Rabu, 24 Januari 2024

BUNUH ORANG KURANG UPAYA



OKU maut diseterika, dipukul bertubi-tubi

PETALING JAYA: Polis menahan tujuh sekeluarga bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita  Orang Kurang Upaya (OKU Intelektual) di sebuah rumah di Serdang Raya 1, Jalan Serdang Raya 1, Seri Kembangan, di sini, semalam.

Wanita berusia 20 tahun itu dikatakan maut selepas diseterika dan dipukul menggunakan kayu panjang hanya kerana mencubit seorang kanak-kanak iaitu anak kepada salah seorang suspek.

Ketua Polis Daerah Serdang, AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 12 tengah hari daripada kakak mangsa.

Menurut  beliau, kakak mangsa memaklumkan telah menemukan adik perempuannya sudah meninggal dunia di rumah berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa maut dipukul menggunakan kayu panjang dan diseterika secara berulang-ulang sehinggakan mengalami kecederaan pada tubuh badan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, susulan itu tujuh individu iaitu empat lelaki dan tiga wanita ditahan petang tadi kerana dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

Kata beliau, mereka yang ditahan berusia  25 hingga 79 tahun dan berasal dari Lembah Klang.

“Proses bedah siasat masih dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah dan punca sebenar kematian mangsa belum diperoleh.

“Empat suspek kita reman tujuh hari bermula hari ini sehingga Ahad ini manakala tiga lagi dibebaskan dengan jaminan polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Tambah beliau, mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes yang berlaku boleh tampil memberi maklumat atau terus menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Rosnani di talian 018-2771866. –





APA DAH JADI

DGN MALAYSIA ?

AMIN

BUNUH ROGOL

ROMPAK TIPU

RASUAH MAKIN

MENJADI JADI

AMIN 

KERAJAAN TAK

STABIL

AMIN

EKONOMI MAKIN

KACAU

AMIN

APA AKAN JADI

AMIN

JENG JENG JENG

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tt kita ada kepala yang juga bekas banduan.. apa yang ko expect ? kah kah kah