WOIT
KAH KAH KAH
TUAN HAJI
ISMAIL SABRI
DAH PANDAI BUAT
LAWAK BERDIRI
KAH KAH KAH
SEMENJAK
MUHYIDIN
JADI PM
RAMAI MUNKEE
PANDAI BUAT
LAWAK BERDIRI
KAH KAH KAH
Parlimen tangguh kerana sains bukan politik, kata TPM
KEPUTUSAN menangguhkan Sidang Khas Dewan Rakyat pada Isnin dibuat berasaskan data sains dan kesihatan bukannya kerana politik, kata Tuan Haji Ismail Sabri.
Bernama melaporkan yang timbalan perdana menteri itu berkata keputusan dibuat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selaras dengan peruntukan di dalam Peraturan Mesyuarat dan selari dengan analisis risiko dibuat Kementerian Kesihatan susulan wujudnya kes jangkitan Covid-19 di Parlimen.
Semalam, Muhyiddin mengarahkan Parlimen ditangguh ke satu tarikh ditetapkan kelak kerana pandemik Covid-19.
Surat pengangguhan itu dihantar oleh Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin kepada semua wakil rakyat.
Dalam surat itu, Nizam berkata Muhyiddin mengarahkan persidangan pada Isnin ditangguhkan menurut Peraturan Mesyuarat 11 (3).
Menurutnya, perdana menteri mengarahkan demikian atas cadangan ketua pengarah kesihatan dan penilaian risiko semasa yang dijalankan Kementerian Kesihatan.
“...Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan Covid-19,” katanya dalam surat itu.
Penangguhan itu berlaku ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin ditegur Yang di-Pertuan Agong kerana gagal membentangkan Ordinan Darurat di Parlimen untuk dibahaskan.
Agong juga secara terbuka menzahirkan rasa kecewa terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun yang juga abang kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kerana mengelirukan Parlimen pada 26 Julai lalu.
Pada hari itu, Takiyuddin mengejutkan semua ahli Parlimen apabila mendedahkan yang Ordinan Darurat sudah dibatalkan Kabinet pada 21 Julai dan kerana itu tidak wujud keperluan untuk membahaskannya.
Ahli Parlimen Kota Bharu dari Pas itu juga berkata beliau akan memberikan penjelasan penuh isu berkenaan pada Isnin, 2 Ogos.
Penangguhan sidang Parlimen pada Isnin menyebabkan situasi masih tidak selesai kerana Agong bertitah baginda tidak akan memperkenan pembatalan itu kecuali ia dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.
Kerajaan bagaimanapun bertegas yang pembatalan Ordinan Darurat tanpa menurut arahan Agong supaya ia dibahaskan masih sah di sisi undang-undang kerana Malaysia menggunakan sistem raja berpelembagaan. – 1 Ogos, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan