DUA TUAN AJI
BERGADUH
KAH KAH KAH
SAPA TEMBAK
DULU
KAH KAH KAH
Saya sedia hadapi segala kemungkinan sidang Parlimen September ini – PM
MUAR – Perdana Menteri, Tuan Haji Muhyiddin Yassin bersedia menghadapi sebarang kemungkinan menjelang sidang Parlimen bulan depan bagi membuktikan sama ada beliau masih memiliki majoriti atau pun tidak.
Menurutnya, keputusan untuk mengemukakan undi percaya kepadanya di Parlimen berkenaan telah dipersetujui dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Saya dah maklumkan pada negara beberapa hari lepas bagi membincangkan soal itu dan ia berlangsung dalam suasana baik dan harmoni hampir dekat sejam .
“Kita bincang banyak perkara antaranya isu soal sama ada saya memiliki jumlah bilangan sokongan yang mencukupi. Saya yakin sehingga hari ini walaupun ada pengumuman-pengumuman pihak tertentu yang kononya tidak menyokong saya mungkin depan cakap begini, belakang cakap tidak tahu.
“Ini masalah politik. Tuanku Dipertuan Agong pun susah confuse (keliru) dan bila berjumpa saya pun banyak diberi nasihat.
“Jadi, saya mesti hadapi apa pun sebarang keputusan. Saya yakin soalan berbangkit bukan soal saya. Tetapi yang harus difikirkan ialah soal situasi dan keadaan semasa adakah negara boleh menghadapi masalah sebegini dengan suasana politik,” katanya demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO, Tuan Haji Ahmad Zahid Hamidi yang mempersoalkan sama ada beliau masih memiliki majoriti dan mengapa sidang Parlimen perlu menunggu hingga September ini.
Justeru, Muhyiddin menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan pertimbangan ahli Parlimen mengenai apa yang sewajarnya mereka lakukan.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan bakul makanan dan makanan segar kepada penghulu-penghulu Parlimen Pagoh untuk diagihkan kepada masyarakat di kawasan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan