Jumaat, 27 Jun 2025

TRUMP BUAT LAWAK BERDIRI




'Trump perbesar-besarkan dakwaan impak serangan AS' - Khamenei

TEHRAN: Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei, menegaskan Presiden Donald Trump hanya memperbesar-besarkan dakwaan berhubung impak serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas tapak nuklear Iran, baru-baru ini.

Dalam ucapan disiarkan melalui televisyen, semalam - kemunculan pertama beliau sejak gencatan senjata Iran-Israel selepas berperang selama 12 hari - Khamenei memuji apa yang disifatkannya sebagai 'kemenangan ke atas Israel' dan berikrar tidak akan tunduk kepada tekanan AS, selain menekankan bahawa Washington telah menerima 'tamparan' yang memalukan.

"Presiden AS memperbesar-besarkan peristiwa dengan cara luar biasa, dan ternyata beliau memerlukan tokok tambah itu," kata Khamenei, menolak dakwaan AS bahawa program nuklear Iran amat teruk terjejas akibat serangan berkenaan.

Khamenei sebaliknya menegaskan serangan berkenaan tidak memberi kesan 'signifikan' terhadap kemudahan nuklear Iran, namun Trump mempertahankan dakwaan bahawa ia telah memberi impak sangat merosakkan ke atas sasaran.

Trump mendakwa bahawa kemudahan utama, termasuk tapak pengayaan uranium bawah tanah di Fordo, telah 'dimusnahkan' oleh serangan pengebom B-2 AS.

Dalam hantaran melalui platform Truth Social, Trump turut menolak spekulasi bahawa Iran berkemungkinan telah memindahkan uranium diperkaya itu sebelum serangan.

Presiden AS itu mendakwa, imej satelit yang menunjukkan trak-trak berada di tapak berkenaan sebenarnya adalah usaha pihak Iran untuk cuba melindungi kemudahan terbabit dengan konkrit.

Bagaimanapun, Khamenei menepis dakwaan itu dengan menegaskan: "Republik Islam telah menang, dan tindak balas dilakukan memberi tamparan hebat kepada AS."

Israel dan Iran masing-masing mendakwa memenangi peperangan 12 hari itu: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyifatkannya sebagai kemenangan bersejarah, manakala Khamenei menekankan bahawa serangan balas peluru berpandu Iran telah membawa Israel ke ambang kehancuran.

Sementara itu, Iran semalam menafikan bersedia untuk menyambung semula rundingan nuklear dengan AS.

Ia susulan Trump dilaporkan berkata, Washington akan mengadakan perbincangan dengan Tehran pada minggu depan, manakala utusan khasnya, Steve Witkoff pula menyuarakan harapan agar 'satu perjanjian damai yang komprehensif' dicapai.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, bagaimanapun menolak apa disifatkannya sebagai 'spekulasi' bahawa Tehran akan menghadiri rundingan itu, malah berkata 'ia tidak harus diambil serius.'

"Saya mahu menekankan dengan jelas bahawa tiada sebarang perjanjian, aturan atau perbualan dibuat untuk memulakan rundingan baharu. Setakat ini, tiada perancangan ditetapkan lagi untuk memulakan rundingan," katanya melalui televisyen negara.

KAH KAH KAH

KAH KAH 

KAH

AMIN

AMERIKA HANYA

BERJAYA

LETUPKAN

BANGUNAN

KOSONG

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Awal dahulu kala British amalkan sistem pencen umur 55 tahun untuk lelaki dan 50 tahun untuk perempuan. Kenapa begitu? Kena fikir zaman dahulu taraf kehidupan tidak sempurna maka boleh pencen umur begitu. Tetapi sekarang pemimpin sampai 100 tahun kemudian nak sambung minta nyawa sebab nak selamatkan negara konon kah kah kah, sepatutnya puak umur 60 tahun dipencenkan agar generasi muda ambil alih pentadbiran, tetapi apabila pencen disambung kontrak, pencen makan gaji elaun disambung nyawa kerana pandai cium tangan dan mengikut segala karenah pemimpin, kan begitu? Nampak sangat negara kedayusan idea dengan kehadiran golongan free loader ini, semuanya ditanggung beres oleh rakyat, duit dicuri duit dipinjam duit projek duit mereka belanja untuk diri keluarga sanak-saudara anak beranak sudah jadi norma masyarakat sekarang kah kah kah jadi persoalan sekarang sampai bila? Lagi senang buat klausa seumur hidup kan mudah? Kah kah kah fikir fikirkan. Kerana kerepot tua begini akan ulang tayang dicerita sama setiap hari kah kah kah siapa kerepot tua disini sila angkat tangan woit kah kah kah