Jangan letak mereka yang ada kes mahkamah di Kabinet, kata Nik Nazmi
KABINET yang akan dibentuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu menetapkan standard yang tinggi dengan tidak melibatkan wakil rakyat yang sedang berdepan kes di mahkamah, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata ia penting bagi mengelak timbulnya pertikaian integriti memandangkan kes mereka sedang dalam perbicaraan.
“Yang terbaik dan paling ideal, saya fikir tidak letakkan mereka (yang ada kes mahkamah) dalam Kabinet supaya tidak timbul isu kelak selain rakyat sangat tekankan selepas Pilihan Raya Umum ke1- (PRU14_ pada 2018 lalu hingga kini adalah soal rasuah,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian.
Antara wakil rakyat yang sedang dibicarakan termasuklah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
September lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan Zahid tanpa dibebaskan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie dalam kes rasuah berkaitan Ultra Kirana Sdn Bhd, syarikat yang diberikan kontrak sistem visa pekerja asing ketika beliau menjadi menteri dalam negeri.
Bagaimanapun, Zahid masih mempunyai kes korupsi lain melibatkan 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan nilai jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Guan Eng pula sedang dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk menerima RM3.3 juta rasuah sebagai habuan membantu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) mendapatkan kontrak bernilai RM6,341,383,702.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, Komtar, George Town, antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Syed Saddiq pula didakwa atas tuduhan pecah amanah, salah guna aset dan pengubahan wang haram.
Beliau dituduh bersubahat dengan bendahari Pemuda Bersatu ketika itu, Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahguna dana itu di Menara CIMB KL Sentra, Jalan Sentral 2, pada 6 Mac 2020.
Ketika kesalahan dilakukan, Syed Saddiq adalah ketua Pemuda Bersatu yang diamanahkan mengawal dana itu. – 27 November, 2022.
4 ulasan:
Dong diskriminet MP kanot spit engriss. Can apoieng all of them to DBP as chairman deputy chairman secretary general and AJK. If give them minister post difikel one like tuan ibraheng last taim go obersea talk malay oni. Kanot spit engriss difikel to function at obersea forum dong belief ask noh ekontrulate. Kanot be minister go to Kelantan Trengganu Pahang and ader Malaysian states oni. Kan not.
betul tu
"Kita Negara pengeluar minyak takkan minyak mahal.."
ini yang kita mahu
Udah lah babi tak yah letak gambo nuar.
Kah kah kah entah lah pemikiran orang Melayu sekarang, dulu masa pemimpin rasuah cium tangan, sekarang dah masuk DSAI semua nak perubahan segera, nak Maggie segera dua minit, tak mahu itu, tak mahu ini, pandai pulak mintak macam-macam kah kah kah cium tangan tarak kah, nak suci terus kah? Entah lah pening semua, tak mahu kluster tak mahu korupsi tak mahu adil saksama, kah kah kah ingatlah dia bukan Tuhan boleh kena tipu, Zam Zam Allah Ka zaam siap semua, kena kira berapa sudah curik, berapa hutang berapa kena bayar berapa kena tanggung makan berak semua, kah kah dalam pada itu ada jugak lebaik kata agung pun kena tipu, bagus lah nasib baik lah agung ada sekolah tinggi susah kena tipu masam masam kamu kah kah syukur Alhamdulillah
Catat Ulasan