Khamis, 2 April 2026

TRUMP BUAT LAWAK BERIDIRI


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

SILA DENGAR

20 MINIT TRUMP

BUAT LAWAK 

BERDIRI

KAH KAH KAH

JAMIN TERHIBUR

JAMIN LUCU 

KAH KAH KAH

NASIB BAIK

SEHARI SALEPAS

APRIL FOOL

KAH KAH KAH

KHALAS 


Trump mahu bawa Iran 'kembali ke Zaman Batu' jika syarat tak dipenuhi


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan melaksanakan serangan agresif ke atas Iran dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, kata Presiden AS, Donald Trump dalam ucapan perdana kepada rakyat negara itu sebentar tadi.

Beliau turut mendakwa pihaknya kini hampir menyiapkan objektif strategik utama dalam perang itu, menepati keperluan rakyat AS yang penat dengan perang.

Trump berkata tentera AS telah mencapai 'kemenangan pantas, muktamad dan besar di medan perang' sepanjang 32 hari serangan ketenteraan dan Iran tidak lagi menjadi ancaman keselamatan.

"Saya boleh nyatakan malam ini bahawa kita berada pada landasan untuk menyiapkan semua objektif ketenteraan AS tidak lama lagi, sangat tidak lama lagi," kata Trump dalam ucapan yang disiarkan secara langsung.

"Kita akan melancarkan serangan sangat keras ke atas mereka dalam dua hingga tiga minggu akan datang. Kita akan membawa mereka kembali ke zaman batu di mana mereka sepatutnya berada," katanya.

Sejak 28 Februari, ribuan orang terbunuh di seluruh Asia Barat apabila Amerika AS dan Israel menyerang Iran, mencetuskan serangan balas Iran ke atas Israel, pangkalan AS dan negara-negara Teluk, serta Lubnan.

Konflik itu, yang menyebabkan Iran menutup Selat Hormuz – laluan air utama yang membawa sekitar 20 peratus bekalan minyak dunia – menggoncang pasaran kewangan dan menjejaskan populariti Trump menjelang pilihan raya separuh penggal yang penting.

Selepas ucapan Trump, harga saham jatuh manakala harga minyak meningkat mendadak, dengan pelabur kecewa kerana tiada penjelasan jelas mengenai cara cepat menamatkan konflik.

Trump berkata AS tidak memerlukan Selat Hormuz dan mencabar sekutu yang bergantung pada minyak di rantau itu untuk berusaha membuka semula laluan berkenaan.

"Ramai rakyat AS bimbang melihat kenaikan harga petrol baru-baru ini di negara kita. Kenaikan jangka pendek ini sepenuhnya disebabkan rejim Iran lancar serangan ganas terhadap kapal tangki minyak komersial negara jiran yang tiada kaitan dengan konflik," katanya.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Rabu memberi amaran bahawa perang itu memberi kesan besar, global dan sangat tidak seimbang.

Mereka juga menyatakan akan menyelaras tindak balas, termasuk melalui sokongan kewangan kepada negara yang paling terjejas.

Sebelum ucapan Trump, Presiden Iran Masoud Pezeshkian menulis surat kepada rakyat AS bahawa negaranya tidak memendam permusuhan terhadap rakyat biasa AS.

Namun, prospek penamatan segera perang masih sukar dicapai. Sumber kanan Iran memberitahu Reuters bahawa Tehran menuntut gencatan senjata terjamin untuk menghentikan serangannya dan tiada rundingan melalui orang tengah mengenai gencatan sementara berlaku.

The New York Times melaporkan secara berasingan bahawa agensi perisikan AS menilai Iran kini enggan terbabit dalam rundingan besar untuk menamatkan perang.

Trump berkata perbincangan sedang dijalankan dengan pemimpin Iran yang dianggapnya kurang radikal berbanding pemimpin terdahulu.

"Namun, jika dalam tempoh ini tiada perjanjian dicapai, kita mempunyai sasaran utama. Jika tiada perjanjian, kita akan menyerang setiap loji jana elektrik mereka dengan keras dan mungkin serentak," katanya.

Dua sumber keselamatan Pakistan, yang menjadi orang tengah dalam konflik, memberitahu Reuters bahawa Islamabad mencadangkan gencatan senjata sementara tetapi belum menerima maklum balas daripada kedua-dua pihak.

Naib Presiden AS, JD Vance, berkomunikasi dengan orang tengah dari Pakistan mengenai konflik Iran sehingga Selasa lalu, menurut sumber yang dimaklumkan.

Beliau menekankan bahawa Trump terbuka kepada gencatan senjata jika syarat tertentu dipenuhi, termasuk membuka semula Selat Hormuz. - REUTERS

LOJI JANA KUASA ZIONIS DI SERANG !


IRAN DAH MULA

SERANG PUSAT

  LOJI

JANA KUASA

LETERIK ISRAEL

AMIN 

LANGKAH BIJAK PDRM - BENTRAS PEMANDU MABUK


LANGKAH BIJAK

DARI PDRM

AMIN

TAPI JANGAN

JADIKAN INI

ATM PAU

KHALAS 


Polis pergiat operasi, sekatan jalan raya kesan pemandu mabuk

KUALA LUMPUR: Polis akan meningkatkan operasi sekatan jalan raya (SJR) secara meluas khususnya di lokasi dan waktu berisiko tinggi seperti pada lewat malam serta hujung minggu bagi mengesan pemandu mabuk.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Muhammed Hasbullah Ali, berkata operasi bersepadu yang berimpak tinggi itu bukan saja mampu mengesan pesalah secara langsung, malah memberikan kesan pencegahan psikologi kepada pengguna jalan raya.

"Kehadiran pihak berkuasa secara konsisten di lokasi dan waktu berisiko tinggi turut meningkatkan tahap pematuhan pengguna jalan raya terhadap undang-undang," katanya hari ini.

Muhammed Hasbullah berkata, walaupun statistik menunjukkan kemalangan akibat pemandu di bawah pengaruh alkohol rendah, namun kehilangan nyawa memberi kesan mendalam kepada masyarakat khususnya keluarga mangsa.

Beliau berkata, berdasarkan statistik JSPT pada 2024, sebanyak 27 kemalangan maut membabitkan pemandu bawah pengaruh alkohol atau dadah dan 31 kes sepanjang tahun lalu.

"Walaupun peningkatan ini tidak terlalu ketara, namun setiap kes berlaku membawa implikasi kehilangan nyawa yang amat serius dan seharusnya tidak dipandang ringan.

"Hakikatnya, kes sebegini berpunca daripada tingkah laku yang boleh dielakkan, justeru JSPT memandang perkara ini dengan penuh keprihatinan dan kesungguhan," katanya.

Mengulas kekangan dihadapi JSPT dalam isu pemandu mabuk, Muhammed Hasbullah berkata, tiada masalah besar dari sudut undang-undang mahupun siasatan.

Katanya, kerjasama erat dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) membantu memastikan setiap pendakwaan mendapat perhatian sewajarnya.

"Sokongan padu daripada pihak pendakwaan membolehkan proses siasatan dan pendakwaan dijalankan lebih lancar dan berkesan.

"Cabaran utama dihadapi bukan sekadar dari sudut penguatkuasaan di lapangan, tetapi lebih kepada membentuk kesedaran, tanggungjawab dan nilai moral dalam kalangan pengguna jalan raya," katanya.

NO KING - LANUN LUFFY


DEMO NO KING

ADA BENDERA

LANUN LUFFY

KHALAS

Unknown commented on
 "WARGA AMERIKA 
BANGUN MELAWAN !"

tak ada bendera one piece naik bermakna ini wayang..

APAKAH IRAN MENANG ?


INI JAWAPAN

BILA TANYA

APAKAH

 IRAN MENANG?

AMIN


Unknown commented on
 "PAGI INI"

Wet dreams are for free...kakaka..iran menang? Hahaha .

RAKYAT NAIK MINYAK AHAD INI DI SOGO


TURUN

TURUN TURUN

KE JALAN RAYA

AHAD INI

AMIN

BILA HARGA MINYAK

NAIK 

MAKA RAKYAT

 NAIK MINYAK

KHALAS 


Harga diesel RM6.02 seliter mulai tengah malam, tertinggi dalam sejarah

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 2 hingga 8 April meningkat kepada RM6.02 seliter.

Penyelasan dengan formula automatic pricing mechanism (APM) itu menyaksikan harga runcit diesel meningkat RM0.50 berbanding harga minggu lepas.

Harga RON95, dengan atau tanpa subsidi, kekal dengan masing-masing RM1.99 dan RM3.87 seliter.

Selain itu, harga runcit bagi RON97 pula turun kepada RM4.95 seliter berbanding RM5.15 seliter sebelum ini, menyaksikan penurunan sebanyak 20sen.

Sementara itu, harga runcit diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dengan harga RM2.15 seliter.

Dorongan krisis tenaga global

Kementerian Kewangan (MOF) berkata krisis tenaga global yang masih berlarutan mendorong lonjakan harga minyak mentah brent melebihi 40 peratus sehingga melepasi paras AS$100 setong.

Menurutnya, lebih kritikal harga minyak yang diproses (refined product) bagi petrol dan diesel juga melambung tinggi masing-masing pada harga AS$150 dan AS$250 setong, sekali gus memberi tekanan kepada harga jualan runcit bagi kedua-dua produk berkenaan.

"Kerajaan komited untuk memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan harga minyak global.

"Sejak krisis Asia Barat meletus, kerajaan tidak mengapungkan sepenuhnya harga runcit di pam malah masih menampung sebahagian kos subsidi petrol dan diesel bagi tempoh tiga minggu berturut-turut.

"Justeru usaha mengekalkan harga petroleum bersubsidi kepada rkayat serta sektor tertentu akan terus diperkukuh bagi membendung kenaikan harga barangan dan melindungi kesejahteraan rakyat," kata MOF.

Had pengisian diesel di Sabah, Sarawak

MOF turut mengumumkan pelaksanaan had pengisian diesel bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Had pengisian ditetapkan dengan maksimum 50 liter setiap pembelian bagi kenderaan ringan pengangkutan darat, awam barangan dan persendirian.

Maksimum 100 liter setiap pembelian pula bagi kenderaan darat awam dan barangan tidak melebihan tiga tan dan maksimum 150 liter setiap pembelian bagi kenderaan melebihan tiga tan.

MOF berkata, sebagai langkah interim susulan kenaikan harga diesel, kerajaan mengekalkan bantuan tunai tambahan Budi Diesel sebanyak RM100 pada bulan April, menjadikan  jumlah bantuan sebanyak RM300 kepada penerima Budi individu dan Budi Agri-Komoditi.

Selain itu jelasnya, kerajaan juga sedang mempertimbang langkah-langkah jangka sederhana dan panjang bagi memastikan mekanisme subsidi kekal mampan, telus dan memanfaatkan rakyat dengan mengambil kira perkembangan semasa krisis tenaga global serta implikasi terhadap pasaran tenaga global.

"Kerajaan Madani akan terus mengimbangi keperluan fiskal dengan perlindungan rakyat secara teliti dan berhemah bagi memastikan kesejahteraan ekonomi negara serta kelangsungan hidup rakyat tersu terpelihara," menurut kenyataan itu.




TURUN KE JALAN RAYA !!!


TAK PERLU

BANYAK CAKAP

AMIN

RIBU RIBU

TURUN KE JALAN

HUMBANKAN

ANWAR

BIN IBAHIM

KE DALAM TONG

SAMPAH SEJARAH

KHALAS 

AMERIKA DAH LENGIT - KAH KAH KAH


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

PADAN MUDA

AMERIKA

DAH LENGIT

KAH KAH KAH

NAGA MUNDAR

MANDIR AKAN

DI KALAHKAN

OLEH  ULAR LIDI

TEMPATAN

KAH KAH KAH

KHALAS 






AS akan tinggalkan Iran 'secepat mungkin', kembali jika perlu - Trump


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan berundur dari Iran 'secepat mungkin' tetapi sedia kembali untuk lancar serangan terhad sekiranya perlu, kata Presiden Donald Trump dalam wawancara bersama Reuters pada Rabu.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam sebelum beliau dijadual menyampaikan ucapan utama mengenai perkembangan perang itu kepada rakyat AS.

