INI TRIK LAMA
KAH KAH KAH
MUNCUL ZAMAN
REFORMASI 1998
KAH KAH KAH
GAMBAR TAK JELAS
KELUAR DIAKHBAR
KAH KAH KAH
NIAT NAK BAGI
TAKUT
KAH KAH KAH
TAKDA NAMA
DIUMUM
KAH KAH KAH
MAKA YANG
TURUN DEMO
AKAN RASA
DIALAH DICARI
MATA MATA
KAH KAH KAH
Polis cari 47 peserta perhimpunan Keluar dan Lawan
POLIS mencari sekurang-kurangnya 47 individu yang menyertai perhimpunan “Keluar dan Lawan” dekat Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu untuk dirakamkan keterangan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim berkata pihaknya hari ini sudah mengambil keterangan daripada 11 penganjur perhimpunan, susulan 19 laporan polis yang diterima di seluruh negara.
“Polis telah menerima laporan dan kami sudah memulakan siasatan. Kami akan memanggil semua peserta perhimpunan untuk diambil keterangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Azmi berkata mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan mengadakan perhimpunan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan-peraturan di bawahnya, serta Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.
Polis menganggarkan sehingga 500 orang berkumpul di dataran Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di Jalan Tun Perak pada 10.30 pagi sebelum berarak menuju ke Jalan Raja membawa kain rentang bertulis antaranya “Kita Mati Dalam Derhaka”, “Keluar dan Lawan”, dan “Lawan Koruptor”.
“Perhimpunan berlangsung dalam tempoh lebih kurang 2 jam,” katanya.
Pagi ini, lapan daripada 11 penganjur perhimpunan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberikan keterangan diiringi peguam masing-masing.
Dalam satu kenyataan jurucakap Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar berkata pihaknya akan meneruskan protes mereka, termasuk menganjurkan perhimpunan lebih besar, sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Mereka antara lain mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin letak jawatan dan sidang Parlimen penuh diadakan segera. – 2 Ogos, 2021.
2 ulasan:
NORA awek engkau kan Sham.....😂🤣😅☺️
Ada yg turun jalanraya supaya nampak sejuk dgn harapan dapat awek. Jantan dan betina yg berdemo selalunya gagalis skema. Tak caya boleh gi join demo dan perati awek kiri kanan ko. Aku rasa kalu nak dpt awek cun toksah gi demo lebih baik jd PU IM da'i atau ahli politik ugama sbb ramai pompuan cun suka.
Catat Ulasan