Khamis, 10 Julai 2025

MA DA FA KA SILA DENGAR



Istana Negara Beri Amaran, Tangani  Isu Pelantikan Hakim Dengan Cermat


KUALA LUMPUR, 1- Jul 25 – Istana Negera hari ini memberi peringatan agar  isu pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan ditangani dengan cermat dan berintegriti, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kerana ia adalah urusan kenegaraan yang penting.

Dalam satu kenyataan, Istana Negara memaklumkan mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Perkara ini secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara.

“Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] merupakan undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah terletak kepada perdana menteri,” menurut kenyataan itu.

Istana Negara turut menegaskan hal ehwal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan perlu ditangani secara sah agar pelaksanaan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Jawatan Ketua Hakim Negara kosong selepas Tun Tengku Maimun Tuan Mat memegang jawatan itu selama enam tahun dengan mencipta sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan tertinggi kehakiman itu, bersara wajib pada 2 Julai lalu.

Hingga berita ini ditulis, jawtaan Ketua Hakim negara sedang dipangku oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan menjalankan kuasa dan tugas jawatan Ketua Hakim Negara sehingga jawatan itu diisi. @politiko.my


WOIT

INI DAH BERAT

ISTANA DAH

BERSUARA

KAH KAH KAH

MA DA FA KA

WAJIB DENGAR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: