Khamis, 18 November 2010
AHAD INI TUKAR TIUB DI PULAU PINANG
PROGRAM MELAWAN DI PULAU PINANG
FORUM MENENTANG ISA DI PULAU PINANG
Forum bertajuk - ISA: ALAT POLITIK UNTUK PENINDASAN - pada AHAD 21hb November 2010. Forum ini bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 1 petang bertempat di KOMTAR WALK, Pulau Pinang.
Kami menjemput bekas tahanan untuk berkongsi situasi politik ketika mereka ditahan bawah ISA.
Kami menjemput bekas tahanan 60an daripada Barisan Sosialis LIM CHOO LEONG
Kami menjemput ABANG MAT SABU bekas tahanan operasi lalang pada tahun 1987
Kami menjempuit V.GANABATIRU anggota HINDRAF pada 2008.
Kami menjemput Tukar Tiub untuk berkongsi penglibatan diri sendiri dalam era-reformasi pada 1998 hingga ditahan dibawah ISA.
nota:
pertama kali tukar tiub
bersama mat sabu - ini very rare !!
MALAM:
JAM: 7.30 - 10.00
TEMPAT : KOMTAR WALK
ADA APA: Musik dan nyanyian
LAGI ? : Tukar Tiub akan membuat Lawak Berdiri/ Stand Up tentang ISA
Semu warga utarak dijemput mai datang. Program ini diusahakan oleh Suaram Pulau Pinang
nota:
lepas pertunjukkan kita semua pi carik nasi kandaq
line clear atauline beratuk sebelah masjid kapitan keling
keling? tak marah pulak hindraf guna keling kah kah kah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
jgn lupa char kuey teau kat B.M.
Wooii TT... Miker nyanyok ker teman nyanyok? Sabtu ker Ahad? Teman dah booking teket feri takot feri penoh.Haghi cuti ni biasernyer feri akan penoh dgn pelanccong luor negagher.Seghoper juger mcm diKL maser ghayer aji kemaghin.
Boleh bawa PENYAPU tak...kah kah kah
Hanya Penyapu Khir Toyo sahaja yang boleh dibawa..kah kah kah kah
Mat Sabu ?? saya rase anda tak perlu buat stand up comedy dah ..stand up tepi mat sabu sahaja dah jadi natural comedy ..
isham,
i will be there.
-caractere-
tipu la lu isham.
dulu ada lu satu pentas dengan mat sabu tak silap aku tahun 2008 kot. masa raja petra & teresa kok baru releas tak silap aku.masa tu forum isa cakap rakyat kat dewan bar council.
raja petra pun ada. aku ingat lagi ucapan dia cakap 'umno islam munafik'. lu punya syarahan pun aku ingat lagi - lu ada cakap masuk isa ni kentut pun tak boleh hahahahah
buek la kek n9 ha... den nk bona negok muko hishamudin rais
kalau semua rakyat malaysia berani macam TT, dah lama ubn tergolek dog.
lama tak balik penang, sayangnya tak dapat serta event best camni.
have fun TT!
TT, kalau ada video, tolong upload ke blog. ramai yang tak dapat turun ke penang nak 'ketawa' sebelum 'ketawa' di haramkan.
kahkahkah...
Catat Ulasan