Rabu, 24 Januari 2024

KERAJAAN TAKDA DUIT !!!





Pegawai baharu perkhidmatan awam dilantik berkontrak mulai 1 Februari ini

PENGAMBILAN pegawai baharu dalam perkhidmatan awam secara lantikan kontrak akan dikuatkuasakan 1 Februari ini ke arah memperkasa sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia.

Pengambilan secara kontrak ini juga mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam jangka masa panjang selain menangani isu peningkatan tanggungan pencen.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz memaklumkan langkah baharu ini menerusi satu pekeliling 15 Januari lalu, lapor portal-portal media dalam talian, semalam.

Pengenalan kaedah baharu ini bagi lantikan pegawai awam diperkenalkan ekoran keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai lalu, katanya.

“Kaedah lantikan kontrak ini mengikut peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang berkuat kuasa iaitu MyPPSM Ceraian UP.1.1.1 Prosedur dan Dasar Pelantikan Khidmat Secara Kontrak.

“Lantikan kontrak (COS) ialah lantikan kontrak Objek Sebagai (OS) 11000,” katanya.

Dahlan berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah mematuhi dan melaksanakan ketetapan ini berdasarkan peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang berkuat kuasa.

WOIT

KAH KAH KAH

DULU KERJA 

DGN KERAJAAN

ADA JAMINAN

AMIN

ADA PENCEN

ADA PERUAHAN

AMIN

SEKARANG JADI

KULI KONTREK

KAH KAH KAH

BERAT

 MAKIN BERAT

GAMIN TAKDA

FULUS

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agenda DAP