Ahad, 16 April 2023

HARGA BARANG MAHAL - PENCURI NAK DI BEBAS




Orang ramai kunjungi bazar Ramadan tapi daya beli kurang

BAZAR Ramadan di tengah kota besar dikunjungi ramai orang tahun ini berbanding tahun lalu, kata Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Kuala Lumpur.

Presidennya Muhamad Baba Kutty berkata harga bahan makanan kekal tinggi.

“Bahan mahal jadi peniaga tak boleh jual makanan mereka dengan murah,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Persatuan itu memiliki kira-kira 700 ahli yang memiliki gerai di bazar Ramadan di bandar.

Katanya pembeli kini lebih memilih dan berhati-hati dalam membelanjakan wang mereka.

“Mereka hanya membeli barang yang tertentu dan bukan beli pelbagai jenis makanan. Tapi jika harganya murah mungkin mereka beli lebih.

“Tahun lepas orang ramai belanja lebih sebab harga lebih murah,” katanya.

Kata Muhamad bazar di Desa Pandan bazaar dikunjungi lebih 2,000 orang setiap hari namun kuasa membeli mereka tidak tinggi.

Katanya, penjaja yang tidak menaikkan harga makanan terpaksa mengurangkan kuantiti makanan yang dijual.

Peniaga tepung pelita di bazar Desa Pandan Hafiz Moktar berkata jualannya tidak sebaik tahun lalu.

“Orang yang datang ramai tapi mereka berhati-hati semasa berbelanja.

“Tahun lepas jualan baik sebab kerajaan bagi banyak insentif untuk orang ramai berbelanja seperti kebenaran mengeluarkan KWSP.

“Kami jangka perniagaan jatuh 20 hingga 30%,” katanya.

Katanya, dia terpaksa menaikkan harga sebekas tepung pelita daripada RM4 kepada RM5 susulan kos yang tinggi.

Penjual kuetiau Azrul Hisham berkata perniagaannya jatuh hampir 50%.

“Tahun lepas kami boleh jual sampai 150 bungkus sehari tapi tahun ini 60 sahaja terjual.

“Kami juga terpaksa naikkan harga untuk mi udang RM2 sebab harga udang makin mahal,” katanya.

Peniaga ikan bakar Azaidy Othman turut menyuarakan isu yang sama tahun ini.

“Jualan kami jatuh 30-40% tahun ini. Kami juga tiada pilihan terpaksa menaikkan harga makanan kai.

“Ia bergantung kepada ikan yang kami beli. Kadang-kadang mahal, kadang-kadang murah.

“Satu set ikan bakar harga RM10-12 mengikut saiz ikan. Tahun lepas kami jual RM8 satu set dan boleh jual sampai 100 set sehari. Tahun ini nak dapat jual 40 set pun susah,” katanya.

Di bazar Ramadan di Chow Kit, peniaga turut melahirkan kebimbangan soal kekurangan pembeli.

Peniaga kuih Enia Razak berkata pengunjung berkurang tahun ini.

“Masih ada seminggu lagi dan kami harap ada pertambahan pelanggan,” katanya.

Katanya, dia juga terpaksa menaikkan harga jualannya.

“Tahun lepas sebekas kuih harga RM18 tapi tahun ini dalam RM22

“Selalunya kami dapat kira-kira 100 pelanggan sehari tapi sekarang kami hanya dapat dalam 70 orang. Perniagaan kami jatuh dalam 30%,” katanya.

Penjual pakaian Sakamah Jaafar berkata kedainya agak kurang pelanggan pada Ramadan kali ini.

“Tahun lepas dapat jual 15 baju sehari. Tahun ini syukur kalau dapat jual dua helai. Kami lihat pembeli makin kuran

“Perniagaan pun tidak konsisten tahun ini tak macam tahun lepas. Saya harap lepas ini perniagaan akan laku,” katanya. – 16 April, 2023.

BARANG ASAL

MAHAL

BILA BUAT KUIH

TERPAKSA JUAL

HARGA MAHAL

AMIN

INI SEDANG 

BERLAKU

AMIN

DUIT PULAK JADI

MURAH

AMIN

GAJI PULAK

DI TAKOK LAMA

AMIN

SEMUA INI AKAN

TERKUMPUL BAWA

KEMARAHAN RAKYAT

BILA PENCURI NAK

DI BEBASKAN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka tak kisah nasib 32 juta orang yang penting seekor ITU kena bebas apa saja cara, minta ampun pasal apa,? Kerana berjuang untuk negara kah? Atau mencuri satu negara? Ini baru seekor, kalau dalam kumpul entah berapa ramai yang sama sama mencuri merompak negara ini sejak Merdeka kah kah kah semua itu tak apa asal kena bebas selepas mahkamah jatuh hukum, lain kali kenapa buang masa, buang masa betul lah kalau semua boleh ampun, banyak senang lah macam itu kah kah kah untung jadi orang Melayu Isle lagu ini, buat apa sekali pun akan bebas kah kah kah hanya golongan kayangan, yang mat rempit mat motor terus menerus masuk masuk woit kah kah kah

albert magic berkata...

Kalau gaji di takuk lama kena ada skim gaji RAHMAH

Tanpa Nama berkata...

gua tenngok ada berita kata orang tak ramai ada berita kata makin banyak makanan dibazirkan.. mana satu fake news ?