JALANI HUKUMAM
SEBELUM
DI AMPUN
KHALAS
Tuduhan rasuah dan pemenjaraan
Harun Idris dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun setelah didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM250,000 dari Hong Kong and Shanghai Banking Corporation. Beliau dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 6 bulan lagi setelah didapati bersalah menyalahgunakan wang Bank Kerjasama Rakyat sebanyak RM8 juta. Harun ketika itu ialah Pengerusi Bank Rakyat. Kertas putih mengenai masalah Bank Rakyat dikeluarkan pada 1979.
Harun dipersalahkan kerana tuduhan rasuah berkaitan dengan Bank Rakyat. Pada tahun 1975, perlawanan tinju antarabangsa diadakan di Kuala Lumpur antara Muhammad Ali dari Amerika Syarikat dengan Joe Bugner dari Britain. Pertandingan ini tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya menyebabkan beliau dibicarakan dan dihukum penjara selama 8 tahun.
Pada 1 Mac 1977, Harun dipenjarakan di Penjara Pudu selama tiga setengah tahun, iaitu selepas menjalani setengah daripada hukumannya yang sepatutnya tamat pada tahun 1984. Beliau dibebaskan pada tahun 1981 selepas Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.
Harun dipenjarakan kerana Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, seorang yang tegas dan memegang prinsip undang-undang.
Ketika itu pengerusi Biro Siasatan Negara (BSN) / BPR / SPRM ialah Harun Hashim - juga seorang yang tegas. Penyokong Harun meminta jasa baik Tunku Abdul Rahman agar Harun dibebaskan. Tunku menasihati Harun menerima hukuman itu dan kemudian membuat rayuan. Rayuan dikemukakan kepada Tun Hussein selaku Perdana Menteri, tetapi rayuannya ditolak.
Pada 28 Julai 1981, Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah mengadakan Persidangan Lembaga Pengampunan. Laporan dari penjara dan jasa-jasa Harun dipertimbangkan. Pada 1 Ogos 1981, Harun dibebaskan oleh Lembaga Pengampunan. Maka pada 31 Ogos 1981, Sultan Ahmad Shah memberi pengampunan kepada Harun sempena Jubli Perak Merdeka. Harun dipilih sebagai Naib Presiden UMNO, kedudukan ke-3 dalam hierarki UMNO pada tahun 1981.
1 ulasan:
Buat kajian kenapa orang suka rasuah? Apa salah yang berlaku atau kerana peluang, atau kuasa ? Kenapa orang kita minat rasuah? Adakah kerana ada petanda taubat, maaf zikir zakat cuci dosa rasuah sehingga berulangkali berlaku, bukan semua dapat rasuah, cuma siapa ada kuasa jawatan pangkat pingat yang boleh meminta rasuah betul tak? Ini masalah negara, kerana rasuah sebagai barah menular menjangkau semua, etnik mana suka sangat rasuah, kenapa tiada vaksin untuk cegah rasuah? Ajaran agama sempurna atau tidak atau asyik jilat puki, bulu ketiak jadi fokus para alim sekarang? Kenapa tiada fatwa kafirkan orang rasuah ini? Saja tanya tanya mohon pencerahan wahai TT? Asyik cerita pasal MCKK perjalanan hidup lama dah tak guna, cuba cerita visi negara kerana majoriti rasuahnya orang kita saja, yang tangkap sedikit rasuah setiap hari atas bawah tepi kiri kanan amin, jangan lupa kah kah kah selalu ya
Catat Ulasan