Rakyat susah
terpaksa
beli beras import,
makan pun bercatu
MELAKA – Kemelut bekalan beras tempatan yang terputus sejak lebih tiga bulan lalu terus menghimpit pengguna dan peniaga di negeri ini sehingga terpaksa beralih kepada beras import pada harga yang meningkat saban minggu.
Tinjauan MalaysiaGazette di beberapa kedai runcit di Bachang di sini mendapati, rata-rata mereka mempersoalkan sampai bilakah masalah itu perlu dihadapi dalam suasana cabaran ekonomi hari ini.
Ibu tunggal, Zamrah Khalil, 38, berkata, dia terpaksa mencatu beras untuk keperluan harian empat anaknya berusia 4, 9,16 dan 17 tahun kerana terpaksa menggunakan beras import yang tidak terkawal harganya.
“Setiap kali beli beras kampit 10 kilogram (kg), saya akan cari beras tempatan berharga paling murah tanpa melihat jenama itupun sangat susah nak dapat kerana semua kedai tiada stok.
“Suka atau tidak, terpaksalah saya beli beras import pada harga hampir sekali ganda jadi terpaksalah saya kurangkan kuantiti nasi untuk anak-anak,” katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Peruncit, Mohd Nazri Mohd Noor, 45, berkata, kali terakhir dia mendapat bekalan beras tempatan kira-kira empat bulan lalu dan sejak itu pembekal hanya dapat menyediakan beras import yang dijual pada harga RM39 sekampit 10kg.
Mohd Nazri melayan pelanggan di kedai runcitnya yang terpaksa membeli berat import kerana terputus bekalan beras tempatan sejak empat bulan lalu.
“Beras tempatan sekarang ini macam menteri cakap tiada masalah dan tiada kenaikan, tapi berasnya mana? Kali terakhir saya dapat beras tempatan empat bulan lepas.
“Masalahnya pula beras import ini selang seminggu naik harga sampaikan sekarang dah lapan kali kenaikan menyebabkan peniaga pun tak tahan apatah lagi pengguna,” katanya.
Pandangan sama dikongsikan peniaga Sultan Alawuddin HP Jamal Mohd, 53, yang berharap kerajaan tidak hanya pandai beretorik tanpa menceritakan keadaan sebenar.
“Memang terlalu ramai pelanggan terutama peniaga kedai makan merungut susah nak cari beras tempatan sejak hampir dua bulan lalu sehingga saya terpaksa jual beras import.
“Saya harap, kerajaan tolonglah lakukan sesuatu untuk bantu rakyat yang semakin tertekan dengan kenaikan pelbagai barangan asas selain beras,” katanya. –
5 ulasan:
Tanya le Hamzah Ketua Pembangkang PN. Dulu sama keadaan dengan Minyak Masak ropanya dia anak beranak sakaw. Entah2 beras pun sama
TT, den baru tgk bideo abe mat sabu.. kah kah kah kah kah. Dia bg alternative selain nasik, contoh eh mee guren.. beger tepi jalan. Meehun soto kuah sup kosong lotak fisbal, tabur sayo kangkong. Hebat mentoghi² kek malaysia ni, diorg sumo eh pandai bepikir di luar kotak. Byk laie makanan² lain selain nasik yg heboh bona rakyat malaysia la ni kono boli bogheh impot. Padan la muko, mendapek.. dah itu mentoghi² dan palo ketuo negharo yg ekau pangkah tu haghi. Memokak buek apo, terlampau byk mkn nasik.. tu pasal eh bangang. Tak ceghodik nak bezokan manusio yg nak pangkat semato mato dongan yg nak mentadbir negharo. Yg tuo² pun double bangang poie pangkah bee end, mako hadap la apo yg ado. Hadap la maso dopan anak cucu cicit ekau di maso akan datang. Wasalam...
sentasa awas, cakna dan waspada. kesenangan mungkin bawa derita. jangan mudah lali dengan sedikit wang dan makanan melimpah ruah. banyak berpuasa, atau catu makanan walaupun mampu. jangan terhantuk baru teraduh, jangan cermat hanya bila habis tiada berguna. juang kaum tani wajib dikenang membawa nasi kepada kita.
Contoh terbaek utk lawan krisis nasik .. ikut cara Mat Sabu .. elifen here, elifen there. Hamlau ni tiap hari makan Mee dgn Burger je.
terbaik bro..beras bole dijadikan isu untuk mengolah persetujuan agar anwar dijatuhkan..hal berita taiwan tibai mahatir perihal wang haram tu lu bole tutup dulu..lepas anwar jatuh nnt lu bole tibai mahatir dgn ayat2 biasa yakni medey kutty..
Catat Ulasan