Sabtu, 9 Mei 2026
ANWAR BIN IBRAHIM TAK ADA SKONGAN MELAYU
LARI LARI
LARI KE KAWASAN
CHINA DOLL OPPS...
SILAP.. CHINA DAP
KAH KAH KAH
ANWAR
BIN IBRAHIM
SAH TAK
ADA SOKONGAN
MELAYU
AMIN
DI KAMPUNG SENDIRI
TAK BERANI NAK
TANDING
KAH KAH KAH
CARI KAWASAN CINA
UNTUK SELAMAT
KAH KAH KAH
KHALAS
Hassan yakin Anwar bin Ibrahim perlu kembali ke Permatang Pauh
Seorang ahli parlimen senior percaya PKR mampu merampas semula kerusi Permatang Pauh sekiranya Anwar bin Ibrahim kembali bertanding di kawasan berkenaan dalam PRU akan datang.
Malah, pada perkiraan Hassan Abdul Karim, kemunculan semula Presiden PKR dan perdana menteri di kawasan Permatang Pauh akan turut menyumbang kepada pengukuhan parti berkenaan di negeri-negeri utara.
Bercakap dalam audio siar Kini Jelas terbitan KiniTV, Ahli Parlimen Pasir Gudang itu turut mengakui Permatang Pauh tidak lagi boleh dianggap sebagai kerusi yang benar-benar selamat buat PKR ekoran tercetus “gelombang hijau” PAS serta prestasi kukuh PN di kawasan utara.
Permatang Pauh terlepas daripada penguasaan PKR pada PRU ke-15 walaupun ia ditandingi anak perempuan Anwar bin Ibrahim, Nurul Izzah, yang cuba mempertahankannya.
Dia kalah kepada calon PAS-PN, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dengan perbezaan 5,272 undi.
Turut terlepas kepada PN ialah semua tiga kerusi DUN yang ada di bawah Permatang Pauh iaitu Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya.
Anwar bin Ibrahim membuat kemunculan pertama sebagai ahli parlimen – selepas menyertai Umno – dengan menjadi calon BN di situ. Sejak itu kerusi tersebut kekal menjadi milik Anwar bin Ibrahim atau isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismaill, atau Nurul Izzah.
Wan Azizah serta Nurul Izzah memenangi kerusi tersebut atas tiket PKR.
Permatang Pauh juga mencatat sejarah apabila ia pernah menjadi satu-satunya kerusi parlimen yang dimenangi PKR semasa parti itu menyertai PRU 2004.
Menurut Hassan, Anwar bin Ibrahim merupakan seorang “beruang” dan ia dibuktikan dengan percaturan ahli politik berusia 78 tahun itu bertanding di Tambun pada PRU ke-15 ketika orang ramai menganggap Perak adalah negeri yang sukar ditembusi PH.
“Tetapi apabila beliau bertanding di sana, itu bermakna beliau sudah membuat perkiraan dan merasakan boleh menang, dan akhirnya terbukti beliau memang menang walaupun majoritinya sekitar 4,000 undi.
“Majoriti itu bukan kecil, ia agak signifikan. Jadi jika Anwar bin Ibrahim mahu mempertahankan Permatang Pauh, beliau seorang pejuang. Jika beliau sanggup berada di sana, itu juga bermakna rakyat Permatang Pauh mempunyai tanggungjawab.
“Maksudnya, sama ada mahu mereka menyokong Anwar bin Ibrahim atau menamatkan kerjaya politiknya di situ,” kata Hassan.
Ubah status kerusi Permatang Pauh
PRU yang berlangsung pada 2022 itu menyaksikan Anwar bin Ibrahim lari ke Tambun untuk dalam pertandingan empat penjuru. Dia mengalahkan penyandang, Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Bersatu-PN.
Dua lagi calon yang mencuba nasib di situ ialah Aminuddin Hanafiah (BN) dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang).
Anwar menawan kerusi itu dengan majoriti 3,736 undi.
Hassan berkata, dari sudut “moral”, Anwar bin Ibrahim mempunyai kekuatan tersendiri.
“Jika Anwar bin Ibrahim bertanding di sana (Permatang Pauh), ia akan menaikkan semangat PKR di wilayah utara, khususnya di Kedah dan Pulau Pinang.
“Sama seperti ketika beliau memasuki Tambun sebelum ini, ia membantu PH di Perak,” tambahnya.
Bekas Pengerusi PKR Johor itu turut menganggap Permatang Pauh sebagai “kerusi yang sangat sentimental” kepada parti berkenaan, justeru Nurul Izzah juga perlu mempertimbangkan kemungkinan untuk bertanding semula di kerusi itu.
Kata Hassan, hal itu kerana Nurul Izzah baru sekali kalah di kerusi tersebut.
