Rabu, 9 Julai 2025

FANTA NAK LAWAN COKE DAN PEPSI



Parti ketiga milik Elon Musk mungkin gugat Trump - Penganalisis

WASHINGTON: Penganalisis berpandangan rancangan Elon Musk untuk menubuhkan parti politik mungkin akan menjadi ancaman kepada Parti Republikan yang kini mempertahankan majoriti tipis di Kongres, biarpun Donald Trump mengatakan kewujudan parti itu sebagai sesuatu yang 'mengarut'.

Pelancaran parti baharu yang dinamakan 'America Party' oleh Musk hujung minggu lalu hadir selepas Trump menandatangani rang undang-undang dasar domestik berskala besar — sesuatu yang dikritik keras oleh jutawan teknologi itu kerana didakwa akan meningkatkan defisit negara secara mendadak.

Meskipun Musk belum menjelaskan secara terperinci dasar partinya, beliau dijangka akan menumpu kepada beberapa kerusi Dewan Perwakilan dan Senat dalam pilihan raya pertengahan penggal tahun hadapan, khususnya yang disandang oleh wakil Republikan yang menyokong rang undang-undang Trump.

"America Party oleh Elon Musk adalah faktor luar jangka yang boleh mengganggu keputusan pilihan raya pertengahan 2026, khususnya kepada Republikan.

"Dengan majoriti tipis di Kongres, Republikan patut berasa bimbang," kata penganalisis politik, Matt Shoemaker, yang juga bekas calon Republikan dan bekas pegawai perisikan.

Sumber Kewangan dan Pengaruh BesarMusk sebagai individu terkaya di dunia dengan anggaran kekayaan AS$405 bilion (RM1.7 trilion) mendapati sejumlah 80 peratus daripada 5.6 juta responden menyokong.

Berbeza dengan parti ketiga lain, partinya mempunyai sumber kewangan yang hampir tidak terhad, serta daya tarikan peribadi di kalangan golongan muda AS khususnya lelaki, yang melihat beliau sebagai genius luar kotak dan ikon teknologi.

"Jenama Musk menarik golongan bebas yang kecewa dan pengundi muda celik teknologi, yang mungkin sebaliknya akan menyokong Republikan di kawasan atas pagar," kata Shoemaker kepada AFP.

Musk sebelum ini membelanjakan AS$277 juta (RM1.17b) untuk kempen Trump pada 2024 serta cubaan Musk untuk mencampuri politik Wisconsin dengan membelanjakan AS$20 (RM84.7 juta), namun calonnya tewas, tetap menunjukkan kekayaan dan populariti tidak semestinya membawa kejayaan politik.

Malah, biarpun Musk pernah popular di pelbagai lapisan masyarakat, sokongan terhadapnya menjunam selepas menyertai pentadbiran Trump sebagai 'ketua pemotong kos'.

Penilaian populariti bersih (net favorability) terbaharu oleh penganalisis pilihan raya terkenal, Nate Silver, menunjukkan Musk berada di tahap -18.1, berbanding Trump pada -6.6.

"Sokongan mereka terhadap Trump kekal kukuh walaupun pelbagai kontroversi berlaku. Sukar membayangkan projek politik yang berkaitan dengan Musk mampu menarik undi daripada penyokong setia Trumpkata Flavio Hickel," kata pensyarah Sains Politik di Washington College, Maryland.

Walaupun terdapat beberapa ahli politik dari Demokrat dan Republikan yang bertukar kepada bebas, kejayaan parti ketiga sangat jarang berlaku dalam sejarah politik moden AS.

Antara yang pernah berjaya termasuk Parti Konservatif New York pada 1970-an dan Parti Petani-Buruh pada 1930-an, namun hanya satu kerusi Dewan Perwakilan dimenangi oleh parti kecil sejak tahun 1950-an.

Penganalisis berkata, halangan besar yang dihadapi calon parti ketiga adalah keperluan minimum tandatangan, yuran pencalonan, serta pelbagai syarat khusus negeri seperti umur, tempat tinggal dan kewarganegaraan.

"Masih ingat 'parti No Labels' awal 2024 yang kononnya mahu jadi pihak tengah untuk pilihan raya? Mereka gagal dengan begitu teruk," kata Matt Klink, strategis politik berpengalaman.

Penganalisis juga bersetuju peluang Musk untuk memenangi kerusi Kongres agak kecil, namun beliau mampu mengganggu kedudukan Trump dengan mengalihkan undi daripada Republikan atau membiayai pencabar dalam pemilihan awal parti.

"Parti Elon mungkin tidak menang kerusi, tetapi ia boleh menyebabkan kerugian besar kepada Republikan."Di kawasan pilihan raya yang sengit, hanya beberapa peratus undi yang hilang dari pihak kanan sudah cukup untuk menukar kawalan kerusi," kata Evan Nierman, Ketua Pegawai Eksekutif firma komunikasi krisis global Red Banyan.

KAH KAH KAH

DI AMERIKA

DAH ADA DUA

PARTI

AMIN

PARTI COKE

PARTI PEPSI

KAH KAH KAH

ELON MUSK

NAK MENCELAH

DENGAN FANTA

KAH KAH KAH

UCAPKAN SELAMAT

MAJU JAYA

KHALAS

Tiada ulasan: