Rabu, 13 Disember 2023

AWAS !!! KOBID KEMBALI MENYERANG



Kes jangkitan Covid-19 dijangka meningkat akhir tahun ini


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan berlaku peningkatan kes CCovid-19 di negara ini susulan pergerakan dan perjumpaan ketika
sambutan Hari Krismas dan tahun baharu yang bakal tiba dan semasa musim cuti sekolah yang akan bermula pada 16 Disember 2023.

Sehubungan itu, KKM menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka sekiranya bergejala ketika aktiviti kunjung-mengunjung bagi melindungi keluarga, jiran dan sahabat handai daripada mendapat jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak 12,757 kes Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 3 hingga 9 Disember 2023 berbanding 6,796 kes yang dilaporkan pada 26 November hingga 2 Disember lalu.

Secara keseluruhan, peratus kes kematian Covid-19 dari 25 Januari 2020 sehingga 9 Disember 2023 adalah 0.72%.

Dari segi kapasiti hospital pula, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 (termasuk pesakit yang disyaki Covid-19) ke fasiliti kesihatan bagi penggunaan katil bukan kritikal meningkat kepada 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Begitu juga dengan penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat kepada 1.4 peratus, dan peratusan pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) juga meningkat kepada 0.5 peratus.

“Walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19, secara keseluruhan keadaan semasa di Malaysia masih dalam keadaan terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 26 varian Omicron baharu dilaporkan yang terdiri daripada 21 kes Variant of Concern (VOC) dan lima kes Variant of Interest (VOI).

Namun sehingga kini, tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia, tambahnya.

Varian yang masih menular di Malaysia adalah varian Omicron dengan subvarian XBB.1.16, XBB.1.5 dan EG.5.

Varian ini, walaupun diketahui mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi, tetapi ianya tidak menyebabkan kes yang teruk.

Ubat antiviral Paxlovid adalah sejenis ubat antivirus yang telah digunakan untuk merawat jangkitan Covid-19 di fasiliti kesihatan.

Walaupun varian Covid-19 baharu terus muncul, rawatan menggunakan antiviral Paxlovid masih berkesan untuk semua varian Covid-19 yang ada buat masa sekarang.

Rawatan antiviral masih boleh mengurangkan gejala Covid-19 dan mengelakkan penyakit daripada menjadi lebih teruk.

Pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi iaitu individu berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai daya tahan badan yang rendah, mempunyai apa-apa komorbid atau obes, adalah disarankan untuk mendapat rawatan Paxlovid.

Paxlovid berkesan apabila diambil dalam tempoh masa lima hari daripada hari gejala bermula.

Oleh itu, pesakit yang berisiko tinggi disarankan untuk menjalani ujian sebaik sahaja mereka mempunyai gejala.

“Jika ujian Covid-19 didapati positif, sila dapatkan penilaian perubatan awal di fasiliti kesihatan yang berhampiran untuk menentukan kelayakan anda mengambil Paxlovid.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tanggapan bahawa ubat ini tidak berkesan untuk merawat pesakit Covid-19.

Ia mungkin disebabkan ubat ini digunakan oleh golongan bukan berisiko.

Jelas Muhammad Radzi, gejala Covid-19 untuk golongan tidak berisiko pada umumnya adalah ringan, oleh itu, Paxlovid kurang sesuai diberikan untuk golongan ini.

Selain itu, lewat untuk mendapatkan rawatan kerana antiviral paling berkesan sekiranya dimulakan awal dalam tempoh masa lima hari daripada hari gejala bermula.

Sekiranya terdapat kelewatan untuk mendapatkan rawatan, maka keberkesanan ubat akan berkurangan.

Tambahnya, mungkin ada mengambil ubat-ubatan lain untuk penyakit kronik dan sebagainya. Oleh itu, pengambilan ubat-ubat ini perlu diselaraskan semasa menjalani rawatan ubat Paxlovid.

Doktor yang merawat akan memberikan nasihat yang sewajarnya berkaitan pengambilan ubat-ubatan tersebut. – 

KITA KEMBALI

IKUT ARAHAN

AMIN

WASPADA BERJAGA

KITA TOLONG KITA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa dapat projek vaksin kali ini? Kah kah kah siapa siapa ?