“Status Permatang Pauh boleh berubah daripada kerusi marginal kepada, insya-Allah kerusi boleh menang, jika Anwar bin Ibrahim sebagai perdana menteri menjadi calonnya.
“Tempat itu juga merupakan lokasi beliau mula bertanding pada tahun 1982 di bawah Umno-BN, jadi ia bukan asing bagi beliau,” tambah Hassan.
Pada Selasa lalu, Malaysiakini menyiarkan laporan berdasarkan analisis dalaman yang menunjukkan unjuran bahawa PKR dalam mod berjaga-jaga ketika berdepan dengan realiti bahawa banyak kerusi tradisi mereka semakin terancam.
Dokumen bertajuk Analisis Strategik PRU16: Ringkasan Mengikut Tier itu dibentangkan pada 2 Mei lalu di hadapan hampir 900 pemimpin parti di seluruh negara.
Fokus kajian PKR itu ialah terhadap 66 kerusi parlimen pada PRU akan datang.
Sasar kerusi gagal menang
Daripada jumlah itu, PKR mengklasifikasikan kerusi-kerusi tersebut kepada empat tier (kategori) dengan tujuh berada pada kedudukan teratas (kuat atau selamat), diikuti 13 kerusi di Tier 2A (hampir kuat), 17 kerusi di Tier 2B (marginal/kompetitif), dan 29 kerusi sebagai Tier 3 (sukar).
Dapatan itu menunjukkan sebahagian besar kerusi yang dikaji – iaitu sebanyak 46 kerusi (Tier 2B dan Tier 3) – berada dalam zon berisiko tinggi atau memerlukan pemulihan imej yang serius.
Sebagai perbandingan, dalam PRU ke-15 PKR memenangi 31 daripada 81 kerusi parlimen yang ditandinginya. Ia merupakan kemerosotan berbanding PRU ke-14 (2018) apabila parti itu memperoleh 47 kerusi.
Antara kerusi yang dimenangi pada PRU ke-15 tetapi kini diletakkan dalam kategori Tahap 2B (marginal) ialah Tambun.
Mungkin perkara paling signifikan bagi penyokong reformasi ialah pengelasan berterusan Permatang Pauh dalam kategori Tahap 2B.
PKR juga dilihat menyasarkan 29 kerusi yang gagal dimenangi mereka pada PRU lalu.
Antaranya ialah Kuantan – yang ditandingi Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh; Kulim-Bandar Baharu (Saifuddin Nasution Ismail); Indera Mahkota (setiausaha politik Anwar bin Ibrahim Ahmad Farhan Fauzi, disebut-sebut bakal dinamakan sebagai calon); serta Pagoh (kini disandang Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin).
TAK CUKUP NUMBO
EKAO TAK CUKUP
NUMBO
KAH KAH KAH
MELAYU TAK
SOKONG EKAO
NASIB BAIK
ADO CINO DAP
KAH KAH KAH
APAK DEN BAGI
KAO KERUSI
ITU PISANG OMEH
JANGAN LUPO
KHALAS
Istana tuju pantun pada Anwar: ‘Hutang budi dibawa mati’
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mengambil maklum akan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkaitan peruntukan pusat kepada negeri itu.
“Sehubungan itu, saya ingin menegaskan pendirian agar negeri Pahang diberikan layanan serta pertimbangan yang saksama,” titah baginda dalam kenyataan media malam ini.
Dalam kenyataan media ringkas itu juga, yang julung-julung kali dikeluarkan, Tengku Hassanal sempat memetik pantun lama, tanpa huraian, yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Pantun itu berbunyi seperti berikut:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Peruntukan pada Pahang besar, kata Anwar
Terdahulu, Anwar berkata dia akan meminta Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan menyediakan penjelasan menyeluruh berhubung peruntukan pusat kepada Pahang untuk dikemukakan kepada Tengku Hassanal.
Katanya, Tengku Hassanal juga akan diberikan penerangan berkaitan kedudukan makroekonomi negara, tekanan ekonomi semasa dan isu pembaziran yang masih berlaku dalam pelbagai sektor.
“Saya hormat Tengku Mahkota... (tetapi) peruntukan kepada negeri Pahang itu besar, bukan kecil. Saya akan minta Menteri Kewangan II menulis dan memberikan penjelasan keseluruhannya mengenai peruntukan untuk negeri Pahang serta keadaan ekonomi semasa.
“Sebagai rakyat, kita hormati dan kita teliti dengan baik,” kata Anwar mengulas teguran Tengku Hassanal hari ini.
Tengku Mahkota Pahang semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pahang ke-15 hari ini bertitah mempersoalkan peruntukan pusat.
Menurut baginda, Pahang menerima kelulusan 133 projek baru dan 434 projek sambungan dengan nilai keseluruhan RM3.386 bilion.
“Saya tidak mahu melihat berlakunya ketirisan, kelewatan mahupun pembaziran. Setiap sen peruntukan mesti dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat,” titah baginda.
Selain itu, Tengku Hassanal juga turut menyatakan rasa kecewa dengan tindakan pusat tidak meluluskan usaha kerajaan Pahang untuk menambahkan hasil negeri antaranya melalui eksport pasir sungai.
PARTI BARU AKAN KALAH
HAMZAH ADA
PARTI BARU
AMIN
RAFIZI ADA
PARTI BARU
AMIN
SEMUA AKAN
KALAH KERANA
TAK TURUN
KE JALAN RAYA
KHALAS
NGO India mahu jadi sayap parti baru Hamzah
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India yang dikenali sebagai Perpaduan Pertubuhan Puratchi (Puratchi) mengumumkan sokongan mereka terhadap ketua pembangkang Hamzah Zainudin pada PRU16.
Pengerusi pertubuhan itu, K Umagandhan mendakwa bahawa Puratchi memiliki keanggotaan lebih 12,000 orang di seluruh negara dan bersedia menjadi sayap politik untuk sebarang platform yang bakal diterajui Hamzah, termasuk parti baru.
"Kami ada 4,000 ahli dalam institusi politik (parti politik yang lain) dan 10,000 hingga 12,000 dalam pentadbiran cawangan.
"Kami telah memutuskan untuk bergerak ke arah politik utama. Kami akan bentuk sebuah parti bersama Hamzah," kata Umagandhan dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Terdahulu, pertubuhan itu mengadakan perjumpaan dengan Hamzah petang tadi.
ADS
Menurut Umagandhan, pada masa ini pertubuhannya tidak berhasrat untuk mendaftar parti baru buat masa ini kerana kekangan prosedur Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
"Kami akan bertindak sebagai institusi politik bagi memperjuangkan komuniti India dan menyokong kepimpinan Hamzah.
"Walaupun, Hamzah kini tidak mempunyai parti selepas dipecat, kami percaya dia mempunyai masa depan.
ADS
"Kami akan menyokong dia berdasarkan keyakinan itu. Kami akan menubuhkan sayap sekiranya dia menubuhkan parti baru, atau kekal sebagai sayap dalam pergerakan 'Reset' yang ditubuhkan Hamzah baru-baru ini," katanya.
Pertubuhan Puratchi, katanya, didaftarkan secara rasmi pada 2019, sebelum ini dikenali sebagai sebuah NGO yang mengetengahkan isu-isu sosial dan hak rakyat.
Menurut Umagandhan, pertubuhan itu mempunyai cawangan di 10 negeri, telah menganjurkan lebih 200 program sejak 2014, termasuk bantahan terhadap isu pendidikan, pekerjaan dan isu berkaitan masyarakat India di negara ini.
Hamzah dipecat daripada Bersatu pada Februari lalu susulan perselisihan dengan pucuk pimpinan partinya.
Dia yang juga ahli parlimen Larut kini dikaitkan dengan usaha menubuhkan parti baru, walaupun desas-desus itu masih belum disahkan secara rasmi.
Sementara itu, Umagandhan berkata pihaknya akan menganjurkan persidangan politik kebangsaan Puratchi pada 4 hingga 6 bulan ini, bertujuan untuk mengesahkan penubuhan institusi politik berkenaan.
Malaysiakini telah menghubungi Hamzah untuk komen.
LEPAS LAWATAN KE CHINA - PERANG SEKALI LAGI
GENCATAN SENJATA
INI HANYA TEATER
AMIN
TERAM NAK
LAWAT CHINA
NAK DI LIHAT
BAIK
KAH KAH KAH
LEPAS ITU
PERANG KEMBALI
AMIN
Tindakan AS serang 2 kapal tangki Iran cetus tindak balas Tehran
TEHRAN: Serangan jet pejuang Amerika Syarikat (AS) melumpuhkan dua kapal tangki berbendera Iran bagi menguatkuasakan sekatan pelabuhan, sekali gus meningkatkan ancaman terhadap gencatan senjata yang sememangnya rapuh.
Perkembangan itu turut gus mencetuskan serangan balas Tehran dan menggugat gencatan senjata ketika Tehran meneliti cadangan terbaharu Washington untuk menamatkan perang di Asia Barat.
Pegawai Iran menuduh AS melanggar gencatan senjata menerusi serangan ke atas kapal tangki itu serta menjejaskan usaha diplomatik bagi menamatkan konflik.
Pada masa sama, gencatan senjata di Lubnan turut berdepan tekanan apabila Hizbullah yang disokong Iran melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah pangkalan tentera di Israel.
Ia sebagai tindak balas terhadap serangan baru-baru ini di Beirut dan serangan berterusan di selatan negara itu, yang menurut pihak berkuasa Lubnan, mengorbankan 11 orang pada Jumaat.
Markas Pentadbiran Pusat AS (CENTCOM) berkata sebuah pesawat F/A-18 Super Hornet menggunakan senjata tepat pada Jumaat terhadap dua kapal di Teluk Oman — laluan masuk ke Selat Hormuz yang penting — bagi menghalang kapal itu daripada meneruskan pelayaran ke Iran.
Seorang pegawai tentera Iran memberitahu media tempatan bahawa tentera laut negara itu 'bertindak balas terhadap pelanggaran gencatan senjata dan keganasan AS dengan serangan balas' serta 'pertempuran kini sudah berakhir.'
Kes terbaharu itu berlaku selepas ketegangan tercetus semula di selat berkenaan, yang kawalannya disamakan oleh penasihat pemimpin tertinggi Iran seperti 'memiliki bom atom'.
Washington menerusi pengantara Pakistan, mengemukakan cadangan kepada Iran untuk melanjutkan gencatan senjata di Teluk bagi membolehkan rundingan penyelesaian muktamad konflik yang tercetus 10 minggu lalu susulan serangan AS-Israel ke atas Iran.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, berkata pada Jumaat bahawa cadangan itu masih dalam penelitian, menurut agensi berita ISNA.
Wakil Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeed Irvani, menuduh AS melanggar gencatan senjata menerusi serangan terhadap kapal tangki Iran dalam surat kepada Setiausaha Agung PBB dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Menteri Luar Iran, Sayed Abbas Araghchi, dalam perbualan dengan rakan sejawatnya dari Turkiye turut menyuarakan keraguan terhadap kesungguhan serta komitmen AS untuk menyelesaikan konflik itu menerusi saluran diplomatik, menurut agensi berita Tasnim.
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, bertemu Naib Presiden AS, JD Vance, di Washington pada Jumaat dan membincangkan usaha diterajui Pakistan untuk memeterai keamanan berkekalan.
SEmentara itu, imej satelit menunjukkan tompokan minyak sedang merebak di luar pesisir Pulau Kharg, Iran, iaitu terminal utama eksport minyak bagi republik Islam itu.
Punca sebenar tumpahan yang dilaporkan itu masih belum dapat dipastikan.
Tompokan itu dikesan di luar pesisir pantai barat pulau berkenaan dan dipercayai meliputi kawasan lebih 52 kilometer persegi, menurut pemantau global Orbital EOS.
Pulau Kharg adalah nadi kepada industri eksport minyak Iran, yang menjadi tonggak kepada ekonomi negara itu yang terjejas, dan terletak di Teluk Parsi, di utara Selat Hormuz yang sempit. - AFP
BAHAYA BESAR KEPADA NEGARA
PEDATANG HARAM
JADI MASALAH
BESAR PADA
MALAYSIA
AMIN
DI UK - DI JERMAN
DI ITALI - DI EROPAH PEDATANG HARAM
KINI JADI MASALAH
NASIONAL NEGARA
KHALAS
23 lelaki, seorang wanita China diusir pulang ke negara asal
SEMPORNA: Seramai 24 warga China dihantar pulang ke negara asal selepas ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah di Semporna, bulan lalu.
Semua mereka membabitkan 23 lelaki dan seorang wanita dewasa disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia selepas didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Pengarah Imigresen Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata penghantaran pulang itu dilaksanakan kelmarin hasil tangkapan menerusi Ops Kutip, Ops Mahir dan Ops Sapu yang dijalankan di Semporna pada 21 April lalu.
Operasi berkenaan membabitkan pemeriksaan terhadap 45 individu sebelum 34 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
"Semua yang ditahan terdiri daripada 33 warga China membabitkan 30 lelaki dan tiga wanita dewasa serta seorang lelaki warga Pakistan.
"Mereka disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, proses siasatan dan pendakwaan terhadap sebahagian tahanan itu dibuat di Mahkamah Sesyen Tawau pada 4 Mei lalu membabitkan sembilan warga China.
Katanya, enam lelaki warga China didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 namun mengaku tidak bersalah sebelum dibebaskan dengan jaminan mahkamah hingga kes disebut semula pada 11 Jun depan.
"Sementara itu, dua wanita dan seorang lelaki warga China pula dituduh atas dua kesalahan iaitu mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah dan membayar denda bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, namun tiada jaminan diberikan mahkamah bagi pertuduhan mengikut Peraturan 39(b)," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)


.jpeg)