Perang yang kini memasuki minggu kelima itu berlaku ketika Trump berdepan tekanan domestik berikutan kenaikan harga petrol serta desakan supaya mencari jalan keluar yang jelas.

Ucapan Presiden dijadualkan pada jam 9 malam (waktu tempatan) untuk menggariskan hala tuju seterusnya dalam usaha Washington menangani ketegangan serantau.

Trump turut menyatakan beliau akan menggunakan ucapannya untuk menyuarakan rasa kecewa terhadap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang didakwa gagal menyokong objektif AS di Iran.

Beliau mengakui sedang 'mempertimbangkan sepenuhnya' langkah menarik AS keluar daripada pakatan ketenteraan itu.

Hubungan AS–Eropah juga semakin tegang selepas sekutu Eropah menolak permintaan Washington untuk membantu memastikan keselamatan pergerakan kapal minyak melalui Selat Hormuz

Mengulas tempoh tamat perang, Trump enggan memberikan jadual terperinci namun menegaskan AS akan menarik keluar tenteranya 'secepat mungkin'.

"Kita akan keluar dengan cepat… dan jika perlu, kita akan kembali melakukan 'spot hits'," katanya dalam wawancara telefon itu.

Trump menegaskan, gelombang serangan awal AS telah mengakibatkan kematian Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei serta beberapa pegawai kanan lain.

Susulan itu, Iran kini berada di bawah kepimpinan anak beliau, Mojtaba Khamenei, yang didakwa AS dipercayai cedera dan mungkin mengalami kecacatan akibat serangan terbabit.

Trump menegaskan: "Saya tidak perlukan perubahan rejim, tetapi kita mendapatnya kerana korban perang."

Presiden AS turut yakin peluang mencapai perjanjian semakin cerah kerana, katanya, 'mereka (Iran) tidak mahu terus dibedil lagi".

Menurut Trump, tujuan utama Washington melancarkan perang bagi memastikan Iran tidak membangunkan senjata nuklear, kini telah dicapai.

Walaupun sebahagian besar uranium Iran yang diperkaya disimpan di kompleks bawah tanah yang sukar ditembusi, Trump berkata: "Ia terlalu jauh di bawah tanah… saya tidak kisah tentang itu. Kita akan memantau melalui satelit."

AS mendakwa Iran kini 'tidak lagi berupaya' menghasilkan senjata nuklear, sesuatu yang dinafikan oleh Tehran yang berulang kali menegaskan program nuklearnya bersifat aman.

Menurut sumber yang dipetik Reuters, Naib Presiden AS, JD Vance, mengadakan perbincangan melalui perantara di Pakistan dan menyampaikan mesej bahawa Trump terbuka kepada gencatan senjata sekiranya beberapa tuntutan AS dipenuhi.

Iran bagaimanapun menafikan wujudnya rundingan di belakang tabir itu. - REUTERS

AMERIKA HANYA ADa 16 BIJI AWACS


SILA BETULKAN

FAKTA

AMIN

AMERIKA HANYA

ADA 16 PESAWAT

AWACS

KHALAS 

Unknown commented on 
"SEBUAH PESAWAT AWACS BERJAYA DI BOM JADI PERBINCANGAN MILITER"

ada lagi 300 pesawat awacs. cuba bom semua. kah kah kah!

Based on recent reports, there are roughly 16 US E-3 Sentry AWACS aircraft remaining in the U.S. Air Force inventory. However, the global number of Airborne Early Warning and Control (AEW&C) platforms is significantly higher, with China alone operating over 60 aircraft.

