AMAT JELAS
PEMIMPIN ISLAM
MANGSA ARAHAN
POLITIK
SESEOARNG
AMIN
SIAPA SESEOARNG
AHLI POLITIK INI?
SAPA? SAPA? SAPA?
AMIN
DI MALAYSIA INI
HANYA SEORANG
PEMIMPIN ISLAM
SAJE BOLEH
BERI ARAHAN
AMIN
CONTOHNYA
ARAHAN BOM
DAN BUNUH
ALTANTUYA
KHALAS
Denda tambahan RM1.7 bilion bermotif politik, kata Najib
BEKAS perdana menteri Najib Razak mendakwa siasatan berhubung kes cukai serta denda tambahan RM1.7 bilion ke atasnya bermotifkan politik, tindakan salah guna kuasa serta melibatkan dokumen palsu.
Beliau yang membuat laporan polis ke atas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendakwa pegawai agensi tersebut bertindak demikian ke atasnya atas arah ahli politik tertentu.
Najib berkata, laporan itu dibuat berdasarkan maklumat individu yang antara lain mendakwa beliau tidak sepatutnya dikenakan penalti cukai kerana tidak menemui apa-apa kesalahan.
“... Ada pegawai tertinggi LHDN yang mengarahkan untuk teruskan penalti cukai terhadap saya kerana telah diarahkan oleh ahli politik tertentu,” dakwa Najib dalam kenyataan di Facebook.
Dakwanya, individu berkenaan mendapati tiada kesalahan ditemui dalam kesnya selepas menyiasat sebanyak tiga kali.
“Sudah tentu ini menggusarkan kerana arahan tindakan itu lanjutan dari arahan ahli politik dan bukan bersandarkan kepada fakta siasatan, serta asas undang-undang ...” katanya.
Cukai tambahan itu berkait dengan wang yang ditegaskannya sebagai derma berjumlah RM2.6 bilion yang didapati masuk ke akaun peribadinya sewaktu menjadi perdana menteri ketujuh.
Najib menolak dakwaan cukai tersebut kerana menganggap wang berkenaan bukan pendapatannya kerana sudahpun dikembalikan kepada pengirim asal yang didakwanya sebagai raja Arab Saudi.
Katanya, juruaudit cukai boleh memeriksa fail cukai pendapatannya di mahkamah bagi kes yang disifatkannya “langsung tidak masuk akal dan melangkaui undang-undang”.
Tambahnya, beliau akan menulis surat kepada LHDN untuk mendedahkan failnya kepada pihak yang berminat untuk memeriksa fail berkenaan.
Kerajaan menuntut lebih RM1.69 bilion daripadanya dalam saman yang dikemukakan pada 2019 selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan.
LHDN memfailkan notis kebankrapan ke atasnya kerana gagal membayar tunggakan seperti diarahkan mahkamah pada 22 Julai tahun lalu.
Beliau diarah membayuar RM1.69 bilion dengan kadar faedah lima peratus setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 hingga 4 Februari 2021 yang memberi jumlah lebih RM1.73 bilion.
Beliau diperintah untuk menjelaskan bayaran tersebut walaupun rayuan difailkan seperti dikuatkuasa Seksyen 103(2) Akta Cukai Pendapatan 1967. – 9 September, 2021.
1 ulasan:
Berpuluh kali jibi terangkan dia dapat duit dari kementerian arab. Tapi dah dipulangkan kepada ' penghantar'. Berjuto kali dia sebut ' penghantar'. Try nyuruk.
Patut pulang balik duit tu kat kementerian pak arab balik. Tapi dia pulangkan ke penghantar. Sekali check penghantar itu ialah 'Tanore'. Kahkahkahkahkah.
Itu namanya bukan pulang balik. Itu namanya 'parking duit'. Kahkahkahkahkah.
Menipu menjadi jibi. Ramai penhokong bangang dio tak perasan.kahkahkah siapo ' penghantar'.
Catat Ulasan