Selasa, 3 Ogos 2021

MUHYIDIN ACAH ACAH


MUHYIDIN

ACAH ACAH 

AGONG

KAH KAH KAH

KESIAN MUNKEE

PELACUR  SAMPAI

TERSEKAT JANTUNG

KAH KAH KAH


Kerajaan bentang ordinan darurat di Parlimen September depan, kata Muhyiddin



MESYUARAT Jemaah Menteri esok akan membincangkan langkah membawa satu usul ke Parlimen pada September ini untuk membahas dan mengungkaikan ordinan darurat, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pentadbiran Muhyiddin sejak seminggu lalu mempertahankan ordinan darurat telah terbatal dan tidak perlu dibahas dan diungkai di Parlimen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata pengungkaian ordinan darurat perlu dibuat di Parlimen kerana pembatalannya tidak dapat disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas proklamasi darurat berakhir pada 1 Ogos.

“Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan  peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit .

“Maka, selaras dengan titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan  Persekutuan, suatu usul untuk membahas dan seterusnya mengungkaikan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam  sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada bulan September  2021,” kata perdana menteri.

Mesyuarat pertama Dewan Rakyat bagi penggal keempat Parlimen ke-14 ditetapkan bermula pada 6 September, dan akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Usul ini yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan-ordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan,” tambah Muhyiddin.

Kerajaan sepatutnya menjelaskan kepada Dewan Rakyat mengenai pelaksanaan darurat dan pembatalan ordinan darurat namun Muhyiddin pada hujung minggu mengarahkan mesyuarat khas Parlimen ditangguh dengan alasan “penularan Covid-19.”

Menteri undang-undang Takiyuddin Hassan pada hari pertama (26 Julai) mesyuarat khas Dewan Rakyat memaklumkan ahli-ahli Parlimen bahawa kerajaan sudah membatalkan ordinan darurat sejak 21 Julai.

Beliau dan anggota kerajaan yang lain termasuk Muhyiddin enggan menjawab walaupun diasak untuk menjelaskan sama ada pemansuhan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atau belum.

Pada Khamis, Istana Negara mengeluarkan kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah “amat dukacita” dengan tindakan kerajaan mengumumkan pemansuhan itu sebelum mendapat perkenan baginda.

Pada petang itu juga, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengemukakan usul tidak percaya kepada perdana menteri untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Mesyuarat khas Dewan Rakyat pada petang itu ditangguhkan sebanyak tiga kali sebelum ditangguh ke Isnin, lalu ditangguh terus ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Kenyataan Muhyiddin hari ini muncul ketika ada maklumat Yang di-Pertuan Agong mahu mengadakan perbincangan khas mengenai isu berbangkit dengan Raja-Raja Melayu, dipercayai dalam masa beberapa hari ini.

Kenyataan ini juga dibuat menjelang mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno petang ini yang dipanggil untuk “memperhalusi pendirian dan tindakan parti” dalam keadaan politik semasa.

Dalam mesyuarat terakhirnya pada 7 Julai, MKT Umno membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan mendesak beliau letak jawatan secara terhormat. – 3 Ogos, 2021.

 

APAKAH 

TAKIYUDIN

SENGAJA UMUM

UNTUK SABOTAJ

MUHYIDIN

KHALAS

 ANNUAR MUSA

 MENTERI KABINET 

KATA  DIA SENDIRI

TAK TAHU 

DARURAT TELAH DITAMATKAN

 INI

KAH KAH KAH 

CIUM CIUM

MACAM ADA  BAU

KONSPIRASI 

NAK JATUHKAN 

MUHYIDIN

KAH KAH KAH  



Tiada ulasan: