Selasa, 26 Disember 2023

RESTORAN TAK JUAL BIAWAK



Restoran Nasi Kandar Pelita jawab fitnah isu pemiliknya bukan Islam

KUALA LUMPUR – Rangkaian Restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) tampil sekali lagi menafikan restoran berkenaan tidak halal kerana dimiliki oleh penganut bukan Islam.

Penafian itu dibuat selepas isu tular di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak beberapa hari lalu kononnya restoran itu tidak halal kerana pemiliknya, Pengarah Eksekutif Pelita,  D. Murugan, 47, beragama Hindu.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, restoran itu memberitahu, segala maklumat mengenai Nasi Kandar Pelita boleh diakses di laman web www.pelita.com.

“Jom sama sama kita tambahkan pengetahuan mengenai nasi kandar yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia .

“Maklumat mengenai sejarah pembukaan, latar belakang, menu hidangan dan lokasi cawangan. Jangan sebarkan fitnah, takut nanti kena dakwa,” tulisnya.

Dalam hantaran lain, restoran itu menjelaskan, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn.Bhd. telah menubuhkan anak syarikatnya Ayam Pelita Sdn. Bhd. bagi menguruskan pemprosesan ayam.

“Ayam Pelita Sdn.Bhd. juga telah diberi sijil halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Pekerja-pekerja bahagian penyembelihan mempunyai sijil pengesahan penyembelihan dari pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

“Kesemua 26 buah cawangan Nasi Kandar Pelita mempunyai sijil halal yang disahkan oleh JAabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sijil halal boleh didapati di setiap restoran kami.

“Tak pasti, jangan kongsi. kalau sangsi? Tanya kami dan kepada penyebar fitnah, tindakan undang-undang dan dakwaan akan kami laksanakan sekiranya perlu. Terima kasih,” katanya. – 



WOIT

JANGAN ALIH

AGENDA

KAH KAH KAH

BUKAN ISU

HALAL ATAU HARAM

RESTORAN INI

AMIN

YANG 

PERLU DIJAWAB

SAPA PUNYA

HINDU KE MAMAK

AMIN

HALAL HARAM

BUKAN MASAALAH

AMIN

PELITA BUKAN

JUAL BIAWAAK

KAH KAH KAH

MALAH KALAU

JUAL BIAWAK PASIR

PUN HALAL

AMIN

JAWAB JELAS

MAMAK PUNYA KE

HINDU PUNYA ?

AMIN

HALAL HARAM

JAKIM JAWI

HANYA ALIH ISU

AMIN 

LU MAKAN

 LU TANGGUNG 

SENDIRI

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Makan nasi melayu, jangan makan nasi kandar mamak Hindu senangkan cerita apa susah, makan ulam makan belacan makanan unggul setiap masa, tak payah berbaris panjang tak perlu merintih harga mahal semuanya beres saja, kalau kekal budaya sendiri makanan sendiri tak payah copy paste nasi arab nasi kandar kah kah buat resipi sendiri kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Dulu .. 1990an - 2000an den dgn kengkawan ado jo makan nasik ateh daun pisang kek kodai koling kek TTDI, Subang Jayo dan Jln Pasar .. soodap ya amek. Koling tu ckp halal.. ghamai Molayu makan. Nak tanyo TaT .. ngapo biawak Arab boleh di montodarah, biawak Malaya horam di montodarah ..

Tanpa Nama berkata...

Salah seorang Hindu ialah pemegang saham dalam syarikat tu dan merangkap penjaga akaun pelita. Lain2 semua muslim termasuk seorang ustaz bergelar datuk. Yang ni informasi lama. Tak tahu lah kalau saham dah beralih hak. Macam saham ilham centre, sekarang pemegang hak ialah SPRM.