Isnin, 29 November 2021

BERITA BURUK UNTUK SABRI 114

 




Kemenangan BN di Melaka berita buruk buat Ismail Sabri, kata ahli akademik

KEMENANGAN besar Barisan Nasional (BN) di Melaka mungkin berita baik buat Umno tetapi bukan bagi Ismail Sabri Yaakob, kata ahli akademik Universiti Malaya Prof Dr Hamidin Abd Hamid.

Penyelidik Ilham Centre itu yakin perdana menteri yang juga naib presiden Umno berdepan ancaman dari kalangan anggota tertinggi Umno selepas kemenangan parti itu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

“Nyawanya dihujung tanduk kerana berdepan ancaman dalaman Umno terutama dari kem presiden.

“Kita perlu lihat sama ada Umno akan patuhi MoU (perjanjian persefahaman) yang ditandatangani Ismail Sabri dengan pembangkang atau akan buat pilihan raya awal,” kata Hamidin semasa pembentangan pasca PRN Melaka petang tadi.

“Adakah mereka akan buat pilihan raya umum dahulu atau mereka akan buat pemilihan parti dahulu. Ini satu perkara yang menarik untuk dilihat.”

Pada Ogos, Pendaftar Pertubuhan mengesahkan keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti sehingga hujung tahun depan.

Beberapa pihak dalam Umno bagaimanapun mendesak pemilihan itu disegerakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

Hamidin meramalkan Umno akan didominasi oleh pemimpin kluster mahkamah.

Beliau merujuk kepada Ahmad Zahid Hamidi, Najib Razak, Ahmad Maslan dan Azeez Rahim yang kesemuanya menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah.

Walaupun Ismail Sabri merupakan perdana menteri, beliau pernah berada dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Ismail Sabri mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen blok kerajaan selepas Muhyiddin letak jawatan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bera dianggap sebagai menteri pro-PN semasa Muhyiddin memegang jawatan perdana menteri.

Dalam PRN Melaka lalu BN merangkul 21 daripada 28 kerusi DUN sekali gus menang majoriti negeri itu.

PH bertanding di semua 28 kerusi, dengan PKR bertanding 11 kerusi, Amanah (9) dan DAP (8). PKR kalah semua 11 kerusi kepada BN, DAP menang empat dan Amanah menang satu kerusi.

Pakatan perlukan naratif Melayu baharu

Sementara itu mengulas keputusan buruk Pakatan Harapan (PH), Hamidin berkata pakatan pembangkang perlu berfikir dan cari naratif Melayu baharu selepas keputusan menunjukkan mereka telah hilang undi Melayu.

Beliau berkata PKR perlu dijenamakan semula selepas tidak dapat memperoleh satu kerusi pun pada dalam PRN Melaka.

“Yang rugi sebenarnya ialah PKR. Mereka selama ini tidak konsisten dan tidak tersusun di Melaka. Seolah-olah tiada kepimpinan.

“PH hilang undi orang Melayu, mungkin ada yang persoal hala tuju PH.

“Bagaimana PH menang undi Melayu? Mereka perlukan naratif baharu, naratif yang dekat dengan orang Melayu,” katanya.

Mengenai Bersatu, Hamidin, seorang ahli sejarah, berkata parti itu boleh berbangga dengan diri mereka sendiri tetapi mungkin perlu berhati-hati dengan kem Azmin Ali.

“PN masih boleh tersenyum walaupun kalah. Mereka adalah alternatif lain untuk orang Melayu dan pemenang sebenar adalah Bersatu.

“Ia menunjukkan penguasaan Muhyiddin dan kepimpinan baharu tetapi terdapat sedikit retakan kecil daripada kem Azmin,” katanya tanpa mengulas lanjut. – 29 November, 2021.



AKADEMIK NI

TAHU APA

KAH KAH KAH

REBUS TELOR

MEREKA BIJAK

KAH KAH KAH

SABRI 114

JANGAN RISAU

KAH KAH KAH

PARA AKADEMIK

TAK TAHU

SABRI 144 ADA

RAMAI PENASEHAT

KAH KAH KAH

SEMUA BERTARAF

SAMI VELU

KAH KAH KAH

PANGGIL DATANG

SURUH PERGI

ARAH BUAT

APA SAJA

KAH KAH KAH

KEM ZAHID KE

KEM NAJIB KE

KEM KAMUNTING KE

NO SWEAT 

SEMUA SAP SAP SOI

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: