik.
Dengan adanya satu sistem dan prosedur yang seragam dan lengkap dalam mentadbir Makam Pahlawan kita berharap tadbir urus jenazah Pahlawan-pahlawan Negara akan lebih adil, teratur dan kemas berbanding keadaan sekarang yang nampaknya seperti kucar-kacir apabila berlaku kematian mengejut seseorang tokoh negara seperti Tun Haniff tempoh hari.
Dalam membina Makam Pahlawan Negara yang baru pihak kerajaan wajar mengambil contoh pembinaan dan pengurusan Tanah Perkuburan Sakinah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Batu Muda.
Ia adalah sebuah taman pusara yang luas, teratur, sistematik dan mempunyai landskap yang cantik serta dijagai oleh pihak keselamatan kubur daripada diceroboh pihak luar. - BebasNews
2 ulasan:
Kubor Pahlawan tu nguborkan kaki2 sakau, sailang, pemutar alam .. mungking tompek tu dah paneh sobab ahlul nyo banyak kono soal jawab .. tak dapek jawab akan di kelupo dongan rotan api paneh 1000 kali paneh dari api welding. Jadi tu sobab Tun Anif tak ondak kono tanam kek situ .. paneeeh .. tuckbEEr
Kah kah kah dah mati dah jadi arwah pun jadi modal kah kah kah susah amat berat TT ini, semua jadi modal hasutan baginda Queen Elizabeth kah kah kah
Catat Ulasan