Sabtu, 21 Jun 2025

PAGI INI


PAGI INI 

PAGI INI

SABTU 21 JUN 2025

PERANG MASIH BERPERANG


JUMAAT KEMARIN KITA BERHIMPUN. 
Ucapan di berikan di Dataran Tabung Haji. Mat Sabu berucap. Kemudian berarak ke Pejabat Duta Amerika. Sayang sekali jumlah  berarak tidak melintas 1000 orang.

Apa dah jadi ?

Ini negara klim Islam. Tunggang tunggit hari hari. Sembahyang tak tinggal. Cium Batu Itam. Tapi  tak berani tunjuk  marah dan benci pada  Zionis BlackRock.

Bayangkan di negara KAPIR LAKNAT MAKAN MABI MINUM ARAK TAK CAYA TUHAN – beratus ribu turun ke jalan untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap serangan Zionis Israel terhadap Gaza dan Iran.

Kenapa warga  yang klim Islam yang  beramal ibadah  tapi gagal untuk menunjukkan KEMANUSIAAN mereka.  INI WAJIB JADI KAJIAN. Amin

AMERIKA
Trump menolak usaha negara Eropah – France German dan UK – yang sedang menjalankan perbincangan dengan Iran. Menteri2 Luar  negara ini sedang berbincang  dengan Menteri Luar Iran di Geneva.

IRAN
Iran akan menolak PERUNDINGAN dengan Amewrika selagi Zionis Israel Blackrock tidak berhenti menyerang Iran.

SIAM
Krisis sedang berjalan. PM Siam kantoi panggil Hun Sen Uncle. Perbualan talipon PM Siam dengan bekas Pm Kamboja bocor. Kah kah kah.

AMERIKA
Mahmoud Khalil pelajar Palestin dari Columbia University di bebaskan satelah 3 bulan di penjara. Kesalahan? Tidak ada tuduhan. Tapi sosok ini aktif dalam kampus menyusun demo pelajar lawan Zionis..

UK
Negara ini akan LULUSKAN UNDANG BANTU MATI. Hukum ini sedang di bincang. Hukum ini membenarkan sosok-sosok yang tak lagi mahu hidup untuk mati dengan bantuan doktor.   Terutama untuk pesakit yang tak ada harapan untuk sembuh dan dalam kesakitan.

AMERIKA
Trump berjaya memusnahkan  VOICE OF AMERIA – stesen radio propaganda Amerika. Tahniah Trump.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah bersinar panas. KL & KL Sentral cerah. Langit biru berawan putih.

Di pintu masuk di atas bukit Tekukur berlagu. Jauh di dengar suara Gagak. Aduh ! bila gagak bersuara macam menangis sedih. Suara Gagak tenggelam dengan suara Tuk Tuk Tuk.

Pagi Sabtu ini agak  sunyi. Tak didengar rumput di potong. Hari ini gua tak pergi pasar. Gua rancang esok.

Hari ini pasti panas. Gua harap petang Hujan Rahmat  sampai – jika sampai malam jadi enak santai. AMIN

BRO
SENYUM SENYUM
DI PADI SABTU

BRO
Lu pastikan apa yang penting. Kemudian fokus pada perkara itu. Pasti berjaya.

BRO
Jangan buang masa untuk jadi orang lain.

BRO
Tiap hari adalah waktu dan masa yang tepat untuk lu buat kerja itu. AMIN

LAKUKAN SEKARANG 
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: