Khamis, 9 September 2021

BERITA BAIK DAN BERITA TAK BAIK

 

ADA BERITA BAIK

& BERITA TAK BAIK

AMIN

BERITA TAK BAIK

DULU

AMIN

INI AKAN KACAU

KERAJAAN SABRI

 AMIN

SILAP SILAP

 114 BOLEH 

MEROSOT

AMIN

APA  PULAK

BERITA BAIK ??

JENG JENG JENG




Menteri tolak cadangan RUU syariah tentang agama bukan Islam

PARTI Bersatu Sabah (PBS) tidak akan sokong rang undang-undang (RUU) yang menyekat kebebasan beragama seseorang, kata presidennya Maximus Ongkili.

“PBS akan terus berdiri bersama rakyat, berjuang dan pertahan kebebasan beragama seperti dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya sebagai respons kepada laporan berita tentang cadangan Putrajaya memperkukuhkan empat RUU syariah.

RUU tersebut adalah berkaitan Wakaf, Mufti, Mahkamah Syariah dan menyekat penyebaran agama bukan Islam.

Ongkili merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Katanya beliau berharap pihak-pihak lain dalam kerajaan, seperti gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS), MCA dan MIC mengambil sikap serupa bagi menghalang RUU itu dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan.

Setakat ini, RUU yang dicadangkan belum dibangkitkan dalam Kabinet untuk dibincang atau diluluskan.

“PBS yakin Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan hormat jaminan ini yang telah jadi aset berharga negara kita sejak pembentukan persekutuan,” kata Ongkili.

“Ini jelas berdasarkan visi perdana menteri untuk membina Keluarga Malaysia.

“Kami (PBS) beri jaminan kepada rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah yang PBS akan sentiasa setia pada perjuangan dan matlamat politik kita, termasuk mempertahankan kebebasan beragama.”

Awal minggu ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary dilaporkan berkata Putrajaya sedang merangka empat RUU syariah baharu, termasuk menyekat penyebaran agama-agama bukan Islam.

Ahmad Marzuk berkata tiga draf lain adalah RUU Wakaf, Mufti dan Mahkamah Syariah.

Ini bukan kali pertama Ahmad Marzuk bercakap mengenai isu 11 undang-undang syariah sama ada pindaan atau akta baharu untuk menguruskan hal ehwal orang Islam. Beliau pernah dilapor pada Mac 2021 bercakap mengenai hal sama.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata belum ada cadangan untuk melaksanakan akta menyekat dan mengawal penyebaran agama-agama bukan Islam.

Katanya cadangan itu perlu dibawa ke Kabinet dan mendapat kelulusan terlebih dahulu.

Setakat ini, Ahmad Marzuk masih belum menarik kembali atau menjelaskan mengenai kenyataannya mengenai RUU tersebut.

Isu ini bukan perkara baharu, malah seruan serupa untuk RUU seperti ini pernah dibangkitkan selepas mahkamah membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut bukan Islam.

Pada Mac Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan persekutuan telah membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak penggunaan kalimah “Allah” oleh wanita beragama Kristian dari Sarawak, Jill Ireland. – 8 September, 2021.


CADANGAN INI

AKAN MEMBUKA

SEMANGAT WARGA

SABAH SARAWAK

UNTUK

 BEBAS MERDEKA

AMIN

SEMANGAT

SARAWAK 

UNTUK SARAWAK

AKAN MEMBARA

AMIN

SEMANGAT

SABAH UNTUK

SABAH AKAN

MEREBAK

AMIN

 SABAH SARAWAK  MENDIRIKAN 

MALAYSIA 

BUKAN UNTUK

 JADI ARAB

KHALAS



Tiada ulasan: