Rabu, 21 April 2021

SUDAH MELAMPAU - SELAMATKAN PEMIMPIN ISLAM

 



PENDAKWA

 SUDAH

MELAMPAU

AMIN

PEMIMPIN ISLAM

DIHINA

DI PELEKEH

AMIN



Pendakwa tembak

 hujah Najib 

RM42j duit 

'derma Arab'
PEMBELAAN Najib Razak bahawa duit yang masuk ke akaunnya adalah sumbangan derma keluarga diraja Arab Saudi tidak boleh dipertahankan dan mesti ditolak oleh mahkamah, hujah ketua pendakwa raya V Sithambaram di Mahkamah Rayuan hari ini.

Katanya, dakwaan Najib itu yang selalu diulang-ulang hanya helah.

Dalam penghujahannya menangkis rayuan bekas perdana menteri terhadap sabitan dan hukuman atas pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, Sithambaram mematahkan satu demi satu pembelaan Najib kononnya duit itu “derma Arab”. 

Menurut Sithambaram, keterangan Najib dan beberapa saksi pembelaan tentang tarikh pertemuan dengan Raja Abdullah yang diatur oleh ahli perniagaan Low Taek Jho dan tentang duit derma itu bercanggah.

Jelas beliau, Najib berkata pertemuan dengan Raja Abdullah diadakan bersama bekas duta Malaysia ke Arab Saudi Syed Omar Al-Saggaf (saksi pembela ke-4), bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom (saksi pembela ke-5) dan bekas menteri luar Anifah Aman (saksi pembela ke-6) pada Januari 2010.

Katanya, pihak pembela mengatakan percanggahan itu kerana ingatan yang tidak konsisten sementara Najib juga berkata janji derma itu berdasarkan makluman daripada Jho Low.

“Perayu boleh saja dengan mudah mengarahkan Syed Omar, Jamil Khir atau Anifah untuk mengesahkan dengan raja Arab atau pihak istana tetapi sebalik memilik untuk bergantung pada Jho Low.

“Tiadanya pengesahan daripada saluran rasmi yang lazimnya berlaku antara pemimpin negara berdaulat jelas menunjukkan bahawa apa yang kononnya derma Arab hanya pembelaan yang palsu,” kata peguam kanan itu.

Sithambaram juga berkata Jamil Khir malam mengaku tidak kenal Jho Low.

“Adakah ini urusan pintu belakang,” tanyanya.

Duit ajaib

Pihak pendakwaan juga berkata sangat menakjubkan apabila duit itu “muncul secara ajaib” dalam akaun Najib pada ketika ia diperlukan, biasanya ketika jumlah dana dalam akaun itu menyusut atau sudah terlebih keluar.

“Nampaknya keluarga diraja Arab siap sedia untuk masukkan duit apabila perayu memerlukannya,” kata Sithambaram.

Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa pembelaan Najib bahawa duit itu derma adalah rekaan.

“Sebelum perayu dirakam kenyataannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Disember 2015, tuduhan mengenai salah laku jenayah ini sudah jadi pengetahuan umum pada Julai sebelumnya.

“Pihak pembela mendakwa perayu sudah memaklumkan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai derma itu dan menyerahkan empat surat dari Arab kepada Ambank dan BNM.

“Salinan asal surat Arab itu tidak pernah dikemukakan di mahkamah sementara pihak yang mengeluarkan surat juga tidak dipanggil untuk membuktikannya,” kata Sithambaram.

Peguam kanan itu juga membangkitkan kepada Mahkamah Rayuan bahawa hakim bicara Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nadzlan Mohd Ghazali juga menyuarakan keganjilan keputusan perayu memulangkan duit yang tidak dipakai, yang berjumlah AS$620 juta selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Hakim itu menulis dalam penghakimannya bahawa Najib tidak pernah menghubungi raja Arab untuk menjelaskan alasan wang tersebut dipulangkan, dan juga tiada pengesahan penerimaan pulangan.

“Soalan saya, kenapa pulangkan duit itu… kenapa takut orang tahu duit itu ada dalam akaunnya?

“Beliau (Najib) sepatutnya tulus dan telus mengenainya… berita sumber duit itu. Sebaliknya, beliau tidak berita sesiapa… Kabinet juga tidak tahu… siapa pun tidak tahu,” katanya.

Nadzlan pada 28 Julai tahun lalu mendapati Najib bersalah atas semua tujuh tuduhan pecah amanah, mengubah wang haram dan menyalah guna kuasa.

Pihak pendakwaan menegaskan mereka mempertahankan keputusan hakim bicara itu.

Najib kini dikenakan ikat jamin RM2 juta sementara menunggu keputusan rayuan.

Rayuan didengar panel tiga hakim Abdul Karim Abdul Jalil, Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat. – 21 April, 2021.

 UMMAH WAJIB

SELAMATKAN

PEMIMPIN ISLAM

AMIN

TEMPAT PALING

SELAMAT UNTUK

DIA BERIBADAH

AMIN

UNTUK

BERGEDUBAH

AMIN

UNTUK 

BERMUNTAH

DARAH

HANYA DI MASJID

SUNGAI BULUH
KAH KAH KAH



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tolon la tt jangan up isu azila bunuh altantuya. Ini cerita sudah sejuk tiba tiba lu kasi up dalam entri kes amoi ni. Ini boleh bikin razak dan anaknya panas montot wooo. Itu dsp melayu pun goyang.kahkahkahkahlah