Jumaat, 26 September 2025

DENDAM POLITIK



Bekas Pengarah FBI didakwa ketika Trump tingkatkan usaha balas dendam politik

WASHINGTON: Bekas pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan pengkritik utama Donald Trump, James Comey, didakwa atas dua pertuduhan jenayah, ketika Presiden AS itu memperhebatkan kempen tindakan undang-undang terhadap musuh politiknya.

Pertuduhan dibuat hanya beberapa hari selepas Trump secara terbuka menggesa Peguam Negara, Pam Bondi untuk mengambil tindakan terhadap Comey dan individu lain yang dianggapnya sebagai musuh.

Comey didakwa atas pertuduhan membuat kenyataan palsu dan menghalang keadilan yang berkaitan siasatan yang diketuainya mengenai kemungkinan campur tangan Russia dalam pilihan raya AS pada 2016 yang dimenangi Trump serta sama ada Trump bersekongkol dengan pihak Russia.

Trump menyambut baik pendakwaan itu dengan menyatakan bahawa Comey adalah "salah seorang manusia paling buruk yang pernah diketahui oleh negara ini."

Jika sabit kesalahan, Comey boleh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, menurut pendakwa persekutuan Lindsey Halligan, yang baru dilantik oleh Trump beberapa hari lalu.
Halligan ialah bekas peguam peribadi Trump dan tidak mempunyai pengalaman sebagai pendakwa raya.

"Tiada sesiapa yang mengatasi undang-undang," kata Bondi dalam satu kenyataan semasa Jabatan Kehakiman mengumumkan pendakwaan ke atas Comey atas "jenayah serius."

Pengarah FBI ketika ini, Kash Patel berkata: "Untuk sekian lama, kepimpinan terdahulu yang korup dan mereka yang bersekongkol dengannya telah memperalatkan penguatkuasaan undang-undang persekutuan.

"Paling jelas, politisasi ini berlaku semasa penipuan 'Russiagate' — satu episod memalukan dalam sejarah yang kami masih siasat dan dedahkan."

Halligan kini bekerja di bawah tekanan besar daripada Trump kerana tempoh had lima tahun bagi kesaksian Comey kepada Kongres – yang menjadi asas kes ini – akan tamat pada Selasa depan.

Beliau telah dilantik ke jawatan tinggi sebagai Peguam Negara AS bagi Daerah Timur Virginia, menggantikan Erik Siebert yang meletakkan jawatan minggu lalu.

Siebert dikatakan meletakkan jawatan selepas memberitahu kepimpinan Jabatan Kehakiman bahawa tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Comey atau Peguam Negara New York, Letitia James.

Letitia James, bersama beberapa pegawai Demokrat lain, telah dituduh oleh sekutu rapat Trump, Pengarah Agensi Pembiayaan Perumahan Persekutuan (FHFA) Bill Pulte, atas dakwaan memalsukan dokumen permohonan gadai janji.

Trump memecat Comey pada 2017 ketika siasatan sedang dijalankan terhadap kemungkinan ahli kempen Trump bersekongkol dengan Moscow untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya 2016.

Pada Ogos lalu, ejen FBI telah menyerbu rumah dan pejabat bekas penasihat keselamatan negara Trump, John Bolton, dalam satu siasatan yang menurut pegawai berkaitan dokumen sulit.

Bolton mengecam Trump menerusi bukunya yang lantang, "The Room Where it Happened", dan sering muncul di media untuk mengkritik Trump, yang disifatkannya sebagai "tidak layak menjadi presiden."

Sejak memegang jawatan pada Januari, Trump - presiden pertama dalam sejarah AS yang merupakan pesalah jenayah yang disabitkan kesalahan - telah melaksanakan pelbagai langkah hukuman terhadap musuh dan lawan politiknya.

Antaranya termasuk menarik balik kelulusan keselamatan bekas pegawai, menyasarkan firma guaman yang pernah menyaman beliau, dan menghentikan pembiayaan persekutuan kepada universiti-universiti tertentu.

Trump sebelum ini menjadi subjek beberapa siasatan selepas meninggalkan Rumah Putih.

Pada 2022, FBI menyerbu kediamannya di Mar-a-Lago dalam siasatan berhubung penyalahgunaan dokumen sulit dan beliau didakwa oleh Peguam Khas, Jack Smith atas tuduhan cuba menggulingkan keputusan pilihan raya 2020.

Namun, tiada satu pun kes itu dibicarakan dan Smith menggugurkan semua pendakwaan selepas Trump memenangi pilihan raya presiden November 2024, selaras dengan polisi Jabatan Kehakiman yang tidak membenarkan pendakwaan terhadap presiden yang sedang berkhidmat. - AFP


KAH KAH KAH

TRUMP DAH 

PANDAI

KAH KAH KAH

TRUMP IKUT

MADAFAKA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: