Sabtu, 16 Julai 2022

KES RARE LAGI TAKJUB



Keluarga lelaki terpotong kepala zakar kesal pejabat AG mohon tolak keputusan Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga seorang lelaki yang terpotong kepala alat kemaluan ketika berkhatan 12 tahun lalu kesal dengan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang didakwa memohon untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes itu.

Mangsa sepatutnya menerima ganti rugi sebanyak RM3.1 juta menerusi kes yang telah pun berjalan lebih 10 tahun.

Peguam mangsa, Mohamad Zainuddin Abu Bakar berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mendapati kakitangan Hospital Daerah Kuala Lipis dan Hospital Pakar Selayang telah melakukan kecuaian 100 peratus ketika menjalankan tugasnya hingga menyebabkan kepala alat sulit mangsa terputus.

Katanya, kes itu menjadi panjang kerana terdapat fakta bahawa kepala zakar plaintif iaitu Amir Lokman, 22, telah putus namun, perkara itu telah disembunyikan oleh semua kakitangan di kedua-dua hospital terbabit daripada diketahui ahli keluarga mangsa.

“Bagaimanapun, Hakim, Datuk Akhtar Tahir memberi arahan perbicaraan difokuskan kepada post circumcision (selepas berkhatan) untuk memastikan keadaan sebenar kepala zakar glen penis plaintif telah terputus ataupun tidak dan sama ada perbuatan kakitangan kedua-dua hospital itu wajar ataupun tidak.

“Daripada keterangan saksi sepina yang merupakan pembantu perubatan telah menjalankan prosedur berkhatan ke atas plaintif membuat pengakuan bersumpah di hadapan hakim bahawa beliau telah terpotong putus glen penis kepala zakar plaintif.

“Hakim, Datuk Akhtar kemudiannya telah mendapati kepala zakar yang terputus tidak dimasukkan di dalam plastik air daripada mula ia tiba di Hospital Kuala Lipis hinggalah ke Hospital Selayang dan seterusnya pada masa pembedahan penyambungan dibuat di mana darah dalam glen penis plaintif telah kering dan penyambungan tidak boleh dibuat,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Zainuddin, perbicaraan itu tidak melibatkan liabiliti kecuaian pembantu perubatan defendan pertama yang melakukan prosedur.

Katanya, plaintif dan defendan pertama melalui peguamnya telah membuat pembayaran di mahkamah dengan pampasan sebanyak RM90,000 sahaja berkaitan liabiliti defendan pertama.

Tambahnya, perkara yang berlaku telahpun menyebabkan keluarga mangsa kecewa selepas mendapat tahu terdapat penyembunyian fakta hingga membawa kepada kes yang panjang dan mengelirukan.

“Pihak kerajaan sepatutnya mengambil sikap bertanggungjawab sepenuhnya dengan akur keputusan Hakim, Datuk Akhtar yang telah membenarkan tuntutan dibuat diatas kecuaian melibatkan kakitangan di premis kerajaan,” ujarnya.

Sementara itu, ibu mangsa, Norhamsiah Ahmad Lathim ketika ditemui pada sidang media sama berkata, dia mengharapkan keadilan dapat diberi kepada anaknya.

Katanya, anak bongsunya itu kini menjadi seorang yang pendiam dan hanya berkawan dengan budak-budak yang lebih rendah usia daripadanya.

“Dia jadi segan nak jumpa dengan orang dan hanya pendam perasaan yang tidak dapat diluahkan.

“Dia hanya duduk di rumah tolong saya buat kerja dan tidak bergaul dengan orang yang lebih usia daripadanya… mungkin dia berasa malu dengan kekurangan yang ada pada dirinya itu,” katanya.


Datuk saudara mangsa pula, Mustafa Hassan membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara kerana merasakan tiada keadilan terhadap apa yang berlaku kepada cucu saudaranya itu.

Katanya, ia bukan isu berkaitan tuntutan yang akan diperoleh tetapi apa yang berlaku melibatkan masa depan cucu saudaranya itu.

“Kami hanya mahukan keadilan buatnya…ini melibatkan masa depan dia.

“Saya ni walaupun atuk saudara tapi bila lihat cucu diperlakukan sebegini saya rasa sangat sedih. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan lelaki yang terpotong kepala alat kemaluan ketika berkhatan 12 tahun lalu, menerima ganti rugi sebanyak RM3.1 juta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan Malaysia dan empat yang lain.

Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa semua defendan melakukan kecuaian terhadap keadaan dialami plaintif yang kini berusia 22 tahun.

Katanya, mahkamah membenarkan ganti rugi khas seperti dinyatakan iaitu RM108,356, selain ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif oleh semua defendan. –

BERILAH

KEADILAN

AMIN

ANAK MUDA

INI HILANG SATU

NIKMAT HIDUP

AMIN

NIKMAT YANG

TAK DAPAT

DI NILAI

AMIN

3 JUTA  RINGGIT

INI BUKAN NILAI

KEPALA BUTUH

AMIN

KEPALA BUTUH

TIDAK DAPAT DINILAI

AMIN

INI DENDA KERANA

POTONG  KULUP

TAPI YANG

DIPOTONG

KEPALA KONTOL

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

hamim berkata...

Cuba gambarkan butuh yang tidak ada kepala

Tanpa Nama berkata...

Siasat juga AG

Tanpa Nama berkata...

Kenape bangang sangat orang melayu. Tuhan dah buat elok kepala butuh di tutup dengan kulit, di alter pulak, dipotong melawan kejadian alami.