Jumaat, 19 September 2025

JANGAN LUPA SEJARAH




Persatuan penduduk: Khalid tak layak bersuara 

isu Kg Sg Baru

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bukan individu yang berhak untuk bercakap tentang pembangunan semula Kampung Sungai Baru mahupun pampasan terhadap penduduknya, menurut persatuan penduduk di situ.

Penasihat persatuan, Muzaffar Razman menyifatkan Khalid tidak membuat kajian sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut.

“(Misalnya) berkaitan bayaran RM1,000 bagi satu kaki per segi. Dia bukan orang pertama yang perjuang ‘harga tinggi’ itu seperti didakwanya, kerana (bekas Perdana Menteri)N Dr Mahathir Mohamad telah berbuat demikian pada 1991.

“Dia tidak buat kajian bila komen berkenaan hal ini. Dia tak tahu apa yang diperkatakan, itu masalahnya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Muzaffar menggesa Khalid serta orang ramai supaya merujuk kepada Hansard Parlimen 1991 berhubung perkara itu.

Kampung Sungai Baru, yang terletak berhampiran jambatan ikonik Saloma Link dan stesen LRT Kampung Baru dengan pemandangan KLCC, telah mengalami kelewatan projek pembangunan semula hampir sedekad akibat pertikaian mengenai pampasan.

Pada 2020, kerajaan mengemukakan tawaran “terbaik dan terakhir” sebanyak RM1,000 bagi setiap kaki persegi kepada pemilik tanah. Khalid ketika itu merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Khalid menggesa kerajaan agar campur tangan dalam pertikaian penduduk bagi memastikan pemilik tanah memperoleh kadar pampasan terbaik daripada pemaju.

Ketika itu, dia berkata pemaju menawarkan pampasan antara RM1,500 hingga RM1,800 bagi setiap kaki persegi, selain hartanah bernilai RM1.02 juta kepada mereka yang bersetuju dengan pembangunan semula dan RM450 hingga RM600 bagi setiap kaki persegi kepada yang tidak bersetuju.

Pada Mei lalu, Mahathir pula berkata pemilik tanah sepatutnya menerima kadar yang disifatkannya lebih wajar, iaitu RM3,000 bagi setiap kaki persegi.

Sementara itu, Muzaffar menegaskan isu pampasan hanya timbul selepas kerajaan terlibat dalam projek pembangunan semula dan Akta Pengambilan Tanah 1960 digunakan.

“Jika pemaju mahu beli tanah kami, mereka sepatutnya bayar harga yang pemilik tanah sanggup jual. Jika kami tidak mahu jual, maka tidak timbul soal pampasan.

“Isu pampasan ini wujud hanya kerana kerajaan campur tangan.

“Jika antara pihak swasta dan penduduk, ia hanyalah urusan jual beli biasa. Tetapi apabila pemaju tidak mampu, mereka gunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 sebagai jalan keluar, dan itu tidak wajar,” katanya.


JANGAN LUPA

SEJARAH PERANAN

KG BARU DENGAN

MEI 13

AMIN

ADA RANCANGAN

NAK TUTUP

SEJARAH INI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: