Selasa, 21 April 2026
SATU LAGI KENA KENCING
KAH KAH KAH
DULU KAMCING
SEKARANG
KENA KENCING
KAH KAH KAH
KALAU VINOD
PEMBEKAL JAMBU
MACAM
NALA RAMAI
NAK DENGAR
STORI
KAH KAH KAH
KHALAS
Jejak hubungan Anwar, Vinod di media sosial
Pelbagai catatan dalam talian yang merangkumi tempoh beberapa tahun nampaknya menunjukkan jejak digital hubungan di antara Anwar bin Ibrahim dengan ahli perniagaan Vinod Sekhar.
Untuk rekod, Anwar bin Ibrahim yang juga Pengerusi PH – dalam dalam afidavit mahkamah minggu lalu – menafikan mempunyai hubungan rapat dengan Vinod yang terlibat dalam saman RM30 juta difailkan oleh sekumpulan pelabur multinasional dan bekas pekerja.
Beberapa hubungan terawal yang ditemui dalam talian sejak 30 Mei 2018 iaitu kurang sebulan selepas PRU ke-14 yang menyaksikan kebangkitan pertama kali PH ke Putrajaya, diikuti pembebasan Anwar bin Ibrahim dari penjara.
Pada hari itu, Vinod menulis tentang bagaimana Anwar bin Ibrahim telah melawat rumahnya sehari sebelum itu. Vinod juga menyiarkan gambar Presiden PKR itu bersama dia dan isterinya, Winny Yeap.
“Alangkah besarnya penghormatan yang luar biasa apabila rakan lama dan abang saya, Anwar, singgah melawat kami. Hari itu adalah hari Wesak, jadi kami semua berada di rumah.
“Rasanya seperti baru semalam kali terakhir dia berada di rumah kami beberapa hari sebelum pemenjaraannya yang tidak masuk akal dan direka-reka secara politik,” tulis ahli perniagaan itu.
Dia berkata Anwar bin Ibrahim menghabiskan masa selama dua jam bersama keluarga itu dengan “berbual dan ketawa tanpa henti”.
Tiga bulan kemudian – pada 17 Ogos 2018 – Vinod berkongsi satu lagi gambar dia bersama Anwar bin Ibrahim dalam satu catatan di Instagram.
Pemimpin PKR itu, yang memakai anduh, melawat Vinod yang sedang dalam proses pulih daripada serangan jantung.
"Saya semakin kuat dari sehari ke sehari, tetapi jantung saya berhenti seketika dan tulang rusuk saya retak telah memperlahankan saya sedikit sebanyak.
“Tetapi ia adalah satu rangsangan sebenar apabila rakan, abang dan PM saya yang seterusnya, Anwar bin Ibrahim , singgah melawat lewat untuk memastikan saya melakukan apa yang diberitahu oleh Winny dan gadis-gadis itu,” tulis Vinod.
Akses ke pejabat presiden
Selain lawatan peribadi, Vinod juga berkongsi gambar dia bersama Ahli Parlimen Sungai Buloh ketika itu, R Sivarasa, semasa berkempen untuk Anwar bin Ibrahim kembali ke parlimen melalui pilihan raya kecil kawasan parlimen Port Dickson pada Sept 2018.
Anwar bin Ibrahim kemudian muncul sebagai pemenang di kerusi yang dikosongkan oleh Danyal Balagopal Abdullah dari PKR, sekali gus menyaksikan ahli politik kanan itu kembali ke Dewan Rakyat sebagai ketua pembangkang.
Beberapa tahun kemudian, pada Mac 2021, Anwar bin Ibrahim menyiarkan ucapan takziahnya kepada Vinod di Facebook selepas ibu ahli perniagaan terbabit meninggal dunia.
"Menziarahi rakan baik saya, Vinod, yang ibunya yang tersayang meninggal dunia malam tadi.
"Mendiang Sukumari Sekhar ialah isteri kepada bekas pengerusi Institut Penyelidikan Getah Malaysia, BC Sekhar," kata Anwar, yang turut disertai oleh isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Enam bulan sebelumnya – pada permulaan pandemik Covid-19 pula – Anwar bin Ibrahim terbang ke Kota Kinabalu, Sabah, untuk meluncurkan sebuah portal berita dalam talian, The Vibes, yang dimulakan oleh Kumpulan Petra milik Vinod.
Kemudian pada 2022, semakan Malaysiakini menunjukkan Vinod adalah antara segelintir individu yang mempunyai akses ke pejabat Presiden PKR di Jalan Gasing, Petaling Jaya, tempat para pemimpin parti berkumpul pada waktu-waktu menjelang sesi angkat sumpah rasmi perdana menteri.
Vinod kemudiannya dilihat hadir di sidang akhbar pertama Anwar bin Ibrahim sebagai perdana menteri, yang diadakan di Rumah Kelab Sungai Long, Kajang, pada 24 Nov 2022. Ia diadakan sejurus selepas upacara angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Sejak kebelakangan ini, Vinod juga telah bercakap secara terbuka tentang hubungan rapatnya dengan Anwar bin Ibrahim.
Dalam ucapan selamat hari lahir kepada Anwar bin Ibrahim pada 10 Ogos tahun lalu ahli perniagaan terbabit menulis mesej panjang lebar yang memperincikan betapa dia mengagumi Anwar sebagai seorang "rakan" yang didakwanya telah dikenali selama 45 tahun.
Dalam laporan yang diterbitkan di The Vibes dan halaman Facebooknya, Vinod mengimbau kembali zaman dia berpihak kepada Anwar bin Ibrahim walaupun ia bukan tindakan yang popular namun “ia betul".
Bercakap di audio siar The Good Cast Show di YouTube, Vinod mendedahkan bahawa isterinya telah menulis sebuah buku bertajuk Electing Anwar bagi menceritakan pengalamannya sebagai "lalat di dinding" yang "melihat semua yang berlaku" semasa pilihan raya dan fasa pascapilihan raya.
"Saya fikir (buku itu) adalah penghormatan yang penuh kasih sayang... kepada cabaran yang dihadapi keluarga saya dalam menyokong seorang lelaki selama 25 tahun.
"Semua yang kami lalui... kami bermain dalam membantu menyusun strategi kenaikan pangkat Anwar bin Ibrahim," kata Vinod dalam episod itu, yang disiarkan pada 22 Ogos tahun lalu
TANGKAP DAKWA MASUK KE PENJARA - SEBAGAI CONTOH
ANWAR
BIN IBRAHIM
PASTI AKAN
SELAMATKAN
GUAN ENG
AMIN
MACAM ZAHID
YANG TELAH
DISELAMATKAN
AMIN
JIKA TIDAK
DI LIHAT TAK ADIL
KHALAS
Tiada niat aniaya Guan Eng, saya cuma cakap benar - Gnanaraja
Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa tiada sebarang motif untuk beliau mengenakan Lim Guan Eng sehingga dipertuduhkan dalam kes rasuah berkaitan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.
Datuk Seri G Gnanaraja, 44, berkata tidak munasabah untuk beliau berbuat demikian kerana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukan musuhnya dan tidak pernah berbuat jahat dengan beliau.
"Jika benar saya mempunyai kecenderungan untuk menipu seperti yang didakwa peguam, saya akan menyatakan keempat-empat beg diserahkan kepada Lim Guan Eng, tetapi saya tiada niat untuk kenakan beliau (Lim) dengan motif penipuan.
"Dari awal saya telah mengaku mengambil RM19 juta daripada Datuk Zarul (Zarul Ahmad Mohd Zulkifli). Kalau saya tidak mengaku, itu sudah jadi satu penipuan...di Kuala Lumpur saya cakap apa yang saya ambil dan saya juga mengaku apa yang saya beri kepada Lim Guan Eng...saya tidak mempunyai sebarang motif untuk kenakan beliau dalam kes ini," katanya.
Saksi pendakwaan ke-37 itu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes rasuah Lim berhubung projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.
Pada 27 Ogos tahun lepas, Gnanaraja memberitahu mahkamah bahawa beliau sendiri yang menyerahkan dua beg hitam berisi wang masing-masing berjumlah RM1 juta kepada Lim setelah menerimanya daripada Zarul Ahmad di Hotel Eastin Petaling Jaya pada 18 Ogos 2017.
Selain itu, Gnanaraja berkata beliau juga tidak menipu tentang kenyataannya berkaitan kedatangan Lim ke rumahnya pada 3 pagi.
"Tidak pernah seseorang pun yang datang ke rumah saya pada pukul 3 pagi walaupun saya mempunyai kawan-kawan berpangkat menteri, hanya Lim Guan Eng sahaja," katanya.
Wan Shaharuddin: Anda (Gnanaraja) bersetuju dengan peguam bahawa kehadiran Lim ke rumah anda pada 3 pagi adalah tidak masuk akal, boleh jelaskan kenapa anda bersetuju?
Gnanaraja: Saya bersetuju dengan peguam bahawa tidak masuk akal kerana memang tidak boleh dipercayai atau diterima untuk seorang berpangkat Ketua Menteri datang ke rumah saya pada 3 pagi.
Dalam pada itu, Gnanaraja berkata beliau juga tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa terdapat perjanjian antaranya dengan pihak pendakwaan bagi mendapatkan pertuduhan lebih rendah untuk kes di Shah Alam, dengan menjadi saksi dalam kes rasuah Lim.
"Pada awalnya dalam kes di Shah Alam, saya tidak menafikan menerima wang daripada Zarul Ahmad, cuma nak beritahu apa yang selebihnya (wang) saya beri kepada siapa. Begini lah bermulanya pembabitan saya dalam kes ini," katanya.
Selepas Gnanaraja selesai memberi keterangan, prosiding diteruskan dengan pendengaran permohonan pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan pertama dengan menggugurkan perkataan “menerima”.
Hakim Azura Alwi kemudian menetapkan 6 Mei untuk sambung perbicaraan dan membuat keputusan permohonan tersebut.
Mengikut pertuduhan pertama, Lim, 65, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan beliau untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di Kuala Lumpur antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. - Bernama
SATU FITNAH BESAR
JANGAN BURU
MEMBURU
KAH KAH KAH
SEMUA INI FITNAH
KLIP VIDEO TIPU
KLIP AI
KAH KAH KAH
DIBUAT UNTUK
BURUKAN
KERAJAAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
Video polis pijak kepala: Menteri minta tidak buat penilaian terburu-buru
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat penilaian terburu-buru berhubung satu rakaman video yang memaparkan tindakan agresif seorang anggota polis memijak seorang lelaki di hadapan kedai aksesori motosikal di Kulim, Kedah yang tular di media sosial.
Menjawab isu itu, katanya, dia telah menghubungi Ketua Polis Kedah bagi memastikan siasatan disegerakan, termasuk meneliti jika tindakan anggota terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan atau satu pelanggaran integriti yang nyata.
Sebarang tindakan penguatkuasaan oleh pegawai polis tertakluk kepada SOP yang sedia ada dan difahami semua anggota.
“Saya sudah menghubungi Ketua Polis Kedah untuk menyegerakan siasatan, termasuk menyemak sama ada terdapat kepatuhan terhadap tatacara penguatkuasaan, " katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Kontrak Perolehan Sebuah Multi Purpose Mission Ship (MPMS) kedua untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Putrajaya, hari ini.
Saifuddin mengulas rakaman video tular di media sosial berdurasi 29 saat memaparkan kejadian membabitkan anggota polis dan seorang suspek.
Dalam rakaman itu, lelaki tersebut dilihat ditarik sehingga terjatuh motosikal sebelum kepalanya dipijak oleh anggota berkenaan.
Tindakan tatatertib
Saifuddin berkata, sekiranya bukti menunjukkan berlaku salah laku, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan mengambil alih kes untuk tindakan tatatertib.
Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa tindakan tidak wajar dibuat secara terburu-buru hanya berdasarkan rakaman video singkat itu kerana ia mungkin tidak menceritakan gambaran penuh.
“Kita tidak boleh membuat tindakan seberono yang boleh merentap semangat anggota polis ketika menjalankan tugas penguatkuasaan.
“Kita hanya melihat beberapa saat insiden dirakam, tetapi perlu juga diteliti apa yang berlaku sebelum itu,” katanya.
Saufuddin berkata, siasatan perlu mengambil kira kemungkinan suspek bertindak agresif, termasuk sama ada melawan anggota, menunggang motosikal secara berbahaya atau melanggar kenderaan polis.
“Biar polis siasat dahulu. Jangan kita hukum hanya kerana melihat video beberapa saat. Ada perkara yang berlaku sebelum insiden itu dirakam dan disebarkan,” katanya.
Moral anggota polis
Tegas Saifuddun, pendekatan seimbang perlu diambil bagi memastikan akauntabiliti tanpa menjejaskan moral anggota polis.
"Kita tidak boleh bertindak melulu kerana ia boleh menjejaskan semangat anggota yang menjalankan tugas penguatkuasaan, terutama apabila berdepan suspek yang berpotensi agresif," katanya lagi.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng mengesahkan penahanan seorang lelaki yang tular di media sosial susulan rakaman video memaparkan suspek ditarik dari motosikal sebelum kepalanya dipijak oleh anggota polis,
Katanya, siasatan awal mendapati anggota polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah telah menahan suspek di Jalan Sungai Ular kira-kira 11 pagi tadi.
“Semasa polis cuba menahan suspek, berlaku pergelutan apabila suspek bertindak melawan anggota dengan menendang motosikal milik anggota polis sebelum melarikan diri.
“Suspek menunggang motosikal secara melulu, melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Tengku Mohd Faisal berkata susulan itu, anggota polis melancarkan usaha mengesan suspek sejauh kira-kira lima kilometer sebelum berjaya menahannya di lokasi kejadian yang tular.
“Hasil pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggang suspek menemukan dua bungkusan plastik lut sinar disyaki mengandungi air rebusan daun ketum,” katanya.
Menurutnya, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Tengku Mohd Faisal berkata suspek berusia 32 tahun yang mempunyai satu rekod jenayah lampau telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman esok.
Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
ADA MASA SILA DATANG BANTU
BRO
GUA HANYA
MASAK NASI
BERI WARGA
HOKKIEN MAKAN
AMIN
LU WARGA
MCOBA KE?
AMIN
HOKKIEN INI
TAK JAUH DARI
BANGUNAN MCOBA
AMIN
JIKA LU ADA MASA
MARI BERSAMA
TOLONG BANTU
KHALAS
Unknown commented on
"BERANCUK SALAH
HARI BULAN"
Madafaka PN, Abih yg Lu ari2 ke jirat cina Hokkien pergi menutoh anjing2 liar ko?
Bikin malu kolet Macoba je!
BERANCUK SALAH HARI BULAN
BERANCOK
KAT KUBUR INI
TAMBAH EROTIK
AMIN
TAPI JANGAN
SILAP MASA
AMIN
JANGAN GUNA
KUBUR DALAM
BULAN 3 & 4
AMIN
MAC & APRIL ADA
PESTA CHING MING
SEMBAHYANG
KUBUR
AMIN
TAKDA MODAL
BERANCUK DALAM
HUTAN BELUKAR
BUKIT BENDERA
KHALAS
Pasangan kes kelucahan jirat Cina dibebaskan, hukuman penjara 12 bulan diketepikan
GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana melakukan perbuatan kelucahan melampau di sebuah jirat Cina di Batu Gantung, Ayer Itam, bulan lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Rofiah Mohamad selepas membenarkan permohonan semakan yang difailkan pihak pembelaan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas M. Jegathesan, 58, dan Halila Abu Bakar, 37.
Dalam keputusannya, mahkamah mengekalkan sabitan terhadap kedua-dua tertuduh namun menggantikan hukuman penjara 12 bulan kepada tempoh pemenjaraan bermula dari tarikh tangkapan pada 23 Mac lalu sehingga hari ini.
Hakim Rofiah berkata, mahkamah tidak mempunyai alasan untuk menolak representasi yang telah dipersetujui antara pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung semakan hukuman tersebut.
“Sabitan dikekalkan namun hukuman penjara 12 bulan digantikan dengan tempoh pemenjaraan dari tarikh tangkapan sehingga hari ini,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muna Mohamed Jaafar memaklumkan kepada mahkamah bahawa kes rayuan yang difailkan pihak pembelaan masih di peringkat pengurusan kes sebelum permohonan semakan jenayah dikemukakan.
Menurutnya, pihak pembelaan turut mengemukakan representasi kepada pendakwaan yang kemudiannya dipersetujui, dengan semakan tertumpu kepada hukuman.
“Sabitan dikekalkan, namun dari segi hukuman, tempoh penahanan dan pemenjaraan boleh dikurangkan,” katanya.
Sementara itu, peguambela, Datuk Naran Singh memaklumkan pihaknya telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini dan meneruskan tindakan melalui semakan.
“Kami memfailkan notis untuk menarik balik rayuan, jadi isu rayuan tidak lagi timbul dan akan diuruskan secara pentadbiran,” katanya.
Beliau berkata, pihak pembelaan menerima sabitan namun berpandangan hukuman penjara setahun yang dikenakan adalah keterlaluan memandangkan kesalahan itu memperuntuk hukuman maksimum dua tahun penjara.
“Representasi telah dikemukakan kepada pihak pendakwaan dan ia diterima dengan cadangan hukuman digantikan kepada tempoh penjara dari tarikh tangkapan sehingga hari ini,” katanya.
Mengulas lanjut di luar mahkamah, Naran berkata, kes itu dikendalikan secara pro bono dan menyifatkan hukuman asal sebagai terlalu berat.
Katanya, kes seumpama itu wajar diberi perhatian oleh Mahkamah Tinggi dan jika tidak, perkara berkenaan boleh dibangkitkan kepada Majlis Peguam.
Media pada 26 Mac lalu melaporkan Mahkamah Majistret di sini, menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap kedua-dua tertuduh selepas mereka mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung pada 22 Mac lalu.
Mengikut rekod prosiding, mereka didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.
Sebelum ini tular video berdurasi 38 saat memaparkan pasangan lelaki dan wanita dalam keadaan tidak berpakaian di sebuah jirat Cina, sebelum perbuatan itu disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan dan merakamkannya untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan siasatan. – MalaysiaGazette
TERAM MENGAMCAM LAGI !
TERAM BUAT
ANCAMAN AKAN
BOM SEMUA LOJI
LETERIK IRAN JIKA
IRAN TAK TERIMA
SEMUA TUNTUTAN
AMERIKA
AMIN
IRAN JAWAB
TERAM:
MAK KAU HIJAU
KAH KAH KAH
KHALAS
168 MURID SEKOLAH GUGUR - KITA HANTAR 168 KONTENA BANTUAN
HARI PERTAMA
PERANG 28/2/26
AMERIKA
BOM MATI 168
MURID SEKOLAH
AMIN
KITA JAWAB
DENGAN BANTUAN
168 KONTENNA
AMIN
PEMBACA YANG
BUDIMAN SILA
HULUR BANTUAN
KHALAS
168 kontena bantuan kemanusiaan: Peluang membantu rakyat Iran berdepan keganasan AS-Israel
Sejak serangan AS-Israel terhadap Iran pada 28 Februari, puluhan ribu keluarga telah kehilangan tempat tinggal.
Jet AS dan Israel menyasarkan kediaman awam, jambatan, pusat beli belah dan infrastruktur penting lain; malah universiti, sekolah dan kilang farmaseutikal turut tidak dikecualikan.
Beratus-ratus ribu malah jutaan kini terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Ibu bapa mencari tempat teduh yang selamat, sebuah masyarakat yang kini bergelut membina semula daripada kemusnahan.
Sementara itu, akses kepada makanan, ubat-ubatan dan air bersih semakin diancam.
Tragedi kemanusiaan bakal berlaku di seluruh Iran sekiranya dunia hanya berdiam diri tanpa mengambil tindakan.
Pertubuhan kemanusiaan sedang berusaha keras menyampaikan bantuan.
Baru-baru ini, China menghantar 58 tan bantuan perubatan kecemasan kepada Iran dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, termasuk ubat-ubatan dan bekalan penting bagi memperkukuhkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Iran-aid_posterIa masih tidak mencukupi untuk sebuah negara dengan penduduk hampir 100 juta orang, yang mana rakyatnya terang-terangan menjadi sasaran Donald Trump dan Benjamin Netanyahu.
Kempen Shajra Tayyiba, yang dinamakan sempena sekolah rendah di Minab, Iran, di mana 168 kanak-kanak dibunuh dengan kejam oleh peluru berpandu AS, merupakan inisiatif masyarakat untuk menyediakan 168 kontena bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas akibat perang.
Matlamatnya adalah untuk mengumpulkan bekalan kemanusiaan penting untuk mereka yang terjejas oleh konflik. Setiap sumbangan, tidak kira betapa kecil, boleh memberi kesan mendalam kepada kehidupan harian.
Sumbangan boleh dibuat ke akaun bank berikut:
Nama Akaun: Embassy of the Islamic Republic of Iran
Nombor Akaun: 564428000986
Bank: Maybank
Langgan:
Catatan (Atom)






