PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 19 SEPTEMBER 2025
PUPPY PUTIH
SELAMAT JALAN PUPPY PUTIH
Pagi ini gua seperti biasa masuk ke Hokkien. Langit kelam. Matahari tak muncul. KL & KL Sentral berkabus.
Di pintu masuk Cengkerik bersimponi. Cuaca basah gumbira untuk Cengkerik. Dari jauh gua dengar suara Tekukur. Tapi suara Warga Hokkien mula kedengaran.
Lagi rapat gua ke depan Pokok Ara lagi kuat bunyi mereka menyalak. Gua naik ke Wakaf – kosong. Gua terus menuju ke wilayah Puppy. Dua Puppy datang berkejar. Mereka tahu gua bawa makanan. Ayah dan Emak juga datang nak makan sama.
Kemudian saya pergi ke tempat mayat Puppy Putih. Gua kapankan Puppy Putih dengan plastik agar tidak di hurung lalat. Gua bercadang petang nak cari cangkul.
Tertiba dua Pekerja Kubur – anak muda Bangla bermotor – gua tahan. Gua minta dia gali kubur. Tapi dia tidak ada cangkul tapi akan cari cangkul.
Ha ha ..tak lama kemudian mereka datang kembali dengan cangkul. Gua pilih bawah Pokok Cempaka Putih untuk makam Puppy Putih. Selesai menggali kami kebumikan Puppy Putih di bawah Pokok Cempaka Putih.
Gua juga janji nak beri upah pada Bangla ini. Tapi gua tak ada bawa dompet. Lalu kami bertukar no talipon.
Hakikatnya manusia baik dalam dunia ini ramai. Kita boleh bertemu mereka di mana-mana. Inilah indahnya dunia ini.
Kawan gua Hijrah - dari Melbourne Australia kata : Mungkin Puppy Putih mati di racun. Untuk gua tak mungkin kalau di racun – adik beradik semua mati. Gua rasa Puppy Putih mati kena langgar.
Apa pun Puppy Putih telah selamat di makamkan dalam Makam Hokkien di bawah Cempaka Putih. AMIN
AMERIKA
Trump selesai lawatan ke UK. Dia beri cadangan pada PM Starmer agar guna tentera untuk lawan pendatang haram.
NEW YORK
Amerika veto resolusi Majlis Keselamatan PBB. Resolusi ini mahu gencatan senjata di Gaza dan perang di tamat.
AMERIKA
Trump ancam stesen TV di Amerika . Trump nak tarik lesen mereka kerana mengikut Trump tiap malam buat berita anti-Trump.
FRANCE
Presiden Macron beri maklumat saintifik pada mahkamah Amerika untuk buktikan Isterinya yang sekarang bukan lahir jantan. Macron sedang saman satu Minah Amerika yang buat cerita Isteri Macron ini di lahirkan jantan.
UK
Mungkin hari ini – hari Jumaat UK akan umum untuk iktiraf negara Palestin.
KAMBOJA – SIAM
Gaduh sempadan berebut Kuil lama bermula kembali. Sia tembak gas pemedih mata pada warga Kemboja.
BRO
SENYUM
SENYUM KITA
SAMBUT PAGI JUMAAT
BRO
Berbuat baiklah pada semua hidupan. Kebaikan itu akan sampai juga pada kita.
BRO
Jangan remehkan kebaikan walau pun ianya kocik.
BRO
Berbuat baik adalah pelaburan yang paling menguntungkan kepada dunia ini.
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT




Tiada ulasan:
Catat Ulasan