PENJAWAT AWAM PERASUAH TERBESAR


PERASUAH

TERBESAR  DALAM

NEGARA IALAH

PENJAWAT AWAM

KHALAS 

Unknown commented on 
"PENJAWAT AWAM 
KAKI RASUH TERBESAR"

Memang penjawat awam dilatih sebegitu rupa, paling ramai dari Negeri Serambi Mekah, terpaling hebat dengan kopiah ceramah kuliah tazkirah semuanya lengkap sempurna, tetapi terpaling hebat bab rasuah juga kah kah kah, 

selalunya orang yang baik sederhana sahaja, tidak menonjol diri tidak heboh buat video mempertahankan diri sebagai alim ulama seperti setengah orang, asyik bagi ucapan berkobar berkibar dirinya sendiri kah kah kah siapa kenal individu sebegini? 

Orang-orang yang biasa lebih teratur lebih baik dan pastinya lebih ikhlas membuat kerja, tidak menunjuk tidak riak wajah tidak pernah cium tangan cium kaki dan pastinya tidak cium kaki pemimpin politik negara kah kah kah kah lembu

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 2 APRIL   2026

RAYA HARI KE 13

PERANG HARI KE 34

TRUMP DAH LENGIT


AMARAN TRUMP TAMAT  LAGI 4 HARI???
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
Belum tamat 4 hari Trump dah umum nak undur diri – kah kah kah – Dah lengit kah kah kah – PADAN MUKA – Trump ingat  perang akan selesai dalam 4 hari kah kah kah... 

DAH MASUK BULAN KE DUA – ekonomi Amerika tunggang langgang – ekonomi dunia  jadi kacau – harga minyak seluruh dunia naik.

IRAN menjadi JAGUH – dilihat berjaya menundukkan Israel dan Amerika – HEBAT KUASA IRAN TAK TERKALAHKAN – kah kah kah.

GARIS POLITIK REPUBLIK ISLAMIK IRAN  KINI DI YAKINI OLEH ANAK-MUDA  seluruh DUNIA – GEN ZEE kini melihat Iran sebagai negara contoh.

AMERIKA berperang untuk Israel – kini Israel LUNYAI  dipukul Iran - kah kah kah BOM BOM TEL AVIV.

NEGARA ARAB BARUA AMERIKA  DAN BARUA ISREAL kini kecut takut dan mungkin akan di runtuhkan oleh rakyat.

Rakyat Arab jika ada hormat diri akan – BANGUN BANGUN TURUN TURUN TURUN – jatuhkan Raja – humbankan Monarki – NO KING !!!

ZIONIS TEMPATAN mula berubah – kah kah kah – kini mula  menyokong Iran. Dulu jadi kepala taik Amerika. Sekarang melutut minta kapal minyak di beri laluan di SELAT HORMUZ

SELAT HORMUZ akan terus jadi milik Iran  - sapa nak lalu wajib bayar tol – BAYAR BUKAN DENGAN DOLAR – guna Riyal Iran atau Matawang yang bukan dolar – HEBAT !!!

IRAN INI MENJADI  NEGARA CONTOH – sesudah perang ini Iran akan di hormati oleh  NEGARA SELATAN – satu-satunya negara yang berani bangun  melawan Amerika dan Israel.

Dunia tidak menyangka IRAN MEMILKI KUKUATAN SENJATA YANG MAHA HEBAT ! amin.

HOKKIEN
Pagi ini basah berkabus. Matahari belum muncul. KL & KL Sentral berkabus tebal – kemarin hujan petang yang lebat. Langit kelam. 

Kereta masih banyak dalam Hokkien. Pesta Sembahyang masih berjalan – tapi pagi ini kurang DARI KEMARIN – tak ada mercun meledak – tapi asap masih berkepul.

Gua dan Tak Tak mendaki bukit – dari jauh gua nampak satu kumpulan Warga Hokkien berpesta – makanan  sedang banyak dalam Hokkien.

Gua rasa kejap lagi akan panas. Jika petang hujan malam sejuk santai – enak  melepak di Brickfeilds. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS

Menangkap kelah  memasang tajur
Benang tajur di dalam peti   
Trump dah  kalah Amerika undur
Iran gagah tegak berdiri

Ambil galah buat pancur
Dilanda  air membawa bah
Trump kalah Amerika hancur
Tanda dunia sedang berubah

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA