Rabu, 24 Januari 2024

PENDATANG HARAM DUDUK DALAM HUTAN



Penempatan haram PATI dalam hutan, Imigresen N. Sembilan laksanakan risikan, siasatan

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Negeri Sembilan sentiasa melakukan siasatan dan risikan bagi mengenal pasti sekiranya berlaku lagi kejadian penempatan dan perkampungan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk yang berada di dalam kawasan hutan di negeri ini.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, selepas berlaku dua kejadian seumpamanya iaitu di Nilai dan Bandar Ainsdale tahun lalu, pihaknya mengakui menerima sedikit maklumat mengenai perkara serupa.

“Kami dapat sedikit maklumat, sedang buat risikan dan siasatan tentang lokasi dan sebagainya, apabila melibatkan penempatan dalam hutan agak skar untuk dikenal pasti, namun ia dalam tindakan dan kami giatkan usaha untuk mengesan,” katanya kepada pemberita selepas pelaksanaan Operasi Bersepadu Siri 1/2024 di Seremban 2 di sini, semalam.

Pada operasi yang menyasarkan asrama dan tempat tinggal warga asing yang terletak di kawasan rumah-rumah kedai itu, seramai 110 orang warga asing telah diambil tindakan hasil pemeriksaan terhadap 628 orang terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal, India, Pakistan dan Sri Lanka.

Antara kesalahan yang dilakukan warga asing ini termasuklah tinggal lebih masa di negara ini selain masuk tanpa pas yang sah.

Sementara itu, Kennith Tan berkata, hampir setiap hari pihaknya menjalankan operasi bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

“Kami tidak akan leka, sentiasa laksanakan operasi, berdasarkan statistik ramai warga asing ini ditahan di kawasan Seremban termasuk di Nilai yang merupakan kawasan hotspot, kami akan laksanakan operasi berterusan di situ,” katanya.-


WOIT

PENDATANG 

HARAM DAH

DUDUK DALAM

HUTAN

JENG JENG JENG

INI MAKIN BAHAYA

APAKAH MEREKA

AKAN BERGERILA

KAH KAH KAH

TAPI MANA ILANG

PENDATANG DARI

CHINA MERAH ?

AMIN

YANG LAIN ADA

KENAPA MEREKA

TIDAK DITEMUI

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semua dah daoat ic kot... kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

semua dah daoat ic kot... kah kah kah