Sabtu, 21 Jun 2025

KERAJAAN TUNISIA MAKIN ZALIM


Bekas Presiden Tunisia dipenjara 22 tahun


TUNIS: Sebuah mahkamah di Tunisia semalam menjatuhkan hukuman penjara 22 tahun ke atas bekas Presiden Moncef Marzouki, yang lantang mengkritik Presiden Kais Saied, atas pertuduhan menggugat keselamatan negara.

Keadaan ini meningkatkan kebimbangan pembangkang terhadap tindakan keras yang semakin memuncak terhadap pengkritik kerajaan.

Marzouki, yang memegang jawatan Presiden dari 2011 hingga 2014, menuduh Saied menubuhkan rejim autoritarian selepas membubarkan Parlimen dan memerintah melalui dekri sejak beliau merampas hampir semua kuasa pada 2021.

Saied mempertahankan tindakannya sebagai langkah perlu untuk menstabilkan Tunisia.Ini adalah hukuman ketiga terhadap Marzouki, selepas mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan empat tahun dalam beberapa kes berasingan.

Mengulas keputusan itu ketika dalam buangan di Paris, Marzouki berkata: "Saya ingin menyampaikan kepada hakim ini: Keputusan kamu tidak sah, dan kamu sendiri tidak sah... kamu akan diadili tidak lama lagi."

"Demokrasi akan kembali," tambahnya.

Terdahulu pada Jumaat, sebuah lagi mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Sahbi Atig, pegawai kanan parti pembangkang utama, Ennahda, atas tuduhan pengubahan wang haram, menurut peguamnya.

Hukuman 15 tahun itu lebih ringan berbanding beberapa hukuman berat yang dijatuhkan baru-baru ini.

Pada April lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehingga 66 tahun terhadap beberapa pemimpin pembangkang, ahli perniagaan dan peguam atas tuduhan berkonspirasi.

Kebanyakan pemimpin parti politik di Tunisia kini berada dalam tahanan, termasuk Ketua Parti Perlembagaan Bebas, Abir Moussi dan ketua Ennahda, Rached Ghannouchi, - dua penentang paling lantang terhadap Presiden Saied.
JELAS TUNIS

YANG DULU JADI

CONTOH MUSIM

BUNGA ARAB

KINI ADA

KERAJAAN ZALIM

AMIN

RAKYAT WAJIB

KE JALAN RAYA

SEKALI LAGI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini mesti trend Yahudi, ikut fahaman zionisme ikut fahaman kafir harbi kah kah kah semuanya boleh dicuci disucikan kelak woit kah kah kah semakin lama semakin buruk tak kira negara mana semua sama perangai keras kerananya kuasa mutlak kah kah kah yang dahulunya kata PM tak boleh pegang Menteri Kewangan tetapi akhirnya sedar kunci bank kena pegang sendiri supaya tangan dipegang erat dicium berterusan kah kah kah