Sabtu, 7 Ogos 2021

SAPA PENYOKONG MUHYIDIN

 

MAKIN RAMAI

CABUT

KAH KAH KAH

SAPA YANG 

TINGGAL?

KAH KAH KAH



Kerajaan Perikatan sudah hilang sokongan, kata kumpulan Melayu


KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) telah hilang “feel good factor” kerana rakyat sudah letih dan tidak mampu menampung beban krisis ekonomi dan kesihatan, kata kumpulan hak Melayu.

Mereka berkata orang Melayu terutamanya, rasa terabai dan tidak berdaya dengan pengurusan lemah pandemik Covid-19 selain terbeban dengan kehilangan kerja dan mata pencarian.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight orang Melayu hanya akan kembali menyokong kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin apabila isu-isu ini diselesaikan segera.

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin mendapat kuasa atas nama Melayu-Islam, dengan menggelar diri sebagai kerajaan Melayu yang mahu mempertahankan bangsa dan agama.

Aktivis utama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan berkata, ramai memberi input negatif terhadap kerajaan kerana rakyat sudah tertekan dengan perkembangan semasa.

“Sokongan kepada kerajaan menurun. Mereka (kerajaan) perlu buat perubahan untuk dapatkan kembali kepercayaan rakyat.

“Rakyat rasa mereka diabaikan dan tidak ada yang positif yang terjadi. Kurangnya sokongan dari segi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Katanya ada defisit kepercayaan sekarang dan faktor merasa baik dalam kalangan rakyat sudah menghilang.

“Saya tak fikir kerajaan dapat atasi keadaan ini dengan mudah. ​​Saya rasa keadaan ini terlampau kritikal, terutama dengan jumlah kes Covid-19 yang tinggi.

“Kerajaan perlu buat perubahan dalam segala pelan yang dibuat bagi membantu rakyat.”

Katanya keputusan kerajaan untuk mengenakan kompaun terlampau tinggi untuk pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sangat tidak digemari.

“Pihak berkuasa bagi kompaun setinggi RM50,000. Ini tak masuk akal.

“Rakyat di bawah marah dengan kerajaan. Kita bukan sekadar cakap tentang orang Melayu, tetapi semua orang yang tidak dapat beli makan minum.

“Kita tidak mahu keadaan jadi lebih teruk. Rakyat dah mula turun ke jalan raya (demonstrasi). Kita tak mahu lebih ramai orang marah.”

Nadzim berkata, rakyat juga bosan dengan ahli politik dan politiking, terutama ketika keadaan tidak menentu mengenai majoriti perdana menteri di Parlimen.

“Rakyat nak lihat perubahan. Rakyat tak mampu bersabar lagi.”

Selesaikan isu perdana menteri

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Dr Hasan Mad berkata Muhyiddin perlu selesaikan maslaah berkaitan kedudukannya sebagai perdana menteri agar dapat sokongan masyarakat Melayu dan lain.

Hanya dengan itu, katanya, Muhyiddin boleh jalankan tanggungjawabnya tanpa gangguan politik.

Beliau turut mengingatkan Muhyiddin supaya berdamai dengan Dr Mahathir Mohamad dan membenarkan bekas perdana menteri itu menubuhkan Majlis Pemulihan Nasional (MPN).

“Beri peluang kepada Dr Mahathir untuk tengok bagaimana dapat tolong tangani pandemik.

“Muhyiddin perlu dapatkan Dr Mahathir untuk bersamanya sekarang selepas Najib (Razak) dan Ahmad Zahid (Hamidi) telah tarik Umno keluar daripada Perikatan.

“Najib dan Zahid akan menyesal tindakan ini kerana majoriti Umno tidak akan ikut mereka. Dr Mahathir boleh dipujuk.”

Pada Selasa, Dr Mahathir meminta Putrajaya membenarkannya menubuhkan MPN, berkata mereka bukan musuh tetapi untuk tolong negara.

Hasan berkata, untuk kesejahteraan rakyat, Muhyiddin perlu pastikan jentera kerajaan dapat kawal pandemik dengan berkesan.

“Beliau perlu kerap turun untuk tengok apa yang berlaku. Beliau harus perbaiki sistem tangani pandemik, bantuan dan pekerjaan.

“Muhyiddin perlu dengar suara di bawah dan bukan berdasarkan lapporan yang baik-baik yang diterimanya daripada mereka yang berada di Putrajaya.”

Majoriti tipis Muhyiddin kini dipersoalkan berikutan penarikan sokongan sekumpulan ahli Parlimen Umno.

Beliau bagaimanapun berkata akan mengadakan undi percaya dalam persidangan Dewan Rakyat pada September bagi menghapus semua keraguan mengenai sokongan terhadapnya. – 7 Ogos, 2021.


LARI LARRY

LARI CABUT

KAH KAH KAH

KAYU DAH SEKAH

TUPAI DAH

CABUT

AMIN



Tiada ulasan: