Sabtu, 21 Jun 2025

SOKONGAN DARI RUSIA UNTUK IRAN



Moscow sokong program nuklear aman Iran - Putin

ISTANBUL: Presiden Russia, Vladimir Putin menegaskan Moscow menentang pengembangan senjata pemusnah besar-besaran termasuk sebarang potensi perolehan senjata itu oleh Iran, menurut temu bual yang disiarkan pada Sabtu.

Dalam wawancara bersama Sky News Arabia, Putin menyatakan bahawa Russia menyokong hak Iran untuk membangunkan tenaga nuklear bagi tujuan aman, sambil menekankan bahawa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tidak menemukan sebarang bukti bahawa Tehran bercadang membina senjata nuklear, lapor Anadolu Ajansi.

"Fatwa di Iran yang mengharamkan senjata nuklear sangat penting," katanya, sambil menyifatkan keputusan agama itu sebagai elemen utama dalam pendirian Iran.

Putin turut menyatakan kesediaan Russia untuk membantu Iran dalam pembangunan program nuklear awamnya.

Ketegangan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, yang membawa kepada serangan balas dari pihak Tehran.

Menurut laporan media Iran, seramai 639 orang terbunuh dan lebih 1,300 cedera dalam serangan itu. – BERNAMA-ANADOLU

IRAN BERHAK

UNTUK MEMILIKI

TENAGA NUKLEAR

AMIN

IRAN JUGA ADA

HAK UNTUK

MEMILIKI SENJATA

BOM NUKLEAR

AMIN

PASAI APA 

TAK BOLEH ?